MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI

Saya sememangnya meminati hasil karya melalui filem-filem arahan pengarah tersohor tanah air, Dato’ Rahim Razali. Bermula menonton filem Abang terbitan tahun 1981 di kaca televisyen semasa di zaman remaja dahulu, membuatkan saya menanti kelahiran karya seterusnya daripada beliau. Ini kerana Dato’ Rahim Razali adalah seorang pemikir yang mengangkat isu, budaya, harapan dan perubahan hidup yang ada pada orang Melayu.

Saya meminati lakonan dan cara beliau menuturkan dialog dalam sesebuah filem atau drama yang dilakonkannya. Sangat bergaya dan bersahaja. Terbaik! Walaupun beliau pernah menjadi pengulas sukan terutama mengulas perlawanan bola sepak, saya akan pastikan menonton program itu, walaupun pada hakikatnya saya tidak meminati sukan bola sepak.

Filem pertama arahan beliau berjudul Abang pada tahun 1981, diikuti Pemburu (1982) dan Matinya Seorang Patriot (1984) dianggap sebagai karya masterpiece daripada tokoh yang dilahirkan di Batu Gajah, Perak ini. Tiga filem itu adalah daripada sembilan filem, skrip, lakon layar dan arahan beliau sendiri.

Filem Abang, Pemburu dan Matinya Seorang Patriot, saya tidak berpeluang menontonnya di pawagam melalui skrin besar. Saya hanya dapat melihat melalui kaca tv sahaja. Namun, filem lain ditanganinya termasuk Tsu Feh-Sofiah (1986), Puteri (1987), Anak Sarawak (1989), Rentak Desa (1990), Abang 92 (1993), saya berpeluang menonton di pawagam di Kuala Lumpur. Filem Iman Alone (1997) pula setakat ini saya belum pernah menontonnya.

Filem Abang mengisahkan, Anak sulong dan pewaris kepada keluarga kaya di Kuala Lumpur yang pulang ke rumah setelah 10 tahun berada di London. Perjuangan keluarganya dengan emosi mereka mengenai kepulangannya ketika dia cuba untuk menjadikan kehidupan seperti biasa kerana beliau mungkin tahu bagaimana dan menyimpan utuh rahsianya.

Filem Pemburu hanya sekali saya menontonnya di kaca tv, namun saya sudah lupa cerita yang dipaparkan. Filem Pemburu mula ditayangkan pada 1982 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Ahmad Yatim, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Aznah Hamid dan ramai lagi.

Manakala filem Matinya Seorang Patriot, cerita berkisar pada kematian seorang nasionalis dan pejuang politik veteran bernama Haji Shahban di Kampung Seri Tualang, jauh dari Kuala Lumpur. Ramai yang meratapi kematian orang besar ini tetapi tiada siapa pula pernah menduga kejadian huru-hara yang bakal menyusuli kematiannya itu. Di Kampung saja macam-macam berlaku. 

Anak-anak tiba-tiba pula berubah sifat, menjadi pendiam dan pemarah sentiasa berkelakuan penuh misteri. Hal ini menekan kehidupan dan perwatakan ibu mereka (isteri Haji Shahban), Mak Aji. Seterusnya perbalahan politik mula mendadak di Seri Tualang. Si gila kuasa, gila nama, gila harta mula bertindak dan bertelingkah untuk mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Haji Shahban. Di Kuala Lumpur, peninggalan Haji Shahban tidak juga kurangnya meninggalkan kesan. Lembaga Pengarah Melati Holdings Sdn. Bhd. sebuah syarikat besar kempunyaan Bumiputera seperti tergoncang berikutan kematian orang kuat kampung itu.

Demikian latar yang seterusnya akan mencetuskan beberapa kejadian yang bakal memohon penjelasan seperti pemergian salah seorang anak Haji Shahban ke Kuala Lumpur atas alasan kononnya untuk mendirikan perusahaan sendiri di sana; pertemuan teruna tersebut dengan anak gadis Pengerusi Melati Holdings yang akan membawa mereka ke ambang permainan cinta yang merbahaya; pembunuhan mengejut tiga orang Pengarah Melati Holdings; dan kemuncak cerita yang tragis dan menggemparkan. Matinya Seoran Patriot itu rupa-rupanya ada sebabnya dan ada balasannya. Kedua-duanya di luar dugaan.






