Posts

Jemputan ke PBAKL 2011

Image
Saya dikejutkan dengan satu emel pada 6 April 2011 yang dihantar oleh Editor PTS Litera Utama, Tuan Mohamad Bahruddin Mohamad Bekri yang meminta saya ke Majlis 'Bertemu Penulis Novel Sejarah' pada 23 April 2011 di PWTC. Saya seperti tidak percaya kerana nama saya tersenarai ke majlis itu. Saya menjadi serba salah mahu memenuhi jemputan itu. Insya-Allah saya gagahi juga ke majlis itu. Saya merasakan diri ini begitu kerdil sekali malah gementar saya di sisi penulis-penulis tersohor PTS. Berikut emel jemputan: Assalamualaikum, Saya mendoakan Tuan agar terus bersemangat dan murah rezeki. Kami dengan rendah hati menjemput Tuan ke majlis 'Bertemu Penulis Novel Sejarah', 23 haribulan April ini ke PBAKL 2011, jam 11-12 sebagai penulis. Insya-Allah, Tuan akan duduk semeja dengan Tuan Abdul Latip Talib, dan Tuan Zahiruddin Zabidi. Doakan semuanya berjaya dengan lancar. Insya-Allah.

Terkini Perang Kelang

Image
Senarai 200 Top Seller PTS Berdasarkan Nilai Ringgit bagi Bulan Mac 2011. Alhamdulillah,kebimbangan saya terhadap novel ini pada mulanya sangat tinggi. Saya mengandaikan bahawa Perang Kelang sangat sukar untuk diketengahkan di dada pasaran kerana novel ini bukanlah pilihan pembaca memandangkan ianya adalah sebuah novel sejarah yang bukan sahaja tidak digemari pembaca malah kurang diminati berbanding dengan novel-novel lain. Namun sangkaan saya benar-benar meleset setelah tersenarai 200 Top Seller PTS Berdasarkan Nilai Ringgit bagi Bulan Mac 2011, sumber: http://universitipts.com/. Novel ini terbit bulan Januari 2011 dan baru sahaja tiga bulan berada di pasaran. Terima kasih saya kepada pembaca dan pembeli yang sudi menerima kehadiran novel Perang Kelang ini. 140. Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang 141. Harta Harun- Bukan Harta Karun 142. Perubatan Islam & Bukti Sains Moden 143. Biografi Muhammad bin Abdullah - ed. 2011 144. Aku, Dia & Glamor 145. Al-Asma Al-Husna 99 Na...

Respon Pembaca Novel Landasan Maut

Image
Respon ini diambil daripada sumber blogger di kerryseasonknow.blogspot.com dan salah seorang daripada pembaca telah memberikan komen beliau mengenai novel Landasan Maut seperti di bawah ini. Anonymous Says: October 13, 2010 2:52 AM Saya sudah pun membeli novel "Landasan Maut" hasil tulisan Saudara Salleh de Ran. Ketika memberi response kepada blog ini saya baru sahaja membaca sebanyak 45 muka surat. Sebenarnya buku ini saya belikan untuk anak saya yang baru selesai peperiksaan UPSR. Katanya boring, lepas UPSR aktiviti akedemik sudah kurang dan lebih banyak aktiviti koko dan kemahiran hidup. Sebenarnya aktiviti tersebut baik untuk pelajar tahun 6 yang selesai UPSR. 3 buah buku kebetulan saya pilih dan beli iaitu Tok Janggut Pahlawan Kelantan, Lt. Adnan Wira Bangsa dan buku Landasan Maut. Pada pandangan saya penulisan novel berbentuk sejarah merupakan salah satu medium untuk mendekatkan golongan muda untuk memahami sejarah. Malah sejarah tersebut bukan sahaja yang terdapat di M...

