Posts

Imbasan Kembara ~ Kangaroo Island, South Australia

Image
Seal Bay – Kangaroo Island Perjalanan hanya mengambil masa 40 minit dari bandar utama Kingscote, Kangaroo Island. Seal Bay Conservation Park terletak di Pantai Selatan Kangaroo Island. Daya tarikan utama lokasi ini adalah mengenai Taman Singa Laut – Australia. Seal Bay Conservation Park telah diisytiharkan sebagai Taman Negara dan Hidupan Liar 1972 bagi membantu dalam perlindungan singa laut dan habitat semulajadinya. Pada hari ini, Taman Negara dan Hidupan Liar Australia Selatan menyediakan lawatan berpandu sepanjang pantai Seal Bay. Pengunjung dapat melihat singa laut dari dekat dan m sahaja, menariknya di sini boleh mendekati singa laut dengan jarak tertentu. Terdapat juga laluan papan yang membolehkan orang ramai mengalami sendiri habitat singa laut dari jauh tanpa gangguan minima. Bersebelahannya, Taman Rizab Akuatik yang diuruskan oleh Perusahaan Utama dan Sumber Australia Selatan. Rizab Akuatik ini digabungkan dengan habitat daratan dan habitat laut di dalam satu taman pemulihar...

Imbasan Kembara ~ Tasmania, Australia

Image
CRADLE MOUNTAIN Bagi kebanyakan orang, kemuncak lawatan ke hujung utara Cradle Mountain - St Clair Lake National Park adalah pandangan merentasi Dove Lake ke Cradle Mountain, salah satu sorotan semula jadi di Tasmania yang indah dan menawan. Gunung itu sendiri adalah bergerigi, puncak dolerite yang menguasai kawasan itu. Konon namanya adalah berasal dari persamaan buaian satu pelombong gunung. Vista atau pandangan dramatik ini boleh dilihat sama ada dengan berjalan kaki di sepanjang tepi Tasik, atau dari tempat letak kereta di Dove Lake. Pengunjung harus ingat bahawa cuaca liar di tanah tinggi Tasmania itu sering awan menyelubungi puncak gunung. Terdapat beberapa lapisan yang sangat baik di kawasan tersebut, termasuk Track Dove Lake Loop yang akan membawa pengunjung melalui hutan Ballroom yang indah, kawasan hutan hujan beriklim sederhana sejuk yang terletak di lereng gunung. Berjalan-jalan, termasuk berjalan kaki di hutan Weindorfers. Sudah tentu, kawasan itu juga menanda...

Imbasan Kembara ~ Adelaide, South Australia

Image
LIGHT’S VISION Light’s Vision atau “Pandangan Light” terletak di Montefiore Hill, North Adelaide, South Australia. Taman memorial ini dibina pada tahun 1938, di mana patung gangsa Kolonel William Light iaitu bapa pengasas bandar Adelaide didirikan. Pada musim panas 1837, Kolonel William Light bertanggungjawab bagi menetapkan dan mengukur tapak bandar Adelaide. Pada hari ini, patung gangsa itu berdiri megah di atas Montefiore Hill, Beliau memainkan peranan penting dalam penubuhan bandar Adelaide. Di situ pengunjung akan menikmati pemandangan yang indah dihiasi dengan taman dalam bandar. Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang menikmati pesona pemandangan bandar raya Adelaide. Montefiore Hill memberikan sudut pandangan yang sangat baik untuk melihat lebih luas dari kejauhan bandar raya Adelaide. Berhampiran puncaknya di taman yang kecil itu, patung Kolonel William Light dibina persegi bersudut utara, selatan, timur dan barat. Kemudahan jalan memasuki ke taman turut tersedia. Reka b...

Imbasan Kembara ~ Perth, Western Australia

Image
Mecca Meats and Smallgoods Kepesatan pembangunan di Perth, Western Australia, didorong dengan aktiviti perniagaan diusahakan usahawan berjaya dalam bidang masing-masing. Antara usahawan yang berjaya adalah Encik Nor Manshor Ghafar. Anak jati kelahiran Banting, Selangor ini membuka perniagaan Mecca Meats and Smallgoods - MMS khusus menyedia, membekal dan memasarkan produk mentah berasaskan ternakan. 15 tahun menimba pengalaman sebagai jurutera di tanah air dan Australia, beliau mula mengorak langkah bagi memajukan diri dengan menceburi bidang perniagaan. Mecca Meats and Smallgoods - MMS diwujudkan sekitar tahun 2004. Bagaimanapun Encik Nor Manshor mula aktif mengusahakan perniagaan ini setelah dua tahun kewujudannya dalam pasaran Australia Barat. Diusahakan bersama dua lagi sahabat karib dan menyedari perniagaan memproses makanan khususnya bahan mentah berupa daging halal belum wujud di Australia Barat, MMS adalah perintis perusahaan ini. Selain memberi dimensi baru dalam perusahaan da...

