FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI
Filem Abang yang dibintangi oleh Dato’ Rahim Razali, Ahmad Yatim, Datuk
Ahmad Tarmimi
Siregar, Noorkumalasari, Fauziah Ahmad Daud, S. Roomai Noor, Umi Kalsum, Noriah Abdullah dan diarahkan oleh Rahim Razali.
Filem sulong arahan Dato’ Rahim Razali ini diterbitkan pada 1981 dan
ditayangkan pada tahun yang sama.
Watak:
Noor Kumalasari - Mona
Ahmad Yatim -
Faizal Din
Dato' S. Roomai Noor - Dato' Din
Anugerah:
Pelakon Lelaki
Terbaik –
Dato’ Rahim Razali
Pelakon Pembantu
Lelaki Terbaik -
Ahmad Yatim
Skrip Terbaik – Dato’ Rahim Razali
Festival Filem Asia
Pasifik ke-27, 1982
Pelakon Harapan
Wanita - Ogy@Fauziah Datuk Ahmad Daud
Naskah filem Abang mula saya tonton pada akhir 80-an di
kaca tv. Di situlah saya mula meminati karya beliau. Walaupun filem ini terlalu
teaterikal dalam lakonan watak, gerak kamera dan persembahannya, namun filem
ini banyak pengajaran yang perlu diambil.
Lama sudah tidak menonton filem ini kerana tiada tv stesen
mahu menayangkan kembali. Saya merinduinya, lalu mencari di dalam Youtube,
namun tiada filem ini disiarkan. Hanya yang ada klip petikan lagu teman filem
ini iaitu Simfoni Kasih yang dinyanyikan oleh Fauziah Ahmad Daud, juga pelakon
di dalam filem Abang.
Saya berusaha mencari filem ini pada tahun 2012 di kedai
yang menjual DVD, akhirnya terjumpa filem Abang lantas terus membelinya. Saya
tonton berulang kali bagi memahami apa yang tersirat di sebalik filem ini.
Filem yang berdurasi 2 jam ini sememangnya meletihkan pada sesiapa yang
menontonnya. Menontonnya perlu ada kesabaran. Barulah ada nikmat....
Bagi membantu orang lain mneontonnya, saya sudahpun
memuatnaik filem ini di dalam Youtube. Filem yang dibintangi oleh ramai pelakon
terkenal dan berwibawa ini sangat menyentuh jiwa apabila tiba diakhir cerita.
Mahu tahu, tontonlah filem Abang ini.
Abang mengangkat isu perubahan
hidup yang terjadi kepada orang Melayu. Keadaan orang-orang Melayu mula
menikmati kekayaan dan kejayaan dalam bidang ekonomi hasil dari Dasar Ekonomi
Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika itu. Melalui naratif Abang, Rahim
memaparkan perubahan sikap dan terhakisnya nilai-nilai budaya kehidupan
orang-orang Melayu.
Perubahan dan keruntuhan
nilai-nilai ini disebabkan pengaruh budaya barat yang dianuti oleh orang-orang
Melayu dalam perlumbaan mencari kekayaan dan kejayaan dalam dunia korporat.
Melalui Abang, Rahim mengajak
penonton berfikir dan mengambil iktibar daripada paparan watak-watak dalam
keluarga besar yang berabang sulungkan Fuad (Rahim Razali) melalui konflik dan
kecelaruan bila diduga dengan kekayaan yang diperoleh dalam bisnes bertaraf
korporat.
Isu kehilangan jati diri bangsa
Melayu cuba dikupas oleh Rahim melalui naskhah sulungnya ini. Sebagai seorang
pemikir dan pembikin filem yang sedar, Rahim cuba memberi penyelesaian kepada
masalah yang diangkatnya melalui naskhah Abang.
Pada Rahim, orang Melayu perlu
kembali semula kepada akar umbi budaya dan jati diri mereka walau setinggi mana
kejayaan berhasil diraih. Dalam konteks ini, kejayaan dalam dunia perniagaan
bertaraf korporat perlu diseimbangkan dengan keluhuran keaslian budaya warisan
bangsa Melayu Islam.
Sama ada disedari atau tidak oleh
Rahim Razali sendiri, beliau telah membawa filem-filem Melayu ke satu aras
baharu. Filem Abang arahan Rahim Razali adalah pencetus gelombang baharu –
Malaysian new wave cinema.
Antara dialog yang saya gemar dalam filem ini ialah....
"Boleh adik boleh tegur abangnya kau boleh tegur aku... tapi dengan tata tertib keturunan warisan mu... bukan dengan lagak bongkak dan lidah biadab yang asing pada keturunan mu agama mu bangsa mu..."
"Hayati segala yang asing pada dirimu menolak segala yang hakiki...."
"Hairan.... hairan aku dengan pemuda seperti kau... terpelajar sikit maju je sikit...tak sempat sempat nak memeluk satu keperibadian baru personaliti yang progresif konon walhal apa yang progresif tu berbadan kafir berbau hapak...
"Kenapa perkataan yang menggoncangkan kau...sedangkan kelakuannya tidak menghiraukan kau... selama ini kau tak gentar hidup munafik!"
Filem ini boleh ditonton di sini: https://www.youtube.com/watch?v=4hhs5V4Lv_A
Comments