Posts

Bondi Beach

Image
Awak nak tahu, Bondi Beach pantai paling popular terletak 8 kilometer di timur pinggir kota Sydney, Australia. Biasalah, nama pun pantai sudah tentu menjadi tumpuan dan tarikan kepada pengunjung dalam dan luar negara. Macam-macam aktiviti riadah yang awak boleh buat di sini, berkelah, berbasikal, bermandi-manda dan meluncur air menjadi pilihan. Paling meriah setiap hujung minggu dan cuti umum. Meletop gitu! Macam-macam ada. Bila berada di sini, mata kena jagalah ya ha ha...  pandang sekali sahaja jangan lebih-lebih. Faham-fahamlah tempat awam dan terbuka macam ini. Kurangkan dosa tambahkan pahala. Pada 9 Jun 1882, Bondi Beach menjadi sebuah pantai umum. Pernah berlaku kisah tragis pada 6 Februari 1938, 5 orang tenggelam dan lebih dari 250 lainnya diselamatkan setelah serangkaian gelombang besar membadai pantai dan menarik orang ke dalam laut. Perghh!! ngeri sangat, hari sedih itu dikenali sebagai ‘Black Sunday’ atau Minggu Hitam. Di hujung selatan pantai, di...

Rocks Market

Image
Rocks Market bukan lokasi menjual batu atau untuk penyanyi rock mengalunkan lagu, tetapi lokasi terkenal di Sydney ini menjual pelbagai barangan seperti pakaian, beg, barang kemas, karya asli dan lukisan. Lebih kurang 200 gerai sepanjang jalan di kiri kanannya bangunan lama yang berusia ratusan tahun. Barangan lain yang ada di sini seperti makanan yang baru dimasak, barang-barang kesenian, permainan kanak-kanak, fesyen, hadiah, barang-barang kecantikan, kesihatan, aksesori w anita, muzik, kraf tangan, barang-barang antik, gerai cenderahati khas dan macam-macam lagilah, tulis banyak-banyak awak bukan nak baca pun ha ha... Kalau nak cari nasi lemak, pisang goreng, roti canai, laksa, sate, murtabak, mee sup, memang tak jumpa ha ha.... Kalau jenis rambang mata, sila penuhkan poket dengan duit. Kalau nak menjamu mata, telan air liur ya. Rocks Market dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang tahun. Datang hari lain, terjun laut...

SkyWalk, Sydney Tower

Image
SkyWalk, Sydney Tower. “Selamat datang ke altitud paling tinggi di Sydney. Rasai kehebatan dan keseronokan paling menakjubkan di atas SkyWalk!” Begitulah kata-kata Skyguides kepada pengunjung. Pengunjung sudah bersedia berjalan di atas laluan SkyWalk. Mereka berbaris dan memulakan langkah berjalan sambil mengelilingi SkyWalk. Mereka dapat menyaksikan keindahan bandar raya Sydney dari atas puncak dua kali ganda dari Sydney Harbour Bridge kerana Sydney Tower berketinggian 268 meter. Skywalk merupakan platform berlantai besi yang melingkungi Sydney Tower. Terdapat satu platform tontonan khas yang dibina di tepi struktur utama dek. Platform berlantaikan kaca tebal dan memanjang sedikit itu adalah platform untuk kegunaan pengunjung melihat pemandangan dan mengambil gambar. SkyWalk t elah dibuka kepada umum pada 18 Oktober 2005, dengan kos pembinaan sebanyak AD3,750.000 dan mengambil masa empat tahun untuk mereka bentuk dan dua bulan untuk membinanya. Platform i...

Seafood Platters

Image
Seafoo d Platters Menikmati hidangan makanan laut seafood platter sambil menjamu mata pada ikonik di Circular Quay West, pemandangan mercu tanda yang memukau sangat mempesonakan di Sydney. Dibuai dingin bayu, langit membiru menyiram keindahan latar belakang yang sempurna. Sudut pemandangan yang menakjubkan merentasi Sydney Harbour, Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge ini membuatkan pengunjung tidak akan melupakan pengalaman bersantai. Di Waterfront ini terletaknya lokasi makanan bertaraf dunia. Menu pilihan yang diilhamkan oleh masakan klasik dari  Perancis, Itali, Sepanyol dan Mediterranean. Makanan laut yang segar dan istimewa itu terhidang untuk santapan makan tengahari ataupun malam. Duduk di satu meja, berpayungkan kanvas putih, tersedia hidangan Seafood Platters untuk  dua atau tiga orang. Hidangan itu disediakan oleh Chef restoran yang profesional dan terkenal. Hidangan bertingkat dipenuhi dengan udang kara kukus, udang harimau goreng, k...

