Imbasan Kembara ~ Port Moresby, Papua New Guinea
Dekorasi dan Kraf Tangan Papua Pada tahun 2009, sementara menunggu penerbangan jam 3.00 petang dari Port Moresby ke Singapura, saya dan rakan-rakan dibawa melawat ke bangunan Parlimen Papua New Guinea. Lebihan masa selama 3 jam itu kami gunakan sebaik mungkin melawat dan mencuci mata di sekitar bandar raya Port Moresby. Lokasi pertama kami dibawa ke bangunan parlimen Papua New Guinea. Pada hemat saya kami hanya dibenarkan melawat di luar bangunan, namun kami bertuah kerana dibenarkan memasuki ke dalam bangunan parlimen. Di Malaysia, saya belum pernah masuk ke dalam bangunan parlimen, walaupun teringin sekali mahu pergi. Bangga dan seronok kerana dapat melihat ruang dalam bangunan parlimen. Sangat menarik seni reka dalaman ruang dewan bangunan parlimen. Walaupun ketika itu tidak ada persidangan dewan berlangsung namun dapat dirasai suasananya. Ruang dewan persidangan itu besar dan dipenuhi dengan reka bentuk bermotif flora dan fauna tempatan. Hiasan dalamannya diperbuat daripada kayu be...