Filem Tsu-Feh Sofiah mengisahkan Tsu Feh seorang doktor perempuan Cina, telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sofiah.Selepas membuka klinik, dia bercuti ke sebuah pulau, jauh dari keriuhan. Namun dia kecewa sangat kerana pulau yang disangka aman damai itu sebenarnya tidak wujud apabila penduduknya sering bertelagah sesama sendiri lebih malang lagi bertelagah dan bergaduh sehingga berparang-parang. Itu adalah antara orang Islam dengan orang Islam di dalam pulau itu. Bayangkan, setelah dia mendapat hidayah dan melalui proses yang cukup sukar sebelum memeluk agama yang cukup indah ini, dia terpaksa berhadapan dengan keadaan di mana umat Islam sendiri gagal menghayati suruhan agama itu di depan matanya sendiri.

Filem Puteri mengisahkan Puteri (Ogy Ahmad Daud) adalah anak tunggal kepada Engku Zubaidah dan Kapten Shamsul Aman, Puteri jatuh cinta dengan Iskandar dan memutuskan pertunangannya dengan Jay anak Dato’ Seri Aminuddin kerana hubungan dengan keluarga Engku Zubaidah amatlah penting untuk perniagaanya. Kemarahan Aminuddin menyebabkan kematian Muda dan Lela. Iskandar terselamat kerana sewaktu rumahnya dibakar, dia berada di masjid. Iskandar membuat keputusan untuk ke bandar dan mencari Aminuddin serta mendesaknya supaya mengaku atas perbuatan yang telah dilakukannya.

Filem Anak Sarawak mengisahkan Azam Wasli seorang pegawai daerah dalam percubaannya membangunkan kawasan pendalaman itu dan menyatukan puak-puak tersebut serta memusnahkan kumpulan-kumpulan yang menggangu keamanan kawasan berkenaan. Pada masa yang sama juga Azam bercinta dengan Mei Ling seorang wartawan. Dalam usahanya dia menjadi mangsa pergolakan politik dimana Mei Ling menjadi mangsa tebusan.




Filem Rentak Desa, sebuah filem komidi yang gagal pada pandangan saya di bawah garapan beliau. Filem ini di lakonkan oleh Eman Manan dan Fauziah Ahmad Daud, saya kecewa pada filem ini. Tidak tahu di mana silapnya karya beliau melalui filem ini, pada saya beliau tidak sesuai mengarahkan filem bercorak komidi dan yang pasti beliau lebih layak mengarahkan filem yang bercorak drama berat yang mengajak penonton berfikir melalui karya beliau.




Filem Abang 92 pula mengisahkan, Imran menanggung tanggujawab sebagai penjaga kepada adik-adiknya , Adibah, Azura, Izam dan Azmah apabila kedua-dua ibu bapa mereka, Zainal Abidin dan Wan Atikah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Pada awalnya, dia ingin menyerahkan tanggungjawab kerpada Pak Long dan Pak Surya, tettapi menukar fikiran setelah mengetahui bahawa kedua-dua pakciknya selalu menyeleweng wang syarikat dan ingin menguasai syarikat bapanya. Dia meminta nasihat daripada peguam bapanya, Firdaus Wahidin bagi menyelesaikan masalah syarikatnya. Firdaus menugaskan naknya, Farah Hanum, seorang peguam untuk membantu Imran. Terjalin satu hubungan yang erat antara mereka yang menimbulkan marah dan resah pada Pak Long dan Pak Surya. Tercapailah hasrat mereka untuk menguasai syarikat Imran?





Filem terakhir beliau Iman Alone mengisahkan Mengisahkan pasangan suami isteri yang bersengketa menyebabkan anak mereka menjadi mangsa. Lakonan Azmil Mustapha Norish Karman dan Iwan Nasir  sebagai Fariman @ Iman.











Saya merindui karya terbaharu daripada beliau, namun faktor usia tidak memungkinkan beliau terus menerus menghasilkan karya yang terbaik.


Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua