Posts

Konsortium ABASS Sdn. Bhd

Image
Bagaimana Air Dirawat Air, sumber asli asas terulung sejak berabad lamanya dan sudah menjadi nadi di sebalik kepesatan negara sekali gus menjadi keutamaan di dalam kehidupan harian kita. Air, kita mandi dengan Air, kita mencuci dengan Air, Kita minum dengan Air, namun, tahukah kita siapa di belakang tabir yang merawat sumber Air ini? Skim Bekalan Air Sungai Semenyih telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan mula beroperasi pada tahun 1986 bagi menampung permintaan air bersih di Lembah Kelang merangkumi kawasan Selangor Selatan dan Wilayah Persekutuan. Kapasiti pengeluaran air bersih dari Skim Sungai Semenyih adalah sebanyak 545 juta liter sehari. Bagi memastikan pengurusan air yang lebih efisien, Kerajaan Negeri Selangor telah menswastakan Skim Sungai Semenyih kepada Konsortium ABASS Sdn Bhd melalui Perjanjian Penswastaan dan Konsesi bagi tempoh 30 tahun bermula dari 2 Januari 2001. Empangan Semenyih Empangan Semenyih adalah sumber tadahan air yang ...

Imbasan Kembara ~ Tasmania, Australia

Image
Barilla Bay Oyster Farm Tiram adalah sejenis haiwan bercangkerang dengan kulit yang agak leper. Dagingnya memiliki kalori yang rendah dan isinya mengandung kalsium dan vitamin A. Tiram paling terkenal kerana menghasilkan mutiara secara semulajadi. Nama umum tiram digunakan bagi beberapa kumpulan mollusk dwicangkerang yang berlainan, yang kebanyakannya tinggal di habitat laut atau air payau. Cangkerangnya terdiri dari dua kerangka berkalsium yang mengelilingi isi yang lembut. Iangsung menapis plankton daripada air, dan otot adukor digunakan bagi mengekalkan kerangka tertutup.Sesetengah tiram amat dihargai sebagai makanan, dimakan mentah dan dimasak. Sesetengah jenis lain, seperti tiram mutiara, tidak dimakan secara meluas. Ladang Tiram Barilla Bay salah satu daripada pembekal terkemuka tiram premium di Tasmania. Ladang tiram ini terletak hanya dua minit dari lapangan terbang Hobart dan lokasinya dikelilingi oleh taman-taman serta landskap yang...

EKSKLUSIF 1: Bersama AZZAM SHAM

Image
AZZAM SHAM dalam penggambaran ~ Enak Bersama Ramly  Entri kali ini sedikit berbeza. Tidak seperti sebelum ini, entri saya lebih tertumpu kepada imbasan kembara dan pengalaman semasa bertugas di luar negara. Namun, entri pada kali ini sangat istimewa bagi diri saya. Inilah, satu catatan kenangan saya yang sangat berbeza kerana melibatkan artis. Bukan sebelum ini saya tidak pernah bertugas melibatkan dengan artis-artis.  Malah, sudah kerap dan selalu apabila bertugas menerbitkan program tv bersama selebriti atau artis sebagai tetamu jemputan tidak kiralah program apa pun. Sebelum ini saya pernah bekerja dengan selebriti atau artis seperti Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Raja Azura, M. Rajoli, Misha Omar, Ziana Zain, M. Nasir, Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Fahrin Ahmad, Linda Onn, Nora, Zul Yahya, Maya Karin, Naz, Dephni Iking, Wahida, Yusni Jaafar, Normala Omar, S. Shahlan, Jalil Hamid, Chef Wan, Chef Ismail, Chef Muluk, Chef Sabri dan banyak lagi yang tidak dapat saya...

Imbasan Kembara ~ Port Stephens, New South Wales, Australia

Image
Moonshadow Cruises   Moonshadow Cruises adalah perniagaan keluarga yang dimiliki dan dikendalikan khusus untuk membawa pelawat melihat secara dekat ikan lumba-lumba dan ikan paus. Pelawat dapat melihat keunikan habitat ini melalui dek yang disediakan. Cruises Moonshadow telah beroperasi sejak 1981 dan menawarkan pelbagai pengalaman pelayaran yang akan dikenang dan diingati. Terletak di jeti Nelson Bay, Port Stephens di pelabuhan Newcastle, 2 jam jam perjalanan dari Sydney pelawat akan memulakan pelayarannya di situ. Aktiviti riadah yang ringkas dan menarik ini bertambah rancak apabila memasuki bulan November hingga  Disember.      Alam semula jadi yang menarik, segalanya ada di Port Stephens. Di tengah-tengah kesibukan aktiviti penduduknya, di daerah Port Stephens ini anda boleh menyaksikan ikan lumba-lumba, ikan paus ketika musimnya. Begitu juga aktiviti meredah belukar yang menakjubkan dan melihat bunga liar, selain itu aktiviti-aktiviti air ya...

Imbasan Kembara ~ Adelaide, South Australia

Image
RODNEY FOX - Mangsa Serangan Jerung Mangsa serangan jerung putih yang hebat, pembuat filem dan ketua ekspedisi, Rodney Fox, dilahirkan di South Australia pada 9 November 1940. Beliau bahagia berkahwin dengan iaterinya, Kay dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Andrew, Lenore dan Darren, dan datuk kepada 7 orang cucu. Keluarga Fox membuka muzium jerung dan Kedai Hadiah Nautical. Muzium ini memaparkan koleksi persendirian Rodney Fox, bersama paparan melalui rakaman filem semasa penyelidikan ikan jerung putih. Muzium ini juga memperlihatkan model jerung putih yang besar, sangkar dari filem "Jaws", fosil gigi gergasi di samping menampilkan foto-foto serta filem sepanjang penglibatannya. Rodney Fox diserang dan digigit teruk oleh jerung putih yang besar di dada dan lengan pada bulan Disember 1963. Cerita serangan dan melarikan diri daripada maut itu telah sekian kali diterbitkan. Beliau menganggap kejadian itu sebagai satu keajaiban yang luar biasa kerana ...

Imbasan Kembara ~ Hobart, Tasmania Australia

Image
SALAMANCA PLACE, HOBART CITY, TASMANIA Kunjungan anda ke Horbat City, Tasmania tidak lengkap sekiranya tidak ke satu lokasi yang menarik iaitu di Salamanca Place. Lokasi ini terdiri daripada barisan bangunan batu pasir yang dahulunya adalah gudang pelabuhan Bandar Hobart dan kemudiannya telah ditukar kepada restoran, galeri, kedai kraf dan juga pejabat. Ia dinamakan Salamanca selepas kemenangan pada tahun 1812 Duke of Wellington dalam Pertempuran Salamanca di wilayah Sepanyol. Pada awalnya lokasi ini dipanggil The Cottage Green. Setiap hari Sabtu, Salamanca Place adalah tapak untuk Pasar Salamanca yang begitu popular di kalangan pelancong luar dan penduduk tempatan. Salamanca Place juga popular selepas waktu malam menjengah. Ini kerana penduduk tempatan dan juga pengunjung luar menikmati bar dan restoran-restoran yang terletak di sana malah dilengkapi dengan dermaga yang letaknya sangat berdekatan.  Pada pertengahan tahun 1990-an, Salamanca Square dibina sebagai...