Posts

Showing posts from March 26, 2017

Seafood Platters

Image
Seafoo d Platters Menikmati hidangan makanan laut seafood platter sambil menjamu mata pada ikonik di Circular Quay West, pemandangan mercu tanda yang memukau sangat mempesonakan di Sydney. Dibuai dingin bayu, langit membiru menyiram keindahan latar belakang yang sempurna. Sudut pemandangan yang menakjubkan merentasi Sydney Harbour, Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge ini membuatkan pengunjung tidak akan melupakan pengalaman bersantai. Di Waterfront ini terletaknya lokasi makanan bertaraf dunia. Menu pilihan yang diilhamkan oleh masakan klasik dari  Perancis, Itali, Sepanyol dan Mediterranean. Makanan laut yang segar dan istimewa itu terhidang untuk santapan makan tengahari ataupun malam. Duduk di satu meja, berpayungkan kanvas putih, tersedia hidangan Seafood Platters untuk  dua atau tiga orang. Hidangan itu disediakan oleh Chef restoran yang profesional dan terkenal. Hidangan bertingkat dipenuhi dengan udang kara kukus, udang harimau goreng, kupang hit

Sydney Harbour Bridge

Image
Sydney Harbour Bridge Sydney Harbour Bridge juga mesra dikenali sebagai penyangkut baju. Selepas menjemput tender di seluruh dunia pada tahun 1922, kerajaan Australia menerima cadangan daripada 26 syarikat. Pada 24 Mac 1924, kontrak pembinaan telah diberikan kepada firma English Dorman Long & Co Middlesbrough. Jambatan ini diperbuat daripada keluli dan mengandungi 6 juta rivet yang dihasilkan dengan menggunakan tangan. Panjang jambatan ini 1,149 meter dan gerbangnya pula 503 meter. Jumlah kerja keluli seberat 52.800 tan, termasuk 39,000 tan metrik pada gerbang. Dek yang berkeluasan 49 meter lebar menjadikan Sydney Harbour Bridge paling luas di dunia. Ia mempunyai lapan laluan untuk kenderaan, dua laluan kereta api, satu laluan siar kaki dan satu laluan berbasikal. Jambatan ini dibuka pada 19 Mac 1932 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri John Jack Lang, selepas 9 tahun pembinaannya dan menjadi satu peristiwa yang bersejarah dengan kehadiran seramai 300,00 oran