Sydney Harbour Bridge
Sydney
Harbour Bridge
Sydney Harbour Bridge juga mesra dikenali sebagai
penyangkut baju. Selepas menjemput tender di seluruh dunia pada tahun 1922,
kerajaan Australia menerima cadangan daripada 26 syarikat. Pada 24 Mac 1924, kontrak
pembinaan telah diberikan kepada firma English Dorman Long & Co
Middlesbrough.
Jambatan ini diperbuat daripada keluli dan mengandungi 6
juta rivet yang dihasilkan dengan
menggunakan tangan. Panjang jambatan ini 1,149 meter dan gerbangnya pula 503
meter. Jumlah kerja keluli seberat 52.800 tan, termasuk 39,000 tan metrik pada
gerbang.
Dek yang berkeluasan 49 meter lebar menjadikan Sydney
Harbour Bridge paling luas di dunia. Ia mempunyai lapan laluan untuk kenderaan,
dua laluan kereta api, satu laluan siar kaki dan satu laluan berbasikal.
Jambatan ini dibuka pada 19 Mac 1932 dan dirasmikan oleh
Perdana Menteri John Jack Lang, selepas 9 tahun pembinaannya dan menjadi satu
peristiwa yang bersejarah dengan kehadiran seramai 300,00 orang.
Sydney Harbour Bridge, salah satu lokasi yang menjadi
tarikan pelancong di Australia. Syarikat Sydney BridgeClimb menyediakan
aktiviti memanjat hingga ke puncak Sydney Harbour Bridge. Lebih 3 juta pelawat
dari lebih 137 buah negara dan wilayah yang berbeza telah mendaki di jambatan
itu.
Terbuka kepada sesiapa sahaja sama ada tua ataupun yang
muda, sihat tubuh badan dan berumur 10 tahun ke atas. Segala kemudahan dan
semua peralatan yang perlukan juga disediakan oleh pihak pengurusan.
Memanjat, 100% selamat dan semua pegawai yang bertugas adalah
orang yang profesional, mahir dan terlatih. Mereka akan membantu pemanjat bagi
mengatasi rasa takut mereka kepada ketinggian
Berdiri di puncak Sydney Harbour Bridge sambil melihat
bandar raya yang paling indah di Australia adalah satu pengalaman yang paling
berharga.
New South Wales sebuah travelog di bumi Aborigine.
Comments