Posts

Showing posts from 2012

Imbasan Kembara ~ Sydney Australia

Image
Bondi Beach. Bondi Beach adalah sebuah pantai terkenal dan terletak 8 kilometer di timur pinggir kota Sydney, Australia. "Bondi" atau "Boondi" adalah perkataan Aborigin yang bererti air yang pecah di antara batuan atau suara air yang pecah di antara batuan. Pada 9 Jun 1882, Bondi Beach menjadi sebuah pantai umum. Pada 6 Februari 1938, 5 orang tenggelam dan lebih dari 250 lainnya diselamatkan setelah serangkaian gelombang besar membadai pantai dan menarik orang ke dalam laut, satu hari yang dikenal sebagai "Black Sunday" (Minggu Hitam). Bondi Beach memiliki panjang sekitar satu kilometer dan menerima banyak pengunjung sepanjang tahun dan boleh menarik lebih daripada 40,000 pengunjung  pada hujung minggu apabila musim panas.  Di hujung selatan pantai ini dikhususkan untuk bermain surfing atau papan luncur air. Sementara bendera kuning dan merah menetapkan daerah renang yang aman, dan pengunjung disarankan untuk berenang di antara kedua

Imbasan Kembara ~ Hobart, Tasmania

Image
Mount Wellington Ketinggian Mount Wellington pada kemuncak 1,270 meter (sekitar 4,000 kaki) itu menyediakan pengalaman yang sungguh menarik saujana mata memandang. Semuanya bergantung pada cuaca. Sekiranya bernasib baik, pengunjung dapat melihat panorama Hobart dari puncak Mount Wellington. Bayu dingin yang menyapa menambahkan lagi keseronokan dan terleka seketika. Dalam tempoh 20 minit, dan sejauh 21 kilometer dengan memandu kenderaan dari bandar Hobart pengunjung tiba dengan selesa di kemuncak Mount Wellington. Sepanjang pendakian berkenderaan itu, pengunjung dapat melihat pemandangan di kiri kanan hutan hujan beriklim sederhana sub-alpine flora dan pembentukan batu glasier yang berakhir di panorama Hobart. Jalan yang tersedia itu telah dibina pada 1932 iaitu pada masa yang sama Sydney Harbour Bridge dibina. Di kemuncak itu juga, pengunjung dapat melihat keindahan dan pemandangan dramatik yang terbentang luas sambil memerhati jauh di hadapan terletaknya Bruny Islan

Konsortium ABASS Sdn. Bhd

Image
Bagaimana Air Dirawat Air, sumber asli asas terulung sejak berabad lamanya dan sudah menjadi nadi di sebalik kepesatan negara sekali gus menjadi keutamaan di dalam kehidupan harian kita. Air, kita mandi dengan Air, kita mencuci dengan Air, Kita minum dengan Air, namun, tahukah kita siapa di belakang tabir yang merawat sumber Air ini? Skim Bekalan Air Sungai Semenyih telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan mula beroperasi pada tahun 1986 bagi menampung permintaan air bersih di Lembah Kelang merangkumi kawasan Selangor Selatan dan Wilayah Persekutuan. Kapasiti pengeluaran air bersih dari Skim Sungai Semenyih adalah sebanyak 545 juta liter sehari. Bagi memastikan pengurusan air yang lebih efisien, Kerajaan Negeri Selangor telah menswastakan Skim Sungai Semenyih kepada Konsortium ABASS Sdn Bhd melalui Perjanjian Penswastaan dan Konsesi bagi tempoh 30 tahun bermula dari 2 Januari 2001. Empangan Semenyih Empangan Semenyih adalah sumber tadahan air yang

Imbasan Kembara ~ Tasmania, Australia

Image
Barilla Bay Oyster Farm Tiram adalah sejenis haiwan bercangkerang dengan kulit yang agak leper. Dagingnya memiliki kalori yang rendah dan isinya mengandung kalsium dan vitamin A. Tiram paling terkenal kerana menghasilkan mutiara secara semulajadi. Nama umum tiram digunakan bagi beberapa kumpulan mollusk dwicangkerang yang berlainan, yang kebanyakannya tinggal di habitat laut atau air payau. Cangkerangnya terdiri dari dua kerangka berkalsium yang mengelilingi isi yang lembut. Iangsung menapis plankton daripada air, dan otot adukor digunakan bagi mengekalkan kerangka tertutup.Sesetengah tiram amat dihargai sebagai makanan, dimakan mentah dan dimasak. Sesetengah jenis lain, seperti tiram mutiara, tidak dimakan secara meluas. Ladang Tiram Barilla Bay salah satu daripada pembekal terkemuka tiram premium di Tasmania. Ladang tiram ini terletak hanya dua minit dari lapangan terbang Hobart dan lokasinya dikelilingi oleh taman-taman serta landskap yang menarik. Pemandangan yang menakju

EKSKLUSIF 1: Bersama AZZAM SHAM

Image
AZZAM SHAM dalam penggambaran ~ Enak Bersama Ramly  Entri kali ini sedikit berbeza. Tidak seperti sebelum ini, entri saya lebih tertumpu kepada imbasan kembara dan pengalaman semasa bertugas di luar negara. Namun, entri pada kali ini sangat istimewa bagi diri saya. Inilah, satu catatan kenangan saya yang sangat berbeza kerana melibatkan artis. Bukan sebelum ini saya tidak pernah bertugas melibatkan dengan artis-artis.  Malah, sudah kerap dan selalu apabila bertugas menerbitkan program tv bersama selebriti atau artis sebagai tetamu jemputan tidak kiralah program apa pun. Sebelum ini saya pernah bekerja dengan selebriti atau artis seperti Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Raja Azura, M. Rajoli, Misha Omar, Ziana Zain, M. Nasir, Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Fahrin Ahmad, Linda Onn, Nora, Zul Yahya, Maya Karin, Naz, Dephni Iking, Wahida, Yusni Jaafar, Normala Omar, S. Shahlan, Jalil Hamid, Chef Wan, Chef Ismail, Chef Muluk, Chef Sabri dan banyak lagi yang tidak dapat saya sebutkan