Posts

Kekeliruan Tentang Kiraan Royalti

Image
Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA) Masih ada yang bertanya bagaimana lazimnya sesebuah penerbit mengira royalti pengarang. Jika tuan pernah menerbitkan buku, berapakah persen royalti yang tuan terima daripada penerbit itu? 5%? 7%? 10%? 12.5%? 16%? 20%? Masih banyak penulis yang keliru implikasi persen-persen royalti yang ditawarkan oleh penerbit. Ambil contoh-contoh kes berikut: Ada penerbit menawarkan royalti 16%. Sekali pandang bunyinya sangat menarik. Tetapi penulis tidak diberitahu 16% itu 16% daripada apa? Rupa-rupanya 16% daripada harga buku selepas ditolak diskaun kepada pengedar. Apabila tiba masa kiraan royalti barulah penulis tahu bahawa penerbit memberi potongan 50% kepada pengedar. Harga asal buku itu RM20, selepas ditolak diskaun pengedar harganya tinggal RM10. Penulis dibayar royalti 16% daripada RM10! Ada penerbit menawarkan royalti 11% kepada penulisnya. Tetapi dalam dokumen perjanjian penerbitan tidak dituliskan berapa harga buku itu dijual. Begitu...

Panduan Menulis Novel - Teknik Surah Yusuf

Image
Terbukti! Melahirkan karya yang indah dan evergreen Sudah terbit sebuah buku yang dapat membantu penulis. Buku ini adalah mahzab yang digunapakai oleh PTS ketika menulis novel dan buku ini ditulis oleh Puan Ainon Mohd. "Tidak ada lagi alasan penulis baru, saya tidak ada idea!" Teknik penulisan gaya surah Yusuf menunjuk cara, memimpin penulis baru keluar daripada ketakutan berkarya, permulaan cerita yang menjadikan pembaca menghayati watak, mengikut cerita, mendalami setiap ayat yang menjadi naskah sulung penulisnya. "Keindahan menjadikan karya kita bertahan lama" Keindahan dalam cerita, keindahan yang bertahan dalam minda pembaca, keindahan yang menjadikan buku kekal di kedai bagi jangka masa yang lama. Teknik penulisan fiksyen gaya surah Yusuf menunjuk cara. "Dialog dan watak mencipta 'wayang' di hadapan mata pembaca." Pecahkan kebuntuan, cipta penceritaan yang segar, dialog yang nampak jelas di hadapan mata, seolah-olah pembaca novel melihat la...

Latar Belakang Manuskrip Tragedi Hiroshima

Image
Alhamdulillah,manuskrip Tragedi Hiroshima siap direalisasikan dan sudah dihantar ke meja editor Tuan Bahruddin Bekri - PTS Litera Utama Sdn. Bhd untuk tindakan selanjutnya. Tuan Bahruddin Bekri di dalam emelnya berkata, "Terima kasih atas kerjasama, Tuan ini. Ini sangat berharga untuk kami. Tuan jangan berhenti, teruskan berkarya.Terima kasih sekali lagi atas 'hadiah' manuskrip hebat ini." Pada mulanya semasa mahu menggarap idea Tragedi Hiroshima ini, saya terfikir sejenak adakah saya mampu menggalas untuk menulisnya. Ini kerana kisah pengeboman bandar Hiroshima sangat berat hendak ditulis malah memerlukan kajian dan penelitian fakta yang sangat rumit. Masa yang diambil untuk menjananya juga terlalu lama.Setelah memperoleh info dan fakta yang lengkap saya memulakan menulis dan merangka pada 21 September 2010. Saya masih berfikir lagi adakah saya mampu melunaskan idea ini sehingga selesai. Berbeza dengan novel Landasan Maut dan Perang kelang, keduanya adalah adaptasi d...

