Posts

Novel Perang Kelang Masuk Gudang PTS

Image
Novel Perang Kelang antara judul baru yang masuk gudang PTS. 1. Resipi Sihat & Mudah - Sarapan Pagi & Minum Petang (5000 unit) 2. Perang Kelang (3000 unit) 3. DhiyaDin (3000 unit) 4. Bukti-Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad (3000 unit) 5. Madinah: Kota yang Bercahaya (3000 unit) 6. Wafiya Puteri Kota Cinta (5000 unit) 7. Yasin, Tahlil dan Audio CD (3000 unit

Landasan Maut

Image
Senarai Judul TOP 500 PTS Berdasarkan Jumlah Naskhah Terjual antara 1 Januari - 31 Disember 2010 Alhamdulillah, walaupun dalam masa lima bulan sahaja buku Landasan Maut berada di pasaran, sudah tersenarai antara judul Top 500 PTS. Terima kasih kepada pembeli dan pembaca yang menerima baik buku Landasan Maut ini. Sokongan tuan-tuan dan puan-puan sangat-sangat saya hargai. Mudah-mudahan buku Landasan Maut ini akan terus bertahan di pasaran. 1. Senangnya Memasak Ayam 336. Buat Duit Dengan Affiliate 337. Ibu, Benarkah Duyung Itu Ada? 338. Landasan Maut 339. Pendidikan Khas Utk Kanak-kanak Istimewa 340. Petua Orang Cemerlang 341. Di Sebalik Tabir You Tube

Akan Terbit: Novel Perang Kelang

Image
Akan Terbit: Novel Perang Kelang Harga: RM RM20.00 / RM RM23.00 ISBN-13: ISBN-10: 978-967-5783-59-3 Tarikh Terbit: 24 Jan 2011 Jumlah Muka Surat : 250 Kategori: Sejarah Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd Nantikan kemunculannya... Sinopsis: 1866, bumi Selangor mula digegarkan dengan perang saudara antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah. Sengketa bermula apabila Raja Mahadi tersingkir daripada jawatan Orang Besar Daerah Kelang. Akibat keputusan itu, timbul rasa tidak puas hati di pihak Raja Mahadi. Raja Abdullah pula semakin menjadi kaya dan berpengaruh. Kekuasaannya meliputi kawasan perlombongan di Kuala Lumpur, Ampang, Petaling dan Kanching. Dengan bantuan Baba Teck Cheng, Raja Mahadi menjadi saudagar terkenal dan pengaruhnya mula melebar. Raja Abdullah pula mengikat perjanjian dan menerima nasihat Inggeris tanpa memikirkan musibahnya. Sengketa antara puak Hai San dan puak Ghi Hin untuk merebut kawasan perlombongan pula semakin memburukan keadaan. Di tengah gelora persengketaan itu, Raja Ma...

Sedang Dalam Penulisan: Tragedi Hiroshima

Image
Saya sedang menyiapkan novel sejarah terbaru iaitu kisah yang menyayat hati tentang pengeboman Hiroshima pada tahun 1945. Tragedi Hiroshima mengisahkan bencana nuklear yang pertama di muka bumi sewaktu Perang Dunia ke-2 yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman. Peristiwa hitam itu turut melibatkan empat orang pelajar Melayu terdiri daripada Halim, Ayop, Rahim dan Aziz yang ketika itu sedang belajar di Universiti Hiroshima. Usaha Amerika Syarikat meneruskan gerakan untuk menghancurkan kekuatan tentera Jepun di Asia itu akhirnya membuat keputusan menggugurkan bom atom di Hiroshima. Pada 6 Ogos 1945, pesawat tentera Amerika B-29 yang membawa bom atom Little Boy telah digugurkan. Pengeboman itu dengan serta-merta merubah bandaraya Hiroshima menjadi padang jarak padang tekukur. Kesan daripada pengeboman itu, Halim, Ayop, Rahim dan Aziz mengalami kesengsaraan hidup dan menghadapi saat kematian. Mereka berusaha untuk menyelamatkan ...

Terkini Dari Meja Editor PTS

Image
1. Novel Travelog New Zealand. Perubahan yang dimaklumkan oleh editor PTS Profesional, Puan Rashiela Nurain Rashid (foto) melalui emel berkenaan Novel Travelog New Zealand. "Buat makluman tuan, PTS Pro baru sahaja membuat pembentangan pelan produksi PTS Pro 2011. Saya (editor) mencadangkan supaya siri Travelog diperkenalkan pada suku pertama 2011. Namun pihak pengurusan meminta saya (editor) fokus kepada produk lain dahulu kemudian baru beri fokus kepada siri ini pada suku kedua 2011. Ini memberi petanda kepada PTS Pro yang pihak pemasaran dan pihak jualan mahu memberi fokus kepada produk lain berbanding siri ini terutamanya sebagai produk yang diperkenalkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011" 2. Novel Sejarah Perang Saudara Selangor Editor PTS Litera utama Tuan Bahruddin Bekri (foto) telah menghantar softcopy manuskrip Perang Saudara Selangor kepada saya untuk membuat semakan pruf penulis. Semakan manuskrip sudah pun saya laksanakan dan manuskrip itu dihantar ke...

Nantikan Kemunculan Novel Terbaru

Image
InsyaAllah, sekiranya diizinkan akan muncul dua novel terbaru tulisan saya tidak lama lagi. Kini, sedang menunggu giliran untuk diterbitkan dan saya tidak pasti bilakah dua novel itu akan muncul, semuanya bergantung kepada pihak penerbit, semoga dipermudahkan pelestariannya. Dua novel fiksyen itu adalah: 1. Novel Travelog New Zealand - Kategori Remaja. Sinopsis: Travelog New Zealand - Aotearoa Sudah lima tahun Ismad tidak bertemu dengan bapa saudaranya, Ishak Mahyudin seorang usahawan Melayu yang berjaya membuka perniagaan katering di Christchurch, New Zealand. Ismad menerima berita gembira bahawa bapa saudaranya meminta dia datang ke New Zealand sempena cuti semester. Ismad, Fadzli dan Nazmie merancang untuk pergi ke New Zealand bersama-sama, memandangkan mereka baru pertama kali ke luar negara. Tujuan Fadzli ke New Zealand adalah untuk menemui abang kandungnya, Nadzri Sulaiman seorang anak Melayu pertama yang mengusahakan bengkel kereta di Christchurch, New Zealand. Oleh kerana, Isha...

Sejarah Latar Belakang Landasan Maut

Image
2008 Awal tahun 2008, tercetus idea mengenai kisah pembinaan landasan maut lalu usaha seterusnya menggarap cerita ini kepada skrip filem untuk Pertandingan Menulis Skrip Kategori Filem Cereka - FINAS. Langkah awal, membuat kajian dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber bagi memantapkan jalan cerita. Langkah seterusnya merangka tagline, logline, sinopsis, merangka dramatic curve – objective storyline dan subjective storyline, membina watak dan merangka story outline. Penulis memilih ‘KONYU’ sebagai judul skrip filem iaitu mengambil sempena nama Kem Konyu, Stesen Konyu yang terletak di Siam (Thailand). Konyu disebut dalam Bahasa Jepun manakala Hillfire disebut dalam Bahasa Inggeris. Draf pertama dimulakan, namun virus trojan memusnahkan segalanya. Sangat tertekan akibat serangan virus itu, lalu kembali menulis dengan draf kedua dan darf ketiga. Lima bulan kemudian, skrip filem Konyu siap direalisasikan dan dihantar kepada pihak penganjur pertandingan. 2009 Bulan Oktober 2009, p...