Posts

Showing posts from March 11, 2012

Imbasan Kembara ~ Kimbe, Papua New Guinea

Image
BILUM Semasa lawatan di rumah pekerja ladang Tili Estet, Kimbe, West New Britain Island, Papua New Guinea kami dapat melihat bagaimana kaum wanita Papua menjahit beg bilum. Beg bilum adalah aksesori tradisi bagi penduduk Papua. Sangat unik dan menarik kerana beg bilum diperbuat daripada benang nilon iaitu bahan tiruan yang kukuh dan kenyal, malah boleh dibentuk menjadi bebenang atau gentian dan digunakan untuk membuat tali, tekstil berwarna-warni seperti warna merah, hijau, kuning, biru dan hitam. Bahan lain seperti benang wul juga turut digunakan bagi membuat beg bilum. Bilum adalah beg bertangkai yang dibuat sebagai kraf tangan penduduk di Papua New Guinea, khususnya kaum wanita. Beg bilum boleh dibuat dengan proses yang dikenali sebagai perulangan atau dengan merajut atau menyirat jaring-jaring. Secara tradisionalnya, bilum juga diperbuat menggunakan daripada bahan tanaman. Kini, lebih ramai orang yang mampu melakukannya membuat bilum mereka daripada benang yang dibeli dari kedai