BERAKHIRNYA di TERRA AUSTRALIS INCOGNITA
AKAN DATANG! NANTIKAN KEMUNCULAN NOVEL INI!
Sinopsis: Berakhirnya di Terra Australis Incognita
Pada bulan
Oktober 1783, John Hudson seorang anak yatim piatu yang berumur 9 tahun, bekerja
sebagai penyapu cerobong rumah telah didakwa pecah rumah dan mahkamah, menjatuhkan
hukuman buang daerah selama 7 tahun.
Pada masa
itu, kanak-kanak di bawah umur 7 – 14 tahun tidak boleh dibicarakan atas kesalahan
jenayah. Selepas itu, kanak-kanak yang di dapati bersalah dilayan sebagai orang
dewasa. John Hudson telah dibicarakan di Old Bailey pada bulan Disember 1783,
setelah berada dalam penjara dengan lelaki dewasa sepanjang tempoh tahanan
selama dua bulan.
John Hudson
tidak diwakili oleh peguam semasa perbicaraannya, hakim membuat keputusan di
atas kesalahan kerana memasuki rumah dan mencuri kepada John Hudson. Dia
mencuri sehelai baju linen dengan nilai 10 syiling, 5 stokin sutera dengan
nilai 5 syiling, satu pistol dengan nilai 5 syiling dan dua apron dengan nilai 2
syiling. Dia bernasib baik kerana sabitan kesalahannya itu bukan hukuman mati. John
dijatuhi hukuman 7 tahun buang daerah jauh dari tanah kelahirannya.
Pada 22 Disember
1783, namanya mula muncul dalam senarai banduan yang akan dihantar ke Amerika. John
Hudson telah menaiki kapal Mercury dari penjara Newgate pada 30 Mac 1784.
Selepas pemberontakan para penjenayah di atas kapal itu, pada 13 April John
Hudson dihantar pula ke penjara Hulk Dunkirk ketika berumur 10 tahun.
John Hudson
kemudian menaiki kapal Friendship pada 11 Mac 1787 sebagai banduan lelaki
paling muda dihantar ke Terra Australis Incognita bersama-sama dengan 76 orang banduan lelaki dan 21 orang banduan wanita. Selepas 8 bulan dalam
pelayaran, John Hudson tiba di Sydney, New South Wales. Dia kemudian telah dihantar
ke penjara Norfolk Island pada 4 Mac 1790 dengan menaiki kapal Sirius.
John Hudson
diletakkan di penjara Norfolk Island. Pada 15 Februari 1791 dia menerima 50
sebatan oleh penjara kerana berada di luar pondok selepas jam 9 malam. John
Hudson melarikan diri dari penjara dengan bantuan seorang pegawai yang bersimpati
dengannya. Setelah bebas dari penjara Norfolk Island itu, John Hudson nekad
menaiki sampan, tanpa arah dan tujuan John Hudson mendayung berseorangan. Lalu
dia terdampar di satu tempat dan nasibnya tidak diketahui selepas itu. Salleh de Ran
Comments
escape games
online escape games
new escape games
point and click games