Bondi Beach
Awak nak tahu, Bondi Beach pantai paling popular terletak 8 kilometer di timur pinggir kota Sydney, Australia. Biasalah, nama pun pantai sudah tentu menjadi tumpuan dan tarikan kepada pengunjung dalam dan luar negara. Macam-macam aktiviti riadah yang awak boleh buat di sini, berkelah, berbasikal, bermandi-manda dan meluncur air menjadi pilihan. Paling meriah setiap hujung minggu dan cuti umum. Meletop gitu! Macam-macam ada. Bila berada di sini, mata kena jagalah ya ha ha... pandang sekali sahaja jangan lebih-lebih. Faham-fahamlah tempat awam dan terbuka macam ini. Kurangkan dosa tambahkan pahala. Pada 9 Jun 1882, Bondi Beach menjadi sebuah pantai umum. Pernah berlaku kisah tragis pada 6 Februari 1938, 5 orang tenggelam dan lebih dari 250 lainnya diselamatkan setelah serangkaian gelombang besar membadai pantai dan menarik orang ke dalam laut. Perghh!! ngeri sangat, hari sedih itu dikenali sebagai ‘Black Sunday’ atau Minggu Hitam. Di hujung selatan pantai, di...