Posts

Showing posts from October 21, 2012

Imbasan Kembara ~ Tasmania, Australia

Image
Barilla Bay Oyster Farm Tiram adalah sejenis haiwan bercangkerang dengan kulit yang agak leper. Dagingnya memiliki kalori yang rendah dan isinya mengandung kalsium dan vitamin A. Tiram paling terkenal kerana menghasilkan mutiara secara semulajadi. Nama umum tiram digunakan bagi beberapa kumpulan mollusk dwicangkerang yang berlainan, yang kebanyakannya tinggal di habitat laut atau air payau. Cangkerangnya terdiri dari dua kerangka berkalsium yang mengelilingi isi yang lembut. Iangsung menapis plankton daripada air, dan otot adukor digunakan bagi mengekalkan kerangka tertutup.Sesetengah tiram amat dihargai sebagai makanan, dimakan mentah dan dimasak. Sesetengah jenis lain, seperti tiram mutiara, tidak dimakan secara meluas. Ladang Tiram Barilla Bay salah satu daripada pembekal terkemuka tiram premium di Tasmania. Ladang tiram ini terletak hanya dua minit dari lapangan terbang Hobart dan lokasinya dikelilingi oleh taman-taman serta landskap yang menarik. Pemandangan yang menakju