Posts

Showing posts from April 24, 2016

TRUGANINI - WANITA ABORIGINE TERAKHIR

Image
AKAN DATANG! SEBUAH NOVEL SEJARAH AKAN TERBIT! NANTIKAN KEMUNCULANNYA.... TRUGANINI WANITA ABORIGINE TERAKHIR Truganini, dia seorang wanita Aborigine, Tasmania yang sudah lama pergi, kisahnya diingati, semangat wajanya menjadi kebanggaan dan ceritanya masih hidup dan terus bernyawa. Dia seorang yang berani, tabah mengharungi krisis, konflik, tragedi dan kekejaman yang menimpa bangsanya. Kerakusan, penindasan dan penipuan penjajah hampir menghilangkan identiti, budaya, tradisi dia dan bangsanya. Musnah segala-galanya, terpenjara dan terasing dalam dunia bertamadun. Tanah air tergadai, dia dan bangsanya di penghujung kepupusan. Dia yang terakhir dan darah yang mengalir untuk bangsanya hampir kering dalam acuan... Truganini adalah anak perempuan Mangana, iaitu pemimpin orang asli di Bruny Island, Tasmania. Dia dilahirkan pada tahun 1812, di Bruny Island. Sebelum dia berusia 18 tahun, ibunya telah dibunuh oleh pemburu ikan paus, kakaknya diculik dan dijadika

NOVEL TRAVELOG KEMBARA BUMI ABORIGINE: NEW SOUTH WALES

Image
Judul: Kembara Bumi Aborigine: New South Wales (siri ketiga) Penulis: Salleh de Ran Penerbit: Channel media Resources Tarikh Terbit: 18 April 2016 ISBN: 978 967-14020-0-5 Genre: Travelog Bersiri Harga: Semenanjung RM20 Sabah Sarawak RM23  Kaver Buku: Kembara Bumi Aborigine: New South Wales SINOPSIS: KEMBARA BUMI ABORIGINE – NEW SOUTH WALES Kembara Bumi Aborigine kali ini ke New South Wales, Australia. Enam orang sahabat Azzam, Ajib, Naim, Eija, Fana dan Aisya memilih Sydney, New South Wales, Australia sebagai destinasi kembara mereka. Selama enam hari berada di bumi Aborigine itu, mereka berkunjung ke lokasi yang menarik di sekitar Sydney dan beberapa tempat di luar bandar itu. Di Darling Harbour mereka bertemu dengan Orang Aborigine yang membuat persembahan ke senian menggunakan alat muzik tradisi didgeridoo. Takut pada ketinggian di puncak Sydney Tower, Aisya mengejutkan semua orang. Di atas pentas yang berprestij, Consert Hall, Sydney Opera House Azz