Posts

Showing posts from February 12, 2012

Imbasan Kembara ~ Christchurch, New Zealand

Image
Christchurch Islamic Community Centre - CICC Pusat Komuniti Islam Christchurch, begitu sebati dengan kehidupan Encik Ishak Mahyudin salah seorang pengasas ketika penubuhannya. Di situlah bermulanya perjuangan Encik Ishak Mahyudin untuk mewujudkan satu pusat yang mampu menjadi wadah dan medan penyatuan muslim. Ilham yang ditumpahkan daripada semangat dan iltizam yang membara, berjaya direalisasikannya dengan kudrat dan tekad. CICC yang asalnya dahulu adalah sebuah gereja, kini bertukar wajah sebagai pusat kecemerlangan Islam di Christchurch. Syiar Islam ditegakkan tidak mengira tempat dan masa, bahkan mereka yang berkorban ke jalan Allah dengan cara yang benar dan diredhai pastinya syurga sebagai ganjaran. Rahsia bagaimana beliau membeli gereja dan menjadikannya sebuah tempat tumpuan orang-orang Islam berkumpul sangat menarik dan menjadi contoh yang baik. Semasa membeli gereja itu, beliau tidak menghadapi halangan atau tentangan daripada masyarakat setempat. Sungguhpun berdepan dengan c