Posts

Showing posts from May 8, 2011

Kekeliruan Tentang Kiraan Royalti

Image
Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA) Masih ada yang bertanya bagaimana lazimnya sesebuah penerbit mengira royalti pengarang. Jika tuan pernah menerbitkan buku, berapakah persen royalti yang tuan terima daripada penerbit itu? 5%? 7%? 10%? 12.5%? 16%? 20%? Masih banyak penulis yang keliru implikasi persen-persen royalti yang ditawarkan oleh penerbit. Ambil contoh-contoh kes berikut: Ada penerbit menawarkan royalti 16%. Sekali pandang bunyinya sangat menarik. Tetapi penulis tidak diberitahu 16% itu 16% daripada apa? Rupa-rupanya 16% daripada harga buku selepas ditolak diskaun kepada pengedar. Apabila tiba masa kiraan royalti barulah penulis tahu bahawa penerbit memberi potongan 50% kepada pengedar. Harga asal buku itu RM20, selepas ditolak diskaun pengedar harganya tinggal RM10. Penulis dibayar royalti 16% daripada RM10! Ada penerbit menawarkan royalti 11% kepada penulisnya. Tetapi dalam dokumen perjanjian penerbitan tidak dituliskan berapa harga buku itu dijual. Begitu