Imbasan Kembara ~ Christchurch, New Zealand

Image
Christchurch Islamic Community Centre - CICC Pusat Komuniti Islam Christchurch, begitu sebati dengan kehidupan Encik Ishak Mahyudin salah seorang pengasas ketika penubuhannya. Di situlah bermulanya perjuangan Encik Ishak Mahyudin untuk mewujudkan satu pusat yang mampu menjadi wadah dan medan penyatuan muslim. Ilham yang ditumpahkan daripada semangat dan iltizam yang membara, berjaya direalisasikannya dengan kudrat dan tekad. CICC yang asalnya dahulu adalah sebuah gereja, kini bertukar wajah sebagai pusat kecemerlangan Islam di Christchurch. Syiar Islam ditegakkan tidak mengira tempat dan masa, bahkan mereka yang berkorban ke jalan Allah dengan cara yang benar dan diredhai pastinya syurga sebagai ganjaran. Rahsia bagaimana beliau membeli gereja dan menjadikannya sebuah tempat tumpuan orang-orang Islam berkumpul sangat menarik dan menjadi contoh yang baik. Semasa membeli gereja itu, beliau tidak menghadapi halangan atau tentangan daripada masyarakat setempat. Sungguhpun berdepan dengan c...

Imbasan Kembara ~ Auckland, New Zealand

Image
One Tree Hill Pada 2009, peluang ke Auckland, New Zealand tidak termimpi sama sekali. One Tree Hill, adalah lokasi pertama saya dan rakan-rakan dibawa melawat. Lokasi menarik di sekitar bandar dan di pinggir bandaraya Auckland. Pagi yang dingin itu tidak merubah jadual lawatan yang sudah diatur. Pagi itu kami bernasib baik kerana cuaca sangat cerah dan matahari muncul tanpa awan melindungi. Langit membiru kembali setelah suram dan hujan renyai selama dua hari semenjak kami berada di Auckland. Panas terik matahari pada pagi itu sekurang-kurangnya melegakan sedikit kerana sejuk yang mencengkam badan dapat dikurangkan namun ada ketikanya angin yang datang bertiup itu sangat menyejukan. Lokasi ini sungguh menarik bagi melihat panorama bandaraya Auckland dari puncak bukit. Nama One Tree Hill terkenal di kalangan pelancong, salah satu tempat yang mempunyai sejarah dan cerita yang tersendiri. Van yang kami naiki itu memasuki simpang yang menuju jalan ke One Tree Hill, di kiri kanan kaki bukit...

Imbasan Kembara ~ Kimbe, Papua New Guinea

Image
Buai atau pinang sinonim dengan masyarakat PNG Pada 2009, semasa membuat tugasan di Kimbe Papua New Guinea. Sangat menarik melihat gigi orang-orang Papua berwarna merah dan rata-rata masyarakat Papua bergigi dan berbibir merah tidak mengira lelaki ataupun wanita, tua ataupun muda. Merah pada bibir dan gigi adalah disebabkan mereka suka makan buah pinang atau ‘buai’ dalam bahasa Papua, boleh diumpamakan mereka seperti makan sirih. Setiap orang Papua membawa buah pinang sebagai bekalan, mereka akan menyimpan buah pinang di dalam beg bilum. Purata sehari mereka akan memakan buah pinang muda sebanyak 20 hingga 25 biji. Buai atau buah pinang ~ areca catechu adalah pohon pinang yang diusahakan di bahagian panas Papua New Guinea bagi mendapatkan buahnya. Pohon itu sangat menarik diperkatakan, walaupun kita sudah mengenalinya namun di Papua new Guinea pohon pinang yang tumbuh setinggi hingga 15 meter, mempunyai daun hijau gelap, batang bercincin dan harum wangi bunga putih. Buah pinang atau b...