Posts

Showing posts from January 1, 2012

Imbasan Kembara ~ Tasmania, Australia

Image
Bruny Island, Tasmania – Advanture Bay Bruny Island. Pada tahun 2005, sebelum saya dan rakan-rakan sampai ke Advanture Bay Bruny Island, kami singgah sebentar di Neck Beach iaitu tanah genting yang menarik. Lokasi yang memisahkan laut tenang dan laut bergelora. Lebar daratannya lebih kurang 100 meter. Angin dingin bertiup sangat mengasyikkan, ditambah pula dengan pemandangan yang luas saujana mata memandang. Kebiruan laut bergabung pula langit yang membiru, panas terik namun nyaman suhunya, pasir memutih di tepian pantai, semua itu adalah panorama alam yang bersulamkan keindahan lantas menggamit keterujaan. Lokasi di sini sukar digambarkan dengan kata-kata. Pastinya akan terpahat di dalam ingatan dan tidak mungkin dapat dilupakan begitu sahaja. Di Adventure Bay, kami dibawa ke National Park and State Reserve untuk melihat anjing laut dan tebing batu yang tinggi. Di sinilah lokasi bagi melihat singa laut dari dekat. Puluhan singa laut terdampar di atas batu sambil berehat, berenang, ma

Imbasan Kembara ~ Christchurch, New Zealand

Image
Sunday Market. Pada tahun 2009 semasa di Christchurch, selepas melihat latihan sukan ragbi, saya dan rakan-rakan singgah seketika ke Pasar Ahad atau lebih dikenali di Christchurch sebagai Sunday Market yang terletak di Riccarton Rotary Market, Riccarton Park Racecourse, Racecourse Road, Christchurch. Pasar Ahad itu, menjual barang-barang terpakai, makanan, barang perhiasan, barang retro dan pelbagai lagi barang yang sangat menarik untuk dibeli dan dibawa pulang. Semakin ramai pengunjung yang datang ke Pasar Ahad itu. Saya memerhatikan gelagat pengunjung yang tawar-menawar dengan penjual. Pasar Ahad ini tidak mempunyai persamaan dengan Pasar Sabtu yang terletak di Worcester Boulevard itu. Pasar Ahad ini berbeza sedikit sekiranya dibandingkan dengan Pasar Sabtu yang kami pergi semalamnya. Di sini jualan dan perniagaan lebih kepada keperluan harian dan tidak melibatkan produk kesenian. Pasar ini dibuka setiap hari Ahad dari jam 9.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Kami kemudian bergerak mema

Imbasan Kembara ~ Padang, Sumatera Barat

Image
Malin Kundang dan Si Tanggang Derhaka. Malin Kundang berkisah tentang seorang anak yang derhaka kepada ibunya dan kerana itu dikutuk hingga menjadi batu. Sebentuk batu di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera Barat, konon kisah sisa-sisa daripada kapal Malin Kundang. Pada tahun 2009, saya berpeluang berkunjung ke lokasi yang saya maksudkan di atas. Semenjak pertama kali menonton filem Si Tanggang arahan Dato’ Jamil Sulung, lakonan Normadiah, Tan Sri Jins Shamsuddin dan Datin Sarimah Ahmad, saya mula tertarik dan mahu tahu apakah benar cerita itu berlaku dan di manakah lokasi sebenar cerita itu berkisah? Persoalan itu saya tinggalkan jauh dan saya anggap kisah itu sebagai lagenda rakyat. Namun, cerita rakyat yang mirip juga dapat ditemukan di negara-negara lain di Asia Tenggara. Di Malaysia cerita serupa ini berkisah tentang Si Tenggang yang berasas dari kisah lebih awal lagi pada 1900 dalam buku Malay Magic yang ditulis oleh Walter William Skeat sebagai satu cerita rakyat be

Imbasan Kembara ~ Sydney, Australia

Image
Aboriginal – Peribumi Australia sedang membuat persembahan di Waterfront, Darling Habour. Jam 4.00 petang kami masih lagi di lokasi Darling Habour, penggambaran dijalankan di sekitar waterfront Cockle Bay yang terkenal dengan aktiviti perniagaan dan pelancongan. Kawasan ini terdapat kafe, restoran lima bintang dan pertunjukan kesenian. Terdapat juga penyanyi jalanan – busker yang mencari makan dengan membuat persembahan. Kawasan ini juga diadakan sambutan tahun baru, sambutan Hari Krismas dan Hari Australia. Saya dan rakan-rakan berpeluang melihat secara dekat persembahan kesenian kaum peribumi Australia – Aboriginal. Mereka mempersembahkan lagu dengan menggunakan alat muzik digiridu. Jon Robinson (pemandu pelancong) tidak menggalakkan kami mengambil gambar kaum peribumi ini atas alasan tidak diketahui, yang pasti pihak pelancongan Australia tidak mahu highlight kehidupan dan budaya mereka. Kami juga sempat membeli CD lagu yang dijual oleh kaum Aborigine ini dengan harga AD20 sekeping.