FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Filem Abang yang dibintangi oleh Dato’ Rahim RazaliAhmad Yatim, Datuk Ahmad Tarmimi SiregarNoorkumalasariFauziah Ahmad DaudS. Roomai NoorUmi KalsumNoriah Abdullah dan diarahkan oleh Rahim Razali. Filem sulong arahan Dato’ Rahim Razali ini diterbitkan pada 1981 dan ditayangkan pada tahun yang sama.

Watak:
Dato’ Rahim Razali - Fuad Din
Ahmad Yatim - Faizal Din
Datuk Ahmad Tamimi Siregar  - Farid Din
Dato' S. Roomai Noor - Dato' Din

Anugerah:
Pelakon Lelaki Terbaik – Dato’ Rahim Razali
Skrip Terbaik – Dato’ Rahim Razali
Festival Filem Asia Pasifik ke-27, 1982
Pelakon Harapan Wanita - Ogy@Fauziah Datuk Ahmad Daud


Naskah filem Abang mula saya tonton pada akhir 80-an di kaca tv. Di situlah saya mula meminati karya beliau. Walaupun filem ini terlalu teaterikal dalam lakonan watak, gerak kamera dan persembahannya, namun filem ini banyak pengajaran yang perlu diambil.

Lama sudah tidak menonton filem ini kerana tiada tv stesen mahu menayangkan kembali. Saya merinduinya, lalu mencari di dalam Youtube, namun tiada filem ini disiarkan. Hanya yang ada klip petikan lagu teman filem ini iaitu Simfoni Kasih yang dinyanyikan oleh Fauziah Ahmad Daud, juga pelakon di dalam filem Abang.

Saya berusaha mencari filem ini pada tahun 2012 di kedai yang menjual DVD, akhirnya terjumpa filem Abang lantas terus membelinya. Saya tonton berulang kali bagi memahami apa yang tersirat di sebalik filem ini. Filem yang berdurasi 2 jam ini sememangnya meletihkan pada sesiapa yang menontonnya. Menontonnya perlu ada kesabaran. Barulah ada nikmat....

Bagi membantu orang lain mneontonnya, saya sudahpun memuatnaik filem ini di dalam Youtube. Filem yang dibintangi oleh ramai pelakon terkenal dan berwibawa ini sangat menyentuh jiwa apabila tiba diakhir cerita. Mahu tahu, tontonlah filem Abang ini.

Filem Abang dengan taglinenya, ‘Adakah dia jembalang atau hantu atau syaitan atau...’ adalah filem pertama gelombang baharu Malaysia atau Malaysian new wave cinema.

Abang mengangkat isu perubahan hidup yang terjadi kepada orang Melayu. Keadaan orang-orang Melayu mula menikmati kekayaan dan kejayaan dalam bidang ekonomi hasil dari Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika itu. Melalui naratif Abang, Rahim memaparkan perubahan sikap dan terhakisnya nilai-nilai budaya kehidupan orang-orang Melayu.

Perubahan dan keruntuhan nilai-nilai ini disebabkan pengaruh budaya barat yang dianuti oleh orang-orang Melayu dalam perlumbaan mencari kekayaan dan kejayaan dalam dunia korporat.

Melalui Abang, Rahim mengajak penonton berfikir dan mengambil iktibar daripada paparan watak-watak dalam keluarga besar yang berabang sulungkan Fuad (Rahim Razali) melalui konflik dan kecelaruan bila diduga dengan kekayaan yang diperoleh dalam bisnes bertaraf korporat.

Isu kehilangan jati diri bangsa Melayu cuba dikupas oleh Rahim melalui naskhah sulungnya ini. Sebagai seorang pemikir dan pembikin filem yang sedar, Rahim cuba memberi penyelesaian kepada masalah yang diangkatnya melalui naskhah Abang.

Pada Rahim, orang Melayu perlu kembali semula kepada akar umbi budaya dan jati diri mereka walau setinggi mana kejayaan berhasil diraih. Dalam konteks ini, kejayaan dalam dunia perniagaan bertaraf korporat perlu diseimbangkan dengan keluhuran keaslian budaya warisan bangsa Melayu Islam.

Sama ada disedari atau tidak oleh Rahim Razali sendiri, beliau telah membawa filem-filem Melayu ke satu aras baharu. Filem Abang arahan Rahim Razali adalah pencetus gelombang baharu – Malaysian new wave cinema.


Antara dialog yang saya gemar dalam filem ini ialah....

"Boleh adik boleh tegur abangnya kau boleh tegur aku... tapi dengan tata tertib keturunan warisan mu... bukan dengan lagak bongkak dan lidah biadab yang asing pada keturunan mu agama mu bangsa mu..."


"Hayati segala yang asing pada dirimu menolak segala yang hakiki...."


"Hairan.... hairan aku dengan pemuda seperti kau... terpelajar sikit maju je sikit...tak sempat sempat nak memeluk satu keperibadian baru personaliti yang progresif konon walhal apa yang progresif tu berbadan kafir berbau hapak... 


"Kenapa perkataan yang menggoncangkan kau...sedangkan kelakuannya tidak menghiraukan kau... selama ini kau tak gentar hidup munafik!"

Filem ini boleh ditonton di sini: https://www.youtube.com/watch?v=4hhs5V4Lv_A

Comments

fuad said…
assalamualaikum, boleh diupload semula filem abang di youtube?
Unknown said…
Dapat kiranya diupload semula filem ini sempena 40 tahun karya hebat Dato Rahim Razali...
Ariff Halim said…
Boleh tonton di Siar.my.Rm10/month xde komitmen.boleh la layan filem dulu2 yg bes

Popular posts from this blog

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI