Filem OSHIN

Judul Filem: Oshin Pengarah/Directed by: Shin Togashi Pelakon/Cast: Aya Ueto, Goro Inagaki, Ayako Kobayashi, Kokone Hamada, Pinko Uzumi Durasi/Duration: 110 min Bahasa/Language: Japanese Genre: Drama Tahun: 2013 Poster Filem Oshin Seorang gadis kecil berjalan tertatih di hamparan badai salju. Kemudian masuk intro lagu yang membuat air mata langsung menitis, terutama bagi mereka yang punya hati. Badai salju metafora yang bagus menggambarkan pahit kehidupannya. Opening scene yang langsung mengingatkan pencinta siri televisyen popular Jepun pada tahun 80-an berjudul sama: Oshin dan diiringi soundtrack khasnya. Oshin melihat beras yang diterima keluarga Keluarga Oshin yang miskin Oshin versi layar lebar ini memfokuskan kepada semasa kecilnya ketika usia Oshin 7-8 tahun. Dimulai dengan latar cerita tahun 1907 di Yamagata suatu wilayah di Jepun, anak kecil dari 4 orang adik-beradik itu diminta bekerja oleh a...