Posts

4'TIC ~ Seumur Hidupku

Image
Duo 4'TIC (Izue & Jay) Lirik lagu Seumur Hidupku adalah lirik kedua yang saya tulis selepas lirik lagu Damaikan Rusuh Hati nyanyian Azzam Sham. Lirik Seumur Hidupku berkisar tentang percintaan dan perpisahan. Percintaan antara sepasang kekasih, namun hubungan cinta mereka terputus ditengah jalan apabila wanita yang dicintainya itu beralih arah kepada lelaki lain. Lirik cinta ini lumrah seperti lirik lagu lain. Kulit single 4'TIC - Seumur Hidupku Menghasilkan lirik untuk sesebuah lagu bukan perkara yang mudah. Pengalaman saya menghasilkan lirik lagu banyak cabarannya. Apabila komposer   Sanyzar Ijat Yin   memberikan melodi, maka tugas penulis lirik adalah menulis setiap patah perkataan mengikut melodi lagu itu. Menyusun satu persatu perkataan, mencari perkataan yang sesuai, dan menjadikan jalan cerita atau kisah yang ingin disampaikan. Tugas ini dibuat berulang-ulang kali sehingga tepat, boleh meleleh telinga... Semua in i bergantung kepada

Salamander Shores, Port Stephens, New South Wales

Image
Awak nak tahu?  Dulu punya cerita, konon nak mandi laut di negara orang, peluang tu memang ada. Kebetulan dapat rehat sebelah petang di Salamander Shores, Port Stephens, New South Wales. Tanya kawan, “Nak mandi laut tak. Alang-alang dah sampai Australia, nak rasa juga air laut di sini.” Kawan Jawab, "bagus juga idea tu.” Kami pun pergilah ke tepi pantai tidak jauh dari lokasi penginapan. Sampai di pantai kami dah tak sabar nak mandi. Bila mendekat di gigi pantai kami terkejut. “Tepi pantai pun banyak rumpai laut, hairan.” “Betullah, kenapa banyak rumpai laut pantai ni?” “Dari jauh tak nampak pun rumpai laut.” “Nampak sangat pantai ini tak ada orang mandi. Cuak pulak aku nak mandi.” “Ya tak ya juga. Tapi tak ada pula papan tanda amaran di sini. “Habis macam mana, nak mandi tak. Kata nak berendam macam badak?” “Alang-alang dah sampai sini kita belasah mandi. Di Bondi Beach, tak ada peluang nak mandi. Apa kata kita mandi di tepi

Bondi Beach

Image
Awak nak tahu, Bondi Beach pantai paling popular terletak 8 kilometer di timur pinggir kota Sydney, Australia. Biasalah, nama pun pantai sudah tentu menjadi tumpuan dan tarikan kepada pengunjung dalam dan luar negara. Macam-macam aktiviti riadah yang awak boleh buat di sini, berkelah, berbasikal, bermandi-manda dan meluncur air menjadi pilihan. Paling meriah setiap hujung minggu dan cuti umum. Meletop gitu! Macam-macam ada. Bila berada di sini, mata kena jagalah ya ha ha...  pandang sekali sahaja jangan lebih-lebih. Faham-fahamlah tempat awam dan terbuka macam ini. Kurangkan dosa tambahkan pahala. Pada 9 Jun 1882, Bondi Beach menjadi sebuah pantai umum. Pernah berlaku kisah tragis pada 6 Februari 1938, 5 orang tenggelam dan lebih dari 250 lainnya diselamatkan setelah serangkaian gelombang besar membadai pantai dan menarik orang ke dalam laut. Perghh!! ngeri sangat, hari sedih itu dikenali sebagai ‘Black Sunday’ atau Minggu Hitam. Di hujung selatan pantai, dikhus

