Posts

Ulasan Pembaca Novel Landasan Maut

Image
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca yang sudi membaca dan sudah memiliki buku Landasan Maut. Terima kasih juga di atas ulasan dan komen-komen yang membina itu. Saya akan memperbaiki sebarang kelemahan di masa akan datang melalui buku-buku yang bakal akan diterbitkan itu. Salam Takzim: Salleh de Ran Antara Ulasan Pembaca Di Portal PTS Ulasan Pembaca 1 Kulit buku menarik, jalan cerita yang baik. Bahasa yang mudah difahami. Sesuai untuk semua golongan, sangat sesuai jika dapat dijadikan buku rujukan tambahan pelajar sekolah. Norzaini Abdul Ghani 23 Aug 2010 10:28 PM Ulasan Pembaca 2 Kulit buku bersesuaian dengan jalan ceritanya Agak membosankan pada awalnya kerana tidak begitu mengenali watak-watak dalam cerita ini, namun apabila mengenali mereka, semakin menarik… suka dengan watak Mat Awang dan kawan-kawannya kerana mereka bersifat setiakawan walau apa pun apa yang berlaku… Bahasanya mudah difahami… setiap kejadian dapat dibayang dengan jelas sekali… kesedihan kerana terpaks...

Landasan Maut Sudah Berada Di Pasaran

Image
Alhamdulillah dengan izinNya, lahirlah anak kedua saya di PTS pada 14 Julai 2010 yang lalu. Terima kasih kepada tim PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Anak bernama 'Landasan Maut' itu sudah menetap di kedai buku untuk meneruskan kehidupannya. Kepada sesiapa yang menemuinya, jangan teragak-agak untuk membawanya pulang sebagai anak angkat. Baca isi hatinya kerana di dalamnya terkandung lipatan sejarah yang belum anda ketahui. Silalah berkunjung ke kedai buku MPH, Popular, Kinokuniya dan kedai buku Indie berdekatan dengan anda sekiranya berminat. Sokongan anda semua sangat saya hargai... Landasan Maut boleh diperolehi di kedai buku MPH, Popular dan di kedai buku Inde Landasan Maut Masuk Gudang PTS

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

Image
Keratan Akhbar Yang Menjadi Sebahagian Rujukan Novel Landasan Maut. KOTA BAHARU, 9 Ogos - Kenangan pahit menjadi buruh paksa 64 tahun lalu masih menghantui seorang warga tua yang kini berumur 81 tahun. Pengalaman sukar semasa Perang Dunia Kedua itu mengingatkan beliau akan bahaya pencerobohan kuasa asing dan erti kemerdekaan. Setiap kali menyambut Hari Kemerdekaan, beliau sebak kerana terkenang keperitan hidup pada zaman penjajahan Jepun. "Pak cik tidak dapat lupakan kekejaman Jepun sehingga akhir hayat dan pak cik tidak akan halalkan perbuatan kejam mereka," kata Muhammad Awang yang terlantar akibat lumpuh separuh badan selepas diserang angin ahmar lebih tiga tahun lalu. Muhammad hanya mampu terbaring dan isterinya Khadijah Awang Ngah, 76, menjadi tempat beliau bergantung hidup menguruskan makan minumnya. Khadijah seringkali mencelah sebagai "jurucakap" suaminya itu disebabkan pertuturan Muhammad yang tidak jelas tetapi pengalaman Muhammad ketika menjadi buruh paks...

Budak Ladang

Image
Novel Budak Ladang duduk diam di rak buku... Novel Budak Ladang - Terbitan PTS One Sdn. Bhd Harga: RM 16.00 / RM 18.00 ISBN-13: 978-983-3654-70-3 ISBN-10: 983-3654-70-3 Tarikh Terbit: 5 Jan 2009 Jumlah Muka Surat : 240 Kategori: Remaja, Remaja Umum Kisah tiga orang sahabat Malek, Swee Teen dan Sundram yang mengharungi suka duka hidup mereka membesar di sebuah ladang sayur. Belum sempat Swee Teen membuka mulut, tiba-tiba terdengar bunyi dua das tembakan datang rumah Ong. Malek terkejut dan tergamam. Kamera yang ada pada tangan Malek masih merakam, Swee Teen dan Sundram menoleh ke rumah mereka. Malek segera meninjau apa yang berlaku dan apa yang didengarnya. "Macam bunyi tembakan!" Malek cuba mengesahkan bunyi yang didengarnya. Swee Teen dan sundram mula gelisah. Mereka berpandangan. Mampukah budak ladang ini berhadapan dengan cabaran KOMEN PEMBACA DI FB & PORTAL PTS Fiezah Solehah 13 Jul 2010 1:26 AM Kulit buku menarik minat untuk pembaca membeli dan membaca sendiri kisah...