Barisan Penulis Novel Sejarah di PTS

Image
PTS adalah penerbit novel sejarah yang paling aktif dalam pasaran. Sehingga kini sudah hampir 40 judul novel sejarah sudah diterbitkan. Ada yang sangat laris, ada yang kurang laris. Novel sejarah berbeza daripada novel fiksyen sejarah. Dalam novel sejarah, semua fakta sejarahnya adalah benar, yakni tidak bercanggah daripada rekod sejarah. Nama-nama watak, tarikh, tempat dan peristiwa semuanya benar belaka. Dalam fiksyen sejarah, ada maklumat yang benar dan ada maklumat yang dicipta oleh pengarang sendiri dan tidak dapat dipertahankan kebenarannya. Dalam masa terdekat PTS akan memperkenalkan 2 orang penulis novel sejarah perempuan iaitu Azzah Abd. Rahman yang menulis tentang Shamsiah Fakeh, dan Nor Hayati Redzwan yang menulis tentang Tok Kenali. Nota: Foto menunjukkan barisan penulis novel sejarah PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur , dari kanan Tetuan Ahmad Zahiruddin Zabidi, Imran Yusof, Salleh De Ran, Abdul Latip Talib. Sumber:http://universitipts.com/ ~ Puan Ainon Mohd

Majlis Bertemu Penulis Sejarah di PBAKL 2011 - PWTC

Image
Corat-coret PBAKL 2011. Seawal jam 10:00 pagi saya memasuki ruang galeri di Dewan Tun Hussin Onn yang menempatkan booth PTS, saya menjangkan pada pagi itu tidak ramai pengunjung namun, telahan saya itu meleset sama sekali. Pengunjung sudah berduyun-duyun datang mengerumuni buku-buku yang dipamerkan di ruang yang sudah disediakan. Saya membayangkan bahawa tsunami buku sudah membadai pada hari itu, ini kerana ramai pengujung memenuhi booth PTS semata-mata mahu membeli dan memiliki buku yang mereka mahukan. Alhamdulillah, ini satu kejayaan PTS menarik lebih ramai peminat buku sekaligus, ini tidak termasuk dengan diskaun pembelian buku yang ditawarkan oleh pihak PTS. Sepanjang sesi bersama penulis pun pengunjung tidak putus-putus, menyebabkan sesak-badak berlaku namun keadaan itu terkawal dan pembeli begitu sabar berbaris menunggu giliran untuk membayar di kaunter pembayaran. Keadaan bertambah sesak-badak apabila pelajar-pelajar sekolah mulai memenuhi ruang buku, masing-masing memilih dan ...

Jemputan ke PBAKL 2011

Image
Saya dikejutkan dengan satu emel pada 6 April 2011 yang dihantar oleh Editor PTS Litera Utama, Tuan Mohamad Bahruddin Mohamad Bekri yang meminta saya ke Majlis 'Bertemu Penulis Novel Sejarah' pada 23 April 2011 di PWTC. Saya seperti tidak percaya kerana nama saya tersenarai ke majlis itu. Saya menjadi serba salah mahu memenuhi jemputan itu. Insya-Allah saya gagahi juga ke majlis itu. Saya merasakan diri ini begitu kerdil sekali malah gementar saya di sisi penulis-penulis tersohor PTS. Berikut emel jemputan: Assalamualaikum, Saya mendoakan Tuan agar terus bersemangat dan murah rezeki. Kami dengan rendah hati menjemput Tuan ke majlis 'Bertemu Penulis Novel Sejarah', 23 haribulan April ini ke PBAKL 2011, jam 11-12 sebagai penulis. Insya-Allah, Tuan akan duduk semeja dengan Tuan Abdul Latip Talib, dan Tuan Zahiruddin Zabidi. Doakan semuanya berjaya dengan lancar. Insya-Allah.

Terkini Perang Kelang

Image
Senarai 200 Top Seller PTS Berdasarkan Nilai Ringgit bagi Bulan Mac 2011. Alhamdulillah,kebimbangan saya terhadap novel ini pada mulanya sangat tinggi. Saya mengandaikan bahawa Perang Kelang sangat sukar untuk diketengahkan di dada pasaran kerana novel ini bukanlah pilihan pembaca memandangkan ianya adalah sebuah novel sejarah yang bukan sahaja tidak digemari pembaca malah kurang diminati berbanding dengan novel-novel lain. Namun sangkaan saya benar-benar meleset setelah tersenarai 200 Top Seller PTS Berdasarkan Nilai Ringgit bagi Bulan Mac 2011, sumber: http://universitipts.com/. Novel ini terbit bulan Januari 2011 dan baru sahaja tiga bulan berada di pasaran. Terima kasih saya kepada pembaca dan pembeli yang sudi menerima kehadiran novel Perang Kelang ini. 140. Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang 141. Harta Harun- Bukan Harta Karun 142. Perubatan Islam & Bukti Sains Moden 143. Biografi Muhammad bin Abdullah - ed. 2011 144. Aku, Dia & Glamor 145. Al-Asma Al-Husna 99 Na...