Posts

Novel Sejarah Lubuk Duit

Artikel dipetik daripada Berita Harian Online yang ditulis oleh Hafizah Iszahanid dan disiarkan pada 25 Julai 2011. Antara novel paling laris di pasaran kini ialah novel berunsur sejarah. Bukan saja diulang cetak berkali-kali, imbuhan menulis novel sejarah juga mencecah nilai ratusan ribu ringgit. Fenomena itu bagaimanapun terhad kepada novel sejarah Islam, manakala novel sejarah Melayu tidak mendapat sambutan sehebat itu, selain tidak ramai pengarang menangani novel sejarah Melayu. Justeru, apabila Yayasan Warisan Johor (YWJ) mengadakan Sayembara Menulis Sejarah Johor sejak 2005, ia bukan saja menawarkan hadiah lumayan, tetapi juga memperbanyakkan lagi khazanah sastera sejarah, khususnya Johor selain Empayar Kesultanan Johor - Riau. Meskipun, hadiah utama yang ditawarkan RM35,000, tetapi ia hanya dimenangi selepas tahun ketiga penganjurannya. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya, apakah susah menulis novel sejarah? Di barat novel sejarah sudah lama menembusi hadiah kesusasteraan utama....

Akan Terbit: Hiroshima - Duka Sebuah Perang

Image

Melancong ke Seluruh Dunia Bersama PTS Professional

PTS Profesional Sdn Bhd membuka peluang kepada peminat buku remaja bagi mengembara ke serata dunia bersama PTS profesional. Melalui produk terbarunya, PTS Profesional membawa pembaca ke seluruh dunia melalui novel fiksyen pengembaraan yang menarik dan menghiburkan. Melalui novel fiksyen ini, pembaca akan akan dibawa mengembara ke seluruh dunia melalui penceritaan berkaitan perjalanan, cara hidup dan budaya di luar negara. Pembaca seolah-olah berada di luar negara apabila membaca novel fiksyen pengembaraan ini. Buku berwarna ini juga memberikan info-info penting dan perkara yang perlu diketahui sebelum ataupun semasa berada di luar negara. Lebih menghiburkan, buku ini juga ditampilkan bersama-sama peta di bahagian belakang buku bagi memudahkan pembaca menandakan tempat yang pernah dilawati dalam buku yang dibaca. "Mudah-mudahan buku ini bermanfaat kepada pembaca diluar sana supaya merasai sendiri pengalaman seperti berada di luar negara. Selain itu, pelbagai tips dan info menarik j...

Perkara-perkara yang Tidak Dibenarkan dalam Novel Terbitan PTS

PTS hanya menerbitkan novel kanak-kanak, remaja dan dewasa yang syariah-compliant, yakni mematuhi hukum halal-haram. 1. Cerita tidak boleh memberi kemenangan moral kepada pedosa. Sebagai contoh, pada hujung cerita watak-watak jahat mestilah akhirnya berubah menjadi orang baik. 2. Tidak ada babak-babak pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. 3. Tidak ada babak-babak pasangan berjumpa dan bercakap-cakap berdua-duaan sahaja, pergi berdating, berpegang tangan, berasmara. 4. Tidak ada babak di mana anak-anak bercakap dengan cara dan kata-kata yang menyakiti hati ibu bapanya. 5. Tidak ada babak di mana isteri bercakap dengan cara dan kata-kata yang biadab kepada suami. 6. Tidak ada babak di mana perempuan meminta cerai daripada suami. 7. Tidak ada babak jenayah, sebagai contoh babak di mana watak-watak sedang merancang bagaimana mereka mahu merompak bank. 8. Tidak ada unsur di mana 'menjadi orang baik tidak berbaloi' yakni watak baik akhirnya menerima hukuman alam, ma...

Terkini Trevelog New Zealand & Tragedi Hiroshima

Image
Alhamdulillah dengan izin-Nya, novel travelog New Zealand kini sedang dalam proses penerbitan di bawah PTS Professional Sdn. Bhd. Menurut Editor Cik Rashiela Nurain Rashid di dalam emelnya berkata, "Sukalah kami memberitahu yang manuskrip New Zealand sudah selamat disunting dan dalam proses susun atur pula. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana manuskrip ini betul-betul padat dan penuh informasi. Sangat seronok membacanya kerana ada penerangan jelas dan jalan cerita yang penuh dengan moral." "Buat makluman tuan, tajuk manuskrip ini ditukar menjadi Oh New Zealand: Indahnya Bumi Maori . Tajuk ini dipilih bersempena dengan tajuk-tajuk buku travelog yang sudah diterbitkan iaitu Oh London dan Oh Sudan. Kami mengambil keputusan supaya tajuk siri ini diseragamkan. Siri ini tidak ada logo dan hanya tajuknya sahaja yang lebih kurang sama." "Buat makluman tuan juga, kami dibenarkan mencetak 16 muka surat berwarna dalam buku ini. Oleh itu dalam muka surat ber...

New Zealand Slideshow

New Zealand Slideshow : "TripAdvisor™ TripWow ★ New Zealand Slideshow ★ to New Zealand. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor" Slideshow ini adalah sebahagian daripada foto-foto semasa berada di New Zealand pada bulan Jun 2009 yang lalu. Berdasarkan pengalaman di sanalah maka tercetusnya idea untuk dijadikan novel travelog Oh New Zealand: Indahnya Bumi Maori - terbitan PTS Professional Sdn. Bhd. Salleh de Ran

Kekeliruan Tentang Kiraan Royalti

Image
Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA) Masih ada yang bertanya bagaimana lazimnya sesebuah penerbit mengira royalti pengarang. Jika tuan pernah menerbitkan buku, berapakah persen royalti yang tuan terima daripada penerbit itu? 5%? 7%? 10%? 12.5%? 16%? 20%? Masih banyak penulis yang keliru implikasi persen-persen royalti yang ditawarkan oleh penerbit. Ambil contoh-contoh kes berikut: Ada penerbit menawarkan royalti 16%. Sekali pandang bunyinya sangat menarik. Tetapi penulis tidak diberitahu 16% itu 16% daripada apa? Rupa-rupanya 16% daripada harga buku selepas ditolak diskaun kepada pengedar. Apabila tiba masa kiraan royalti barulah penulis tahu bahawa penerbit memberi potongan 50% kepada pengedar. Harga asal buku itu RM20, selepas ditolak diskaun pengedar harganya tinggal RM10. Penulis dibayar royalti 16% daripada RM10! Ada penerbit menawarkan royalti 11% kepada penulisnya. Tetapi dalam dokumen perjanjian penerbitan tidak dituliskan berapa harga buku itu dijual. Begitu...