Posts

Showing posts from 2011

Imbasan Kembara ~ Tarian Tradisi Papua New Guinea

Image
Tarian Sing-Sing Kunjungan ke Papua New Guinea pada tahun 2009 yang lalu semasa membuat tugasan bagi program TV At-Tijarah - Rezeki Tanpa Sepadan, saya berpeluang melihat sendiri budaya dan kehidupan masyarakat setempat berkait dengan tarian tradisi. Salah satu tarian tradisi yang sempat saya saksikan daripada suku kaum yang ada di Papua New Guinea adalah tarian Sing Sing. Atas permintaan untuk rakaman dan dengan kerjasama pihak pegurusan New Britain Palm Oil Limited - NBPOL telah menyediakan kumpulan penari itu. Bertempat di Walindi Resort berhampiran pantai persembahan tarian diadakan. Ianya ditarikan 10 hingga 15 orang penari terdiri daripada lelaki dewasa, wanita dewasa dan juga kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun. Tarian Sing Sing menggunakan alat muzik gendang kecil berukuran satu kaki setengah dan dua kaki panjang. Berbentuk bulat di bahagian atas dan bawah, ramping di bahagian tengah. Di bahagian atas dibalut dengan kulit biawak kering dan dipalu lalu menghasilkan bunyian m

Oh New Zealand! Indahnya Bumi Maori

Image
Alhamdulillah, semoga terus menerus melebarkan sayapnya ke puncak!

Imbasan Kembara ~ Bandung Indonesia

Image
Saung Angklung Udjo ~ Keharmonian Yang Mengasyikkan. Masih teringat di memori saya semasa berkunjung ke Bandung pada hujung bulan Oktober 2011 yang lalu. Mendengar dan memainkan angklung, bunyi-bunyi yang khas keluar daripada alat muzik tradisional yang terbuat daripada buluh itu sangat mengasyikkan. Semasa menyaksikan persembahan di Saung Angklung Udjo, Bandung itu hati saya tertawan kerana keharmonian bunyi-bunyian angklung yang sungguh unik itu. Sehingga kini masih terdengar-dengar bunyi-bunyian angklung di telinga saya. Saya dan pengunjung yang lain turut bersama bermain alat muzik ini dan kami diajar bagaimana memegang, menggoyangkan angklung mengikut nombor yang diberikan.Kami dilatih sehingga dapat memainkan lagu Burung Kakak Tua. Mahu rasanya kembali ke Bandung lagi bagi menghayati alat muzik itu. Tidak lebih mendamaikan apabila mendengar keharmonian muzik angklung dengan memainkan lagu-lagu tradisional dan moden. Salah satunya lokasi yang terkenal di Bandung adalah Saung Angk

Novel Cabul

Image
Untung Rugi Menjadi Penulis, Penerbit dan Penjual Novel Cabul. Menulis novel-novel cabul terbukti boleh membawa keuntungan yang banyak dan segera. Jualan novel-novel cabul sangat rancak sekarang ini. Kedai buku besar dan kecil, terkenal dan tidak terkenal, semuanya sedia menjadi agen jualan novel-novel cabul. Semua perkara ada baik dan buruknya, ada untung dan ruginya, ada plus dan minusnya. Risiko paling besar menjadi penulis novel cabul adalah dosa yang berpanjangan. Meskipun kita sudah berhenti menulis, malah sudah bertaubat, namun kesan buruk akibat daripada pembacaan novel-novel itu tetap berjalan terus ke atas mereka yang pernah membacanya. Meskipun kita menggunakan nama-nama samaran, orang tetap akan tahu juga siapa kita yang berselindung di sebalik nama-nama samaran itu. Nama baik kita rosak sampai bila-bila. Masyarakat tidak akan memaafkan kita. Risiko menjual novel-novel cabul pun begitu juga. Meskipun sudah berhenti menjualnya, kesan kerosakan daripada jualan novel-novel cab

Senarai Terlaris Bulan Oktober 2011

Image
Alhamdulillah, menurut sumber: Portal PTS, novel Oh New Zealand! Indahnya Bumi Maori termasuk di dalam senarai terlaris bulan Oktober 2011. Terima kasih kepada pembaca yang terus menyokong novel ini. Saya berharap semoga novel ini terus menerus melebarkan sayapnya. http://www.facebook.com/pages/Oh-New-Zealand-Indahnya-Bumi-Maori/210567555664706

Di Sebalik Tabir Novel Oh New Zealand! Indahnya Bumi Maori

Image
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dengan izin-Nya maka lahirlah dua buah novel yang dizahirkan serentak. Pertama novel travelog remaja Oh New Zealand! Indahnya Bumi Maori di