IMBASAN KEMBARA ~ TASMANIA, AUSTRALIA

BRUNY ISLAND NECK Bruny Island Neck adalah genting tanah yang menghubungkan antara utara dan selatan Bruny Island, di selatan Tasmania. Sebelum anda tiba di Advanture Bay, Bruny Island, anda berpeluang singgah sebentar di Neck Beach iaitu tanah genting yang menarik untuk dilawati. Lokasi yang memisahkan antara laut tenang dan laut bergelora. Lebar daratannya lebih kurang 100 meter. Anda juga dapat melihat pasang surut air laut di kedua-dua belah lokasi. Angin dingin bertiup sangat mengasyikkan, ditambah pula dengan pemandangan yang luas saujana mata memandang. Kebiruan laut bergabung pula langit yang membiru, sungguh mempesonakan. Panas terik, namun nyaman suhunya, pasir memutih di tepian pantai, semua itu adalah panorama alam yang bersulamkan keindahan lantas menggamit keterujaan. Melihat dan berada di sini, sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Pastinya memori akan terpahat di dalam ingatan dan tidak mungkin dapat dilupakan begitu sahaja. Lokasi in...