Imbasan Kembara ~ Kimbe, Papua New Guinea


Buai atau pinang sinonim dengan masyarakat PNG

Pada 2009, semasa membuat tugasan di Kimbe Papua New Guinea. Sangat menarik melihat gigi orang-orang Papua berwarna merah dan rata-rata masyarakat Papua bergigi dan berbibir merah tidak mengira lelaki ataupun wanita, tua ataupun muda. Merah pada bibir dan gigi adalah disebabkan mereka suka makan buah pinang atau ‘buai’ dalam bahasa Papua, boleh diumpamakan mereka seperti makan sirih. Setiap orang Papua membawa buah pinang sebagai bekalan, mereka akan menyimpan buah pinang di dalam beg bilum. Purata sehari mereka akan memakan buah pinang muda sebanyak 20 hingga 25 biji.

Buai atau buah pinang ~ areca catechu adalah pohon pinang yang diusahakan di bahagian panas Papua New Guinea bagi mendapatkan buahnya. Pohon itu sangat menarik diperkatakan, walaupun kita sudah mengenalinya namun di Papua new Guinea pohon pinang yang tumbuh setinggi hingga 15 meter, mempunyai daun hijau gelap, batang bercincin dan harum wangi bunga putih.

Buah pinang atau buai bersaiz telur ayam yang berukuran sekitar 50mm (2 inci) panjang dan mengandungi biji. Buah ini biasanya berwarna hijau, dan ketika matang ternyata buahnya berwarna oren. Biji berbentuk kon dengan dasar rata dan kecoklatan luarannya. Di dalamnya berbintik-bintik seperti sebuah pala. Sabut buah pinang dikupas dan dikunyah manakala isinya muda turut dikunyah dengan mustard (daka) bersama kapur (kambang).



Memakan buah pinang atau buai ini akhirnya menyebabkan bibir dan gigi berwarna merah. Orang-orang Papua akan mengunyah dan menelannya dan sesudah itu akan meludah air liur yang berwarna merah. Keadaan seperti ini sangat memualkan dan menjijikan bagi mereka yang tidak biasa. Itu adalah budaya dan masyarakat Papua New Guinea.

Ini adalah kegiatan budaya yang penting dan popular di hampir semua warga Papua New Guinea. Mengunyah adalah bahan tambahan dan dinikmati oleh semua kumpulan umur meskipun secara tradisionalnya diperuntukkan bagi generasi yang lebih tua. Sama seperti merokok tembakau sangat sulit untuk menghentikan kebanyakan orang yang mempunyai masalah cuba untuk menghentikan mengunyah buah pinang. Suasana memakan buah pinang ini tidak mengira upacara, pesta, ritual atau berkumpul di tempat awam dan mudah dilihat di mana-mana sahaja di negara ini.



Buah pinang atau buai ini boleh di dapati dengan mudah dan dijual dengan harga yang murah seharga PGK1.60 bersamaan RM2.50 sebanyak 10 biji atau 15 biji buah pinang. Buah pinang ini boleh dibeli di gerai-gerai tepi jalan ataupun memetik sendiri di halaman rumah mereka. Pokok pinang turut ditanam di setiap rumah orang-orang Papua. Sepuluh batang pokok pinang mesti ada di setiap rumah mereka. Menjulang tinggi pokok pinang yang sudah tua dan benih muda atau pokok muda juga ditanam sebagai gantian.

Perkara ini dituntut oleh PNG Medical Society bahawa mengunyah buah pinang sudah membunuh lebih daripada 2,000 orang di Papua New Guinea setahun. Pengamal perubatan memberikan arahan dengan menetapkan penjualan dan mengunyah buah pinang kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Kesihatan Awam mengatakan setiap tahun rakyat Papua New Guinea mati akibat penyakit seperti kanser mulut, kebersihan mulut yang buruk, kanser tekak, gastritis (radang lambung pada membran mukus yang melapik perut), ulser perut (luka pada lambung) dan keradangan gusi.

Selain membawa penyakit disebabkan mengunyah buah pinang, turut menjadi sampah daripada pembuangan sabut dan kekotoran buangan ludahan dibuang di sekitar bandar seperti Port Moresby dan lain-lain bandar. Perkara ini boleh menyumbang terhadap pembawaan penyakit.

Comments

Anonymous said…
I enjoyed your post. It’s a lot like college – we should absorb everything we can but ultimately you need to take what you’ve learned and apply it.Nice man. Extremely informative post. I'll be sure to pass this along to my friends.
Mercury Ford Ranger AC Compressor
Salleh de Ran said…
Thank you for visiting my blog. The information here is based on my experience, once in Papua New Guinea. I enjoy sharing the experience with anyone. Experience and knowledge that we have very wonderful given to those in need ...

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI