Posts

Showing posts from 2013

PANGGUNG MALAYA SUDAH DI PASARAN DIGITAL

Image
Karya ke-6 'Panggung Malaya' sudah terbit! Suka duka anak seni bangsawan melayari dunia dalam sebuah panggung kehidupan. Tahun 1946, dunia bangsawan mengalami zaman pudar, Puteri Dean Bangsawan yang mewakili kelompok malang ini terpaksa akur menghadapi situasi dan kemelut era kejatuhan. Penaung Puteri Dean Bangsawan bersama pelakon-pelakonnya cuba bertahan dan mempertahankan perjuangan mereka sebagai anak seni bangsawan daripada terus beralih ke dunia perfileman iaitu medium hiburan yang baharu. Pada masa yang sama, minat penonton kepada bangsawan semakin merosot dan menyusut, penonton semakin meminati filem. Peralihan drastik yang berlaku itu, menjadi tamparan hebat kepada anak-anak bangsawan yang mencari makan sepenuhnya melalui lakonan bangsawan. Maka, bermulalah situasi getir dan pilu, pelbagai hambatan yang kian menjengah dalam kehidupan mereka. Inilah kisah kehidupan anak-anak seni yang tersisip rapuh dalam lipatan sejarah. “Saya tidak punya harta dan

EKSKLUSIF 3 ~ Bersama Azzam Sham

Image
KEJUTAN HARI LAHIR Sudah lama tidak mengemaskini blog ini, baiklah dengan izin Allah saya berpeluang sekali lagi dapat bertemu dengan Azzam Sham pada hari Selasa, 09 Julai 2013 yang lalu sehari sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tujuan sebenar saya ke rumah Ayah Sham dan Ibu Yusnita adalah untuk mengambil surat penghargaan yang akan diberikan kepada penyumbang bagi Majlis Berbuka Puasa pada 27 Julai 2013, majlis yang menjadi acara tahunan buat kali ketiga ini dianjurkan oleh Azzam’s Big Family – ABF bersama meraikan anak-anak yatim. Majlis Berbuka Puasa pertama kali diadakan pada tahun 2011, kali kedua pada tahun 2012. Oleh sebab tuntutan masa, maka saya meluangkan masa untuk mengambil surat berkenaan. Sehari sebelum saya ke rumah Azzam Sham, saya menghubungi Ibu Yusnita bagi memaklumkan tujuan saya ke sana. Ibu Yusnita mengalu-alukan kedatangan saya dan Ibu Yusnita memaklumkan surat penghargaan itu sudah pun siap. Saya beritahu Ibu Yusnita saya ak

Imbasan Kembara ~ Perth, Western Australia

Image
Cottesloe Beach Cottesloe Beach adalah salah satu pantai kota paling popular di seluruh Australia Barat. Letaknya di pertengahan jalan antara kawasan pusat perniagaan Perth dan pelabuhan Fremantle di pinggir bandar barat Perth, hanya 15 minit dari pusat bandar. Cottesloe Beach terkenal dengan gaya hidupnya yang santai dan menjadi destinasi hiburan yang santai tepi pantai, terkenal bagi penduduk setempat Perth selama 100 tahun lebih. Suasana yang mengasyikan, pantai yang bersih, pasir yang memutih, laut yang membiru pasti akan memikat anda untuk menjelajah di balik pasir keemasannya pada kala matahari membenam. Cottesloe Beach juga sangat sesuai bagi menyaksikan matahari terbenam di sebalik Lautan Hindi, selagi mahu menikmati sari laut yang nyaman dan segar. Kepada anda yang mahu menikmati keindahan matahari te rbenam, hadirkan diri di sini. Sememangnya satu pemandangan panorama yang pasti memukau! Cottesloe Beach yang terletak di pinggiran kota barat Perth, ad

Imbasan Kembara ~ Perth, Western Australia

Image
Kings Park Botanical Gardens Di sini, anda akan teruja dengan landskapnya. Kings Park Botanical Gardens yang terletak tinggi sedikit di atas sebuah bukit yang dikelilingi dengan pepohon menghijau digandingkan pula dengan panorama bandar raya Perth, sangat mempesonakan bagi pengunjung yang menggemari ketenangan dan kedamaian. Tambahan pula, kehijauan pelbagai tumbuh-tumbuhan di sini sungguh menyegarkan. Sesekali bayu laut yang menghembus sungguh   nyaman  dan dingin sekali. Tanpa sedar dapat menghilangkan keletihan atau meredakan segala tekanan semasa bekerja. Tidak banyak yang boleh dibuat di Kings Park Botanical Gardens. Sekiranya anda sukakan kedamaian, inilah tempatnya. Sesekali merehatkan minda memberikan anda segala kesegaran yang diinginkan.  Destinasi yang menjadi kemestian kunjungan ke Perth ialah Kings Park Botanical Gardens, satu antara taman dalam bandar yang terbesar di dunia.Taman yang terindah seluas sekitar 400 hektar ini berada di pinggir barat k

EKSKLUSIF 2: BERSAMA AZZAM SHAM

Image
KARNIVAL KARANGKRAF, SHAH ALAM Bermula dengan pesanan ringkas SMS yang dihantar oleh Ibu Yusnita (Ibu Azzam Sham) pada 1 Februari 2013, jam 10:36 pagi dan saya tidak menyangka Ibu Yusnita menghantar SMS kepada saya bertanyakan sesuatu. Di dalam SMS itu Ibu Yusnita menyatakan, “Assalamualaikum, apa khabar? Maaf mengganggu dan selamat Hari Wilayah... hi hi hi. Ibu hendak bertanya Karnival Karangkraf di Shah Alam tidak terlibatkah untuk jualan buku-buku sebab adik Azzam ada persembahan pada petang esok (2 Februari 2013) di sana.” Saya pun terfikir seketika, selepas sahaja membaca SMS daripada Ibu Yusnita itu. Pertama saya terfikir apa kaitan kraf tangan dengan jualan buku? Kedua saya membayangkan, mungkin ada jualan buku di kraf tangan ataupun ada pameran yang dianjurkan oleh pihak Kraf Tangan Malaysia. Saya tidak berpuas hati lalu membaca semula SMS yang dihantar Ibu Yusnita itu buat kali kedua. Setelah membacanya, saya tersilap dan menyangka Karangkraf itu Kraf