Rocks Market

Image
Rocks Market bukan lokasi menjual batu atau untuk penyanyi rock mengalunkan lagu, tetapi lokasi terkenal di Sydney ini menjual pelbagai barangan seperti pakaian, beg, barang kemas, karya asli dan lukisan. Lebih kurang 200 gerai sepanjang jalan di kiri kanannya bangunan lama yang berusia ratusan tahun. Barangan lain yang ada di sini seperti makanan yang baru dimasak, barang-barang kesenian, permainan kanak-kanak, fesyen, hadiah, barang-barang kecantikan, kesihatan, aksesori w anita, muzik, kraf tangan, barang-barang antik, gerai cenderahati khas dan macam-macam lagilah, tulis banyak-banyak awak bukan nak baca pun ha ha... Kalau nak cari nasi lemak, pisang goreng, roti canai, laksa, sate, murtabak, mee sup, memang tak jumpa ha ha.... Kalau jenis rambang mata, sila penuhkan poket dengan duit. Kalau nak menjamu mata, telan air liur ya. Rocks Market dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang tahun. Datang hari lain, terjun laut

SkyWalk, Sydney Tower

Image
SkyWalk, Sydney Tower. “Selamat datang ke altitud paling tinggi di Sydney. Rasai kehebatan dan keseronokan paling menakjubkan di atas SkyWalk!” Begitulah kata-kata Skyguides kepada pengunjung. Pengunjung sudah bersedia berjalan di atas laluan SkyWalk. Mereka berbaris dan memulakan langkah berjalan sambil mengelilingi SkyWalk. Mereka dapat menyaksikan keindahan bandar raya Sydney dari atas puncak dua kali ganda dari Sydney Harbour Bridge kerana Sydney Tower berketinggian 268 meter. Skywalk merupakan platform berlantai besi yang melingkungi Sydney Tower. Terdapat satu platform tontonan khas yang dibina di tepi struktur utama dek. Platform berlantaikan kaca tebal dan memanjang sedikit itu adalah platform untuk kegunaan pengunjung melihat pemandangan dan mengambil gambar. SkyWalk t elah dibuka kepada umum pada 18 Oktober 2005, dengan kos pembinaan sebanyak AD3,750.000 dan mengambil masa empat tahun untuk mereka bentuk dan dua bulan untuk membinanya. Platform i

Seafood Platters

Image
Seafoo d Platters Menikmati hidangan makanan laut seafood platter sambil menjamu mata pada ikonik di Circular Quay West, pemandangan mercu tanda yang memukau sangat mempesonakan di Sydney. Dibuai dingin bayu, langit membiru menyiram keindahan latar belakang yang sempurna. Sudut pemandangan yang menakjubkan merentasi Sydney Harbour, Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge ini membuatkan pengunjung tidak akan melupakan pengalaman bersantai. Di Waterfront ini terletaknya lokasi makanan bertaraf dunia. Menu pilihan yang diilhamkan oleh masakan klasik dari  Perancis, Itali, Sepanyol dan Mediterranean. Makanan laut yang segar dan istimewa itu terhidang untuk santapan makan tengahari ataupun malam. Duduk di satu meja, berpayungkan kanvas putih, tersedia hidangan Seafood Platters untuk  dua atau tiga orang. Hidangan itu disediakan oleh Chef restoran yang profesional dan terkenal. Hidangan bertingkat dipenuhi dengan udang kara kukus, udang harimau goreng, kupang hit

Sydney Harbour Bridge

Image
Sydney Harbour Bridge Sydney Harbour Bridge juga mesra dikenali sebagai penyangkut baju. Selepas menjemput tender di seluruh dunia pada tahun 1922, kerajaan Australia menerima cadangan daripada 26 syarikat. Pada 24 Mac 1924, kontrak pembinaan telah diberikan kepada firma English Dorman Long & Co Middlesbrough. Jambatan ini diperbuat daripada keluli dan mengandungi 6 juta rivet yang dihasilkan dengan menggunakan tangan. Panjang jambatan ini 1,149 meter dan gerbangnya pula 503 meter. Jumlah kerja keluli seberat 52.800 tan, termasuk 39,000 tan metrik pada gerbang. Dek yang berkeluasan 49 meter lebar menjadikan Sydney Harbour Bridge paling luas di dunia. Ia mempunyai lapan laluan untuk kenderaan, dua laluan kereta api, satu laluan siar kaki dan satu laluan berbasikal. Jambatan ini dibuka pada 19 Mac 1932 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri John Jack Lang, selepas 9 tahun pembinaannya dan menjadi satu peristiwa yang bersejarah dengan kehadiran seramai 300,00 oran