Posts

Novel Cabul

Image
Untung Rugi Menjadi Penulis, Penerbit dan Penjual Novel Cabul. Menulis novel-novel cabul terbukti boleh membawa keuntungan yang banyak dan segera. Jualan novel-novel cabul sangat rancak sekarang ini. Kedai buku besar dan kecil, terkenal dan tidak terkenal, semuanya sedia menjadi agen jualan novel-novel cabul. Semua perkara ada baik dan buruknya, ada untung dan ruginya, ada plus dan minusnya. Risiko paling besar menjadi penulis novel cabul adalah dosa yang berpanjangan. Meskipun kita sudah berhenti menulis, malah sudah bertaubat, namun kesan buruk akibat daripada pembacaan novel-novel itu tetap berjalan terus ke atas mereka yang pernah membacanya. Meskipun kita menggunakan nama-nama samaran, orang tetap akan tahu juga siapa kita yang berselindung di sebalik nama-nama samaran itu. Nama baik kita rosak sampai bila-bila. Masyarakat tidak akan memaafkan kita. Risiko menjual novel-novel cabul pun begitu juga. Meskipun sudah berhenti menjualnya, kesan kerosakan daripada jualan novel-novel cab...

Senarai Terlaris Bulan Oktober 2011

Image
Alhamdulillah, menurut sumber: Portal PTS, novel Oh New Zealand! Indahnya Bumi Maori termasuk di dalam senarai terlaris bulan Oktober 2011. Terima kasih kepada pembaca yang terus menyokong novel ini. Saya berharap semoga novel ini terus menerus melebarkan sayapnya. http://www.facebook.com/pages/Oh-New-Zealand-Indahnya-Bumi-Maori/210567555664706

Di Sebalik Tabir Novel Oh New Zealand! Indahnya Bumi Maori

Image
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dengan izin-Nya maka lahirlah dua buah novel yang dizahirkan serentak. Pertama novel travelog remaja Oh New Zealand! Indahnya Bumi Maori di bawah terbitan PTS Professional Sdn. Bhd dan yang kedua novel sejarah Hiroshima - Duka Sebuah Perang di bawah terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Novel Oh New Zealand! Indahnya Bumi Maori adalah novel pertama saya bersama PTS Professional. Semuanya bermula apabila perbincangan saya dengan Cik Nurismaliza (Editor PTS Pro ketika itu) pada 15 Oktober 2009 melalui Facebook dan daripada maklumat serta pandangan daripada Cik Nurismaliza mengenai cadangan saya mengenai buku travelog itu akhirnya Cik Nurismaliza bersetuju dan beliau memaklumkan kepada saya bahawa PTS Pro sedang membangunkan projek novel trevelog. Beliau mencadangkan kepada saya supaya membuat proposal dan beliau meminta saya menjadikan pengalaman di luar negara itu ditulis dalam bentuk fiksyen. Pada mulanya saya sedikit keberatan kerana kesukaran untu...

Novel Sejarah Lubuk Duit

Artikel dipetik daripada Berita Harian Online yang ditulis oleh Hafizah Iszahanid dan disiarkan pada 25 Julai 2011. Antara novel paling laris di pasaran kini ialah novel berunsur sejarah. Bukan saja diulang cetak berkali-kali, imbuhan menulis novel sejarah juga mencecah nilai ratusan ribu ringgit. Fenomena itu bagaimanapun terhad kepada novel sejarah Islam, manakala novel sejarah Melayu tidak mendapat sambutan sehebat itu, selain tidak ramai pengarang menangani novel sejarah Melayu. Justeru, apabila Yayasan Warisan Johor (YWJ) mengadakan Sayembara Menulis Sejarah Johor sejak 2005, ia bukan saja menawarkan hadiah lumayan, tetapi juga memperbanyakkan lagi khazanah sastera sejarah, khususnya Johor selain Empayar Kesultanan Johor - Riau. Meskipun, hadiah utama yang ditawarkan RM35,000, tetapi ia hanya dimenangi selepas tahun ketiga penganjurannya. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya, apakah susah menulis novel sejarah? Di barat novel sejarah sudah lama menembusi hadiah kesusasteraan utama....

Akan Terbit: Hiroshima - Duka Sebuah Perang

Image

Melancong ke Seluruh Dunia Bersama PTS Professional

PTS Profesional Sdn Bhd membuka peluang kepada peminat buku remaja bagi mengembara ke serata dunia bersama PTS profesional. Melalui produk terbarunya, PTS Profesional membawa pembaca ke seluruh dunia melalui novel fiksyen pengembaraan yang menarik dan menghiburkan. Melalui novel fiksyen ini, pembaca akan akan dibawa mengembara ke seluruh dunia melalui penceritaan berkaitan perjalanan, cara hidup dan budaya di luar negara. Pembaca seolah-olah berada di luar negara apabila membaca novel fiksyen pengembaraan ini. Buku berwarna ini juga memberikan info-info penting dan perkara yang perlu diketahui sebelum ataupun semasa berada di luar negara. Lebih menghiburkan, buku ini juga ditampilkan bersama-sama peta di bahagian belakang buku bagi memudahkan pembaca menandakan tempat yang pernah dilawati dalam buku yang dibaca. "Mudah-mudahan buku ini bermanfaat kepada pembaca diluar sana supaya merasai sendiri pengalaman seperti berada di luar negara. Selain itu, pelbagai tips dan info menarik j...

Perkara-perkara yang Tidak Dibenarkan dalam Novel Terbitan PTS

PTS hanya menerbitkan novel kanak-kanak, remaja dan dewasa yang syariah-compliant, yakni mematuhi hukum halal-haram. 1. Cerita tidak boleh memberi kemenangan moral kepada pedosa. Sebagai contoh, pada hujung cerita watak-watak jahat mestilah akhirnya berubah menjadi orang baik. 2. Tidak ada babak-babak pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. 3. Tidak ada babak-babak pasangan berjumpa dan bercakap-cakap berdua-duaan sahaja, pergi berdating, berpegang tangan, berasmara. 4. Tidak ada babak di mana anak-anak bercakap dengan cara dan kata-kata yang menyakiti hati ibu bapanya. 5. Tidak ada babak di mana isteri bercakap dengan cara dan kata-kata yang biadab kepada suami. 6. Tidak ada babak di mana perempuan meminta cerai daripada suami. 7. Tidak ada babak jenayah, sebagai contoh babak di mana watak-watak sedang merancang bagaimana mereka mahu merompak bank. 8. Tidak ada unsur di mana 'menjadi orang baik tidak berbaloi' yakni watak baik akhirnya menerima hukuman alam, ma...