Posts

Showing posts from January 8, 2012

Imbasan Kembara ~ Port Moresby, Papua New Guinea

Image
Dekorasi dan Kraf Tangan Papua Pada tahun 2009, sementara menunggu penerbangan jam 3.00 petang dari Port Moresby ke Singapura, saya dan rakan-rakan dibawa melawat ke bangunan Parlimen Papua New Guinea. Lebihan masa selama 3 jam itu kami gunakan sebaik mungkin melawat dan mencuci mata di sekitar bandar raya Port Moresby. Lokasi pertama kami dibawa ke bangunan parlimen Papua New Guinea. Pada hemat saya kami hanya dibenarkan melawat di luar bangunan, namun kami bertuah kerana dibenarkan memasuki ke dalam bangunan parlimen. Di Malaysia, saya belum pernah masuk ke dalam bangunan parlimen, walaupun teringin sekali mahu pergi. Bangga dan seronok kerana dapat melihat ruang dalam bangunan parlimen. Sangat menarik seni reka dalaman ruang dewan bangunan parlimen. Walaupun ketika itu tidak ada persidangan dewan berlangsung namun dapat dirasai suasananya. Ruang dewan persidangan itu besar dan dipenuhi dengan reka bentuk bermotif flora dan fauna tempatan. Hiasan dalamannya diperbuat daripada kayu be

Imbasan Kembara ~ Sydney, Australia

Image
Skywalk, Sydney Tower. Pada tahun 2005, kenangan yang terindah apabila berpeluang barada di puncak Skywalk, Sydney Tower. Saya berpeluang berada di puncak sebanyak dua kali. Kali pertama melakukan tinjauan sebelum mengadakan penggambaran program My Australian Adventure. Kali kedua pula penggambaran sebenar bagi program tersebut. Sejam kemudian kami bergerak menuju ke Sdney Tower yang terletak di Market Street, Sydney untuk tugasan tinjauan Skywalk. Sepanjang perjalanan ke Sydney Tower, rakan jurukamera sempat mengambil visual pemandangan bandaraya Sydney di kiri kanan jalan. Sepanjang perjalanan itu saya dapati tiada kesesakan lalu lintas. Apa yang saya perhatikan bilangan motosikal tidaklah begitu banyak jika dibandingkan di Kuala Lumpur. Masyarakat di sana lebih gemar menggunakan khidmat pengangkutan awam atau berjalan kaki untuk urusan harian. Saya juga memerhatikan beberapa bangunan moden dan klasik saling bergandingan, masih terpelihara dengan baik. Juga tiada sampah sarap bertab