Posts

Showing posts from September 18, 2016

BERAKHIRNYA di TERRA AUSTRALIS INCOGNITA

Image
AKAN DATANG! NANTIKAN KEMUNCULAN NOVEL INI! Sinopsis:  Berakhirnya di Terra Australis Incognita Pada bulan Oktober 1783, John Hudson seorang anak yatim piatu yang berumur 9 tahun, bekerja sebagai penyapu cerobong rumah telah didakwa pecah rumah dan mahkamah, menjatuhkan hukuman buang daerah selama 7 tahun. Pada masa itu, kanak-kanak di bawah umur 7 – 14 tahun tidak boleh dibicarakan atas kesalahan jenayah. Selepas itu, kanak-kanak yang di dapati bersalah dilayan sebagai orang dewasa. John Hudson telah dibicarakan di Old Bailey pada bulan Disember 1783, setelah berada dalam penjara dengan lelaki dewasa sepanjang tempoh tahanan selama dua bulan. John Hudson tidak diwakili oleh peguam semasa perbicaraannya, hakim membuat keputusan di atas kesalahan kerana memasuki rumah dan mencuri kepada John Hudson. Dia mencuri sehelai baju linen dengan nilai 10 syiling, 5 stokin sutera dengan nilai 5 syiling, satu pistol dengan nilai 5 syiling dan dua apron dengan nilai 2 syiling. Dia

MENGAPA SAYA MENULIS KISAH TRUGANINI – WANITA ABORIGINE TERAKHIR?

Image
Pada mulanya saya tidak tahu siapakah manusia yang bernama Truganini, sehingga saya berminat untuk menjadikan kisahnya dan diangkat ke dalam novel sejarah. Truganini – Wanita Aborigine Terakhir adalah novel  sejarah ke-5 yang saya tulis. Sebelum ini saya sudah menghasilkan novel Landasan Maut, Perang Kelang, Hiroshima – Duka Sebuah Perang dan Panggung Malaya. Truganini adalah seorang wanita orang asli (Aborigine) yang dilahirkan di Bruny Island, Tasmania, Australia. Beliau juga wanita terakhir berdarah penuh orang asli semasa zaman penjajahan Inggeris di Australia. Saya mengangkat cerita ini bukan kerana mahu mengagung-agungkan tokoh ini, namun saya mengambil pendirian bahawa banyak kisah yang terjadi dalam sejarah tokoh ini dapat memberikan pengajaran atau iktibar mahupun peringatan kepada kita, kerana sejarah mungkin berulang.... Saya terpanggil untuk menulis kisah tokoh ini bermula semasa saya menulis novel travelog siri ke 2: Kembara Bumi Aborigine – Tasmania. Seda