Imbasan Kembara ~ Auckland, New Zealand
One Tree Hill Pada 2009, peluang ke Auckland, New Zealand tidak termimpi sama sekali. One Tree Hill, adalah lokasi pertama saya dan rakan-rakan dibawa melawat. Lokasi menarik di sekitar bandar dan di pinggir bandaraya Auckland. Pagi yang dingin itu tidak merubah jadual lawatan yang sudah diatur. Pagi itu kami bernasib baik kerana cuaca sangat cerah dan matahari muncul tanpa awan melindungi. Langit membiru kembali setelah suram dan hujan renyai selama dua hari semenjak kami berada di Auckland. Panas terik matahari pada pagi itu sekurang-kurangnya melegakan sedikit kerana sejuk yang mencengkam badan dapat dikurangkan namun ada ketikanya angin yang datang bertiup itu sangat menyejukan. Lokasi ini sungguh menarik bagi melihat panorama bandaraya Auckland dari puncak bukit. Nama One Tree Hill terkenal di kalangan pelancong, salah satu tempat yang mempunyai sejarah dan cerita yang tersendiri. Van yang kami naiki itu memasuki simpang yang menuju jalan ke One Tree Hill, di kiri kanan kaki bukit...