Novel Perang Kelang Masuk Gudang PTS

Image
Novel Perang Kelang antara judul baru yang masuk gudang PTS. 1. Resipi Sihat & Mudah - Sarapan Pagi & Minum Petang (5000 unit) 2. Perang Kelang (3000 unit) 3. DhiyaDin (3000 unit) 4. Bukti-Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad (3000 unit) 5. Madinah: Kota yang Bercahaya (3000 unit) 6. Wafiya Puteri Kota Cinta (5000 unit) 7. Yasin, Tahlil dan Audio CD (3000 unit

Landasan Maut

Image
Senarai Judul TOP 500 PTS Berdasarkan Jumlah Naskhah Terjual antara 1 Januari - 31 Disember 2010 Alhamdulillah, walaupun dalam masa lima bulan sahaja buku Landasan Maut berada di pasaran, sudah tersenarai antara judul Top 500 PTS. Terima kasih kepada pembeli dan pembaca yang menerima baik buku Landasan Maut ini. Sokongan tuan-tuan dan puan-puan sangat-sangat saya hargai. Mudah-mudahan buku Landasan Maut ini akan terus bertahan di pasaran. 1. Senangnya Memasak Ayam 336. Buat Duit Dengan Affiliate 337. Ibu, Benarkah Duyung Itu Ada? 338. Landasan Maut 339. Pendidikan Khas Utk Kanak-kanak Istimewa 340. Petua Orang Cemerlang 341. Di Sebalik Tabir You Tube

Akan Terbit: Novel Perang Kelang

Image
Akan Terbit: Novel Perang Kelang Harga: RM RM20.00 / RM RM23.00 ISBN-13: ISBN-10: 978-967-5783-59-3 Tarikh Terbit: 24 Jan 2011 Jumlah Muka Surat : 250 Kategori: Sejarah Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd Nantikan kemunculannya... Sinopsis: 1866, bumi Selangor mula digegarkan dengan perang saudara antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah. Sengketa bermula apabila Raja Mahadi tersingkir daripada jawatan Orang Besar Daerah Kelang. Akibat keputusan itu, timbul rasa tidak puas hati di pihak Raja Mahadi. Raja Abdullah pula semakin menjadi kaya dan berpengaruh. Kekuasaannya meliputi kawasan perlombongan di Kuala Lumpur, Ampang, Petaling dan Kanching. Dengan bantuan Baba Teck Cheng, Raja Mahadi menjadi saudagar terkenal dan pengaruhnya mula melebar. Raja Abdullah pula mengikat perjanjian dan menerima nasihat Inggeris tanpa memikirkan musibahnya. Sengketa antara puak Hai San dan puak Ghi Hin untuk merebut kawasan perlombongan pula semakin memburukan keadaan. Di tengah gelora persengketaan itu, Raja Ma...

Sedang Dalam Penulisan: Tragedi Hiroshima

Image
Saya sedang menyiapkan novel sejarah terbaru iaitu kisah yang menyayat hati tentang pengeboman Hiroshima pada tahun 1945. Tragedi Hiroshima mengisahkan bencana nuklear yang pertama di muka bumi sewaktu Perang Dunia ke-2 yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman. Peristiwa hitam itu turut melibatkan empat orang pelajar Melayu terdiri daripada Halim, Ayop, Rahim dan Aziz yang ketika itu sedang belajar di Universiti Hiroshima. Usaha Amerika Syarikat meneruskan gerakan untuk menghancurkan kekuatan tentera Jepun di Asia itu akhirnya membuat keputusan menggugurkan bom atom di Hiroshima. Pada 6 Ogos 1945, pesawat tentera Amerika B-29 yang membawa bom atom Little Boy telah digugurkan. Pengeboman itu dengan serta-merta merubah bandaraya Hiroshima menjadi padang jarak padang tekukur. Kesan daripada pengeboman itu, Halim, Ayop, Rahim dan Aziz mengalami kesengsaraan hidup dan menghadapi saat kematian. Mereka berusaha untuk menyelamatkan ...