Posts

Showing posts from April 9, 2017

Bondi Beach

Image
Awak nak tahu, Bondi Beach pantai paling popular terletak 8 kilometer di timur pinggir kota Sydney, Australia. Biasalah, nama pun pantai sudah tentu menjadi tumpuan dan tarikan kepada pengunjung dalam dan luar negara. Macam-macam aktiviti riadah yang awak boleh buat di sini, berkelah, berbasikal, bermandi-manda dan meluncur air menjadi pilihan. Paling meriah setiap hujung minggu dan cuti umum. Meletop gitu! Macam-macam ada. Bila berada di sini, mata kena jagalah ya ha ha...  pandang sekali sahaja jangan lebih-lebih. Faham-fahamlah tempat awam dan terbuka macam ini. Kurangkan dosa tambahkan pahala. Pada 9 Jun 1882, Bondi Beach menjadi sebuah pantai umum. Pernah berlaku kisah tragis pada 6 Februari 1938, 5 orang tenggelam dan lebih dari 250 lainnya diselamatkan setelah serangkaian gelombang besar membadai pantai dan menarik orang ke dalam laut. Perghh!! ngeri sangat, hari sedih itu dikenali sebagai ‘Black Sunday’ atau Minggu Hitam. Di hujung selatan pantai, dikhus

Rocks Market

Image
Rocks Market bukan lokasi menjual batu atau untuk penyanyi rock mengalunkan lagu, tetapi lokasi terkenal di Sydney ini menjual pelbagai barangan seperti pakaian, beg, barang kemas, karya asli dan lukisan. Lebih kurang 200 gerai sepanjang jalan di kiri kanannya bangunan lama yang berusia ratusan tahun. Barangan lain yang ada di sini seperti makanan yang baru dimasak, barang-barang kesenian, permainan kanak-kanak, fesyen, hadiah, barang-barang kecantikan, kesihatan, aksesori w anita, muzik, kraf tangan, barang-barang antik, gerai cenderahati khas dan macam-macam lagilah, tulis banyak-banyak awak bukan nak baca pun ha ha... Kalau nak cari nasi lemak, pisang goreng, roti canai, laksa, sate, murtabak, mee sup, memang tak jumpa ha ha.... Kalau jenis rambang mata, sila penuhkan poket dengan duit. Kalau nak menjamu mata, telan air liur ya. Rocks Market dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang tahun. Datang hari lain, terjun laut