Sedang Dalam Penulisan: Tragedi Hiroshima

Saya sedang menyiapkan novel sejarah terbaru iaitu kisah yang menyayat hati tentang pengeboman Hiroshima pada tahun 1945. Tragedi Hiroshima mengisahkan bencana nuklear yang pertama di muka bumi sewaktu Perang Dunia ke-2 yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman. Peristiwa hitam itu turut melibatkan empat orang pelajar Melayu terdiri daripada Halim, Ayop, Rahim dan Aziz yang ketika itu sedang belajar di Universiti Hiroshima. Usaha Amerika Syarikat meneruskan gerakan untuk menghancurkan kekuatan tentera Jepun di Asia itu akhirnya membuat keputusan menggugurkan bom atom di Hiroshima. Pada 6 Ogos 1945, pesawat tentera Amerika B-29 yang membawa bom atom Little Boy telah digugurkan. Pengeboman itu dengan serta-merta merubah bandaraya Hiroshima menjadi padang jarak padang tekukur. Kesan daripada pengeboman itu, Halim, Ayop, Rahim dan Aziz mengalami kesengsaraan hidup dan menghadapi saat kematian. Mereka berusaha untuk menyelamatkan ...