Filem OSHIN
Judul Filem: Oshin
Pengarah/Directed
by: Shin Togashi
Pelakon/Cast:
Aya Ueto, Goro Inagaki, Ayako Kobayashi, Kokone Hamada, Pinko Uzumi
Durasi/Duration:
110 min
Bahasa/Language:
Japanese
Genre: Drama
Tahun: 2013
Poster Filem Oshin
Seorang gadis kecil berjalan tertatih di
hamparan badai salju. Kemudian
masuk intro lagu yang membuat air mata langsung menitis, terutama bagi mereka
yang punya hati. Badai salju metafora yang bagus menggambarkan pahit
kehidupannya. Opening
scene yang langsung
mengingatkan pencinta siri televisyen popular Jepun pada tahun 80-an berjudul sama: Oshin dan
diiringi soundtrack khasnya.
Oshin melihat beras yang diterima keluarga
Keluarga Oshin yang miskin
Oshin versi layar lebar ini memfokuskan kepada semasa kecilnya ketika usia Oshin 7-8 tahun. Dimulai dengan latar cerita tahun 1907 di Yamagata suatu wilayah di Jepun, anak kecil dari 4 orang adik-beradik itu diminta bekerja oleh ayahnya Sakuzo Tanimura kerana terlalu miskin kehidupan dan digambarkan dengan baik melalui satu adegan hanya mendapat seguni beras yang minima. Anak sekecil itu harus berjuang untuk terus hidup. Adegan perpisahan ketika Oshin menaiki rakit mengharungi sungai lalu ibu Fuji Tanimura dan ayahnya mengejar di pinggir sungai sudah cukup menyayat hati. Sang nenek yang sayang padanya memberikan sekeping wang 50 sen disimpan di dalam kalungnya untuk kegunaan bila perlu kelak.
Oshin dibawa menaiki rakit meninggalkan kampung halaman dan keluarganya
Oshin
mulanya bekerja sebagai penjaga bayi
di sebuah rumah orang berada. Di
sini dia tidak bernasib baik kerana Tsune ketua di bawah jagaannya bersikap zalim
dan kasar, bahkan lebih dari majikannya
sendiri. Bukan sahaja
dieksploitasi tetapi makanan yang diberikan untuk Oshin kurang dan sedikit. Oshin kemudian diusir dari tempat
majikannya kerana dituduh mencuri wang. Wang
pemberian neneknya itu disangka wang majikannya.
Hanya kerana dituduh mencuri wang 50 sen, Oshin diusir keluar dari rumah majikan pertamanya. Wang pemberian nenek Oshin itu menjadi kekuatan dirinya untuk meneruskan kehidupan.
Bermulalah kesengsaraan hidup Oshin
sebenarnya. Dia kemudian ditolong
oleh Shunsaku seorang pelarian tentera yang kemudiannya mengajar Oshin membaca. Oshin digambarkan cerdas dan cekap
menangkap apa yang dipelajarinya. Dia terus tinggal tidak berapa lama bersama Shunsaku dan orang tua Matsu. Sayangnya
Oshin harus pergi ketika mulai menemukan kebahagiaannya, Shunsaku tertangkap oleh sekumpulan
tentera. Oshin kemudian pulang menemui keluarganya, namun ayah Oshin marah
kerana Oshin memalukan keluarga mereka. Setelah itu Oshin kemudian diterima bekerja di
sebuah rumah orang kaya lainnya. Diceritakan
itu terjadi pada tahun 1908.
Nasib Oshin ceria kembali setelah bertemu dengan Shunsaku, pelarian perang. Harmonika adalah hadiah pemberian Shunsaku kepada Oshin. Shunsaku juga mengajar Oshin membaca.