Sydney Harbour Bridge

Image
Sydney Harbour Bridge Sydney Harbour Bridge juga mesra dikenali sebagai penyangkut baju. Selepas menjemput tender di seluruh dunia pada tahun 1922, kerajaan Australia menerima cadangan daripada 26 syarikat. Pada 24 Mac 1924, kontrak pembinaan telah diberikan kepada firma English Dorman Long & Co Middlesbrough. Jambatan ini diperbuat daripada keluli dan mengandungi 6 juta rivet yang dihasilkan dengan menggunakan tangan. Panjang jambatan ini 1,149 meter dan gerbangnya pula 503 meter. Jumlah kerja keluli seberat 52.800 tan, termasuk 39,000 tan metrik pada gerbang. Dek yang berkeluasan 49 meter lebar menjadikan Sydney Harbour Bridge paling luas di dunia. Ia mempunyai lapan laluan untuk kenderaan, dua laluan kereta api, satu laluan siar kaki dan satu laluan berbasikal. Jambatan ini dibuka pada 19 Mac 1932 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri John Jack Lang, selepas 9 tahun pembinaannya dan menjadi satu peristiwa yang bersejarah dengan kehadiran seramai 300,00 oran...

BERAKHIRNYA di TERRA AUSTRALIS INCOGNITA

Image
AKAN DATANG! NANTIKAN KEMUNCULAN NOVEL INI! Sinopsis:  Berakhirnya di Terra Australis Incognita Pada bulan Oktober 1783, John Hudson seorang anak yatim piatu yang berumur 9 tahun, bekerja sebagai penyapu cerobong rumah telah didakwa pecah rumah dan mahkamah, menjatuhkan hukuman buang daerah selama 7 tahun. Pada masa itu, kanak-kanak di bawah umur 7 – 14 tahun tidak boleh dibicarakan atas kesalahan jenayah. Selepas itu, kanak-kanak yang di dapati bersalah dilayan sebagai orang dewasa. John Hudson telah dibicarakan di Old Bailey pada bulan Disember 1783, setelah berada dalam penjara dengan lelaki dewasa sepanjang tempoh tahanan selama dua bulan. John Hudson tidak diwakili oleh peguam semasa perbicaraannya, hakim membuat keputusan di atas kesalahan kerana memasuki rumah dan mencuri kepada John Hudson. Dia mencuri sehelai baju linen dengan nilai 10 syiling, 5 stokin sutera dengan nilai 5 syiling, satu pistol dengan nilai 5 syiling dan dua apron dengan nilai 2 syiling. ...

MENGAPA SAYA MENULIS KISAH TRUGANINI – WANITA ABORIGINE TERAKHIR?

Image
Pada mulanya saya tidak tahu siapakah manusia yang bernama Truganini, sehingga saya berminat untuk menjadikan kisahnya dan diangkat ke dalam novel sejarah. Truganini – Wanita Aborigine Terakhir adalah novel  sejarah ke-5 yang saya tulis. Sebelum ini saya sudah menghasilkan novel Landasan Maut, Perang Kelang, Hiroshima – Duka Sebuah Perang dan Panggung Malaya. Truganini adalah seorang wanita orang asli (Aborigine) yang dilahirkan di Bruny Island, Tasmania, Australia. Beliau juga wanita terakhir berdarah penuh orang asli semasa zaman penjajahan Inggeris di Australia. Saya mengangkat cerita ini bukan kerana mahu mengagung-agungkan tokoh ini, namun saya mengambil pendirian bahawa banyak kisah yang terjadi dalam sejarah tokoh ini dapat memberikan pengajaran atau iktibar mahupun peringatan kepada kita, kerana sejarah mungkin berulang.... Saya terpanggil untuk menulis kisah tokoh ini bermula semasa saya menulis novel travelog siri ke 2: Kembara Bumi Aborigine – Tasmania. ...