Posts

Showing posts from June 19, 2011

Terkini Trevelog New Zealand & Tragedi Hiroshima

Image
Alhamdulillah dengan izin-Nya, novel travelog New Zealand kini sedang dalam proses penerbitan di bawah PTS Professional Sdn. Bhd. Menurut Editor Cik Rashiela Nurain Rashid di dalam emelnya berkata, "Sukalah kami memberitahu yang manuskrip New Zealand sudah selamat disunting dan dalam proses susun atur pula. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana manuskrip ini betul-betul padat dan penuh informasi. Sangat seronok membacanya kerana ada penerangan jelas dan jalan cerita yang penuh dengan moral."

"Buat makluman tuan, tajuk manuskrip ini ditukar menjadi Oh New Zealand: Indahnya Bumi Maori. Tajuk ini dipilih bersempena dengan tajuk-tajuk buku travelog yang sudah diterbitkan iaitu Oh London dan Oh Sudan. Kami mengambil keputusan supaya tajuk siri ini diseragamkan. Siri ini tidak ada logo dan hanya tajuknya sahaja yang lebih kurang sama."

"Buat makluman tuan juga, kami dibenarkan mencetak 16 muka surat berwarna dalam buku ini. Oleh itu dalam muka surat berwa…