Di sini, nenek dari keluarga kaya Puan
Kuni bersikap bijak lalu mengambil Oshin bekerja. Masalah bagi Oshin ialah anak gadis orang kaya itu bernama Kayo yang
kurang suka padanya. Di awalnya,
Oshin mencuri membaca buku kepunyaan Kayo yang cukup cukup memberi kesan yang
mendalam kepada penonton kerana semangat Oshin yang hendak belajar. Selain itu, Oshin menemukan ibunya
juga di kota yang sama dalam keadaan yang tidak diinginkannya. Namun, cara Oshin menerima keadaannya
dan tetap berjuang benar-benar menyentuh hati dan perasaan. Seperti nasihat Puan Kuni, “Hidup itu kejam.
Kau harus menerimanya dengan lapang dada. Kelak suatu hari kebahagiaan akan kau
raih.”
Oshin adalah inspirasi. Dia tidak pernah
dendam terhadap kehidupannya. Suatu sikap yang
mungkin tidak dipunyai setiap orang. Perjuangannya
layak diberi pengiktirafan. Meskipun hanya memfokuskan kepada Oshin yang berusia
7-8 tahun, film ini 80% menguris
perasaan dan sudah tentu mata akan berkaca-kaca apabila menontonnya, malah akan
menerbitkan linangan air mata yang tidak terduga atas simpati yang mendalam
kesengsaraan Oshin itu.
Detik perpisahan yang mengharukan bersama keluarga Oshin
Seluruh adegan sangat bagus dan tidak
terbuang kerana bijaknya pengarah filem ini menggarap dan memadatkan versi siri
drama ke layar lebar. Bagi yang
tidak pernah menonton drama berantainya pun akan memahami ceritanya. Adegan yang paling menyentuh dalam
filem ini semasa Oshin di bawa pergi menaiki rakit meninggalkan ibu dan
ayahnya. Adegan Oshin diminta makan oleh majikan keduanya. Nasinya masih banyak dan tidak seperti
majikan pertamanya dahulu hanya memberi makan Oshin dengan sisa nasi.
Terpaksa berpisah dengan ibu kesayangannya Fuji Tanimura
Wajahnya
menjadi cerah, tersenyum lebar dan
dia mensyukuri nikmat yang didapatnya. Walau
itu hanya nasi. Air mata pasti jatuh mengalir. Belum tentu sikap seperti dimiliki
oleh setiap manusia. Begitu juga dengan adegan Kayo merampas dan memijak-mijak
harmonika milik Oshin yang diberikan oleh Shunsaku sangat menguris hati. Adegan
Tsune menuduh, membuka kimono, merampas wang 50 sen, menampar dan memukul Oshin
sangat mengharukan. Ada beberapa lagi adegan yang menyentuh hati terdapat di
dalam filem Oshin ini.
Detik cemas Shunsaku ditembak tentera
Oshin mula membaca atas dorongan Shunsaku
Kokone Hamada yang memegang watak Oshin
ini sangat baik dan terlalu jujur. Bahasa
badannya, mimik wajahnya, sopan dan berbudi bahasa begitu meyakinkan. Babak semasa Oshin
memohon kerja hingga membuat Puan Kuni majikan keduanya itu, luluh membuat sesiapa yang menontonnya
akan bergetar dengan simpati. Oshin
hanya ingin hidup seperti layaknya manusia. Dia tidak iri hati terhadap orang yang ada di atasnya dan
selalu bersemangat. Seperti pesan Shunsaku sebelum mati ditembak dan yang
menemukannya di hamparan salju, “Oshin, kau harus tetap hidup dalam sesulit apa
pun.”
Fuji Tanimura, ibu Oshin yang sering memberi semangat dan kekuatan.
Sinematografinya ada filmic sense. Dominasi adegan bersalju, adalah roh dan
jiwa dalam filem ini, penuh dengan perjuangan hidup. Filem Oshin ini menggambarkan anak Jepun
yang gigih, cekal dan bersamangat tinggi. Itulah budaya dan kehidupan bangsa
Jepun.
Comments