Posts

Showing posts from January 22, 2012

Imbasan Kembara ~ Auckland, New Zealand

Image
One Tree Hill Pada 2009, peluang ke Auckland, New Zealand tidak termimpi sama sekali. One Tree Hill, adalah lokasi pertama saya dan rakan-rakan dibawa melawat. Lokasi menarik di sekitar bandar dan di pinggir bandaraya Auckland. Pagi yang dingin itu tidak merubah jadual lawatan yang sudah diatur. Pagi itu kami bernasib baik kerana cuaca sangat cerah dan matahari muncul tanpa awan melindungi. Langit membiru kembali setelah suram dan hujan renyai selama dua hari semenjak kami berada di Auckland. Panas terik matahari pada pagi itu sekurang-kurangnya melegakan sedikit kerana sejuk yang mencengkam badan dapat dikurangkan namun ada ketikanya angin yang datang bertiup itu sangat menyejukan. Lokasi ini sungguh menarik bagi melihat panorama bandaraya Auckland dari puncak bukit. Nama One Tree Hill terkenal di kalangan pelancong, salah satu tempat yang mempunyai sejarah dan cerita yang tersendiri. Van yang kami naiki itu memasuki simpang yang menuju jalan ke One Tree Hill, di kiri kanan kaki bukit

Imbasan Kembara ~ Kimbe, Papua New Guinea

Image
Buai atau pinang sinonim dengan masyarakat PNG Pada 2009, semasa membuat tugasan di Kimbe Papua New Guinea. Sangat menarik melihat gigi orang-orang Papua berwarna merah dan rata-rata masyarakat Papua bergigi dan berbibir merah tidak mengira lelaki ataupun wanita, tua ataupun muda. Merah pada bibir dan gigi adalah disebabkan mereka suka makan buah pinang atau ‘buai’ dalam bahasa Papua, boleh diumpamakan mereka seperti makan sirih. Setiap orang Papua membawa buah pinang sebagai bekalan, mereka akan menyimpan buah pinang di dalam beg bilum. Purata sehari mereka akan memakan buah pinang muda sebanyak 20 hingga 25 biji. Buai atau buah pinang ~ areca catechu adalah pohon pinang yang diusahakan di bahagian panas Papua New Guinea bagi mendapatkan buahnya. Pohon itu sangat menarik diperkatakan, walaupun kita sudah mengenalinya namun di Papua new Guinea pohon pinang yang tumbuh setinggi hingga 15 meter, mempunyai daun hijau gelap, batang bercincin dan harum wangi bunga putih. Buah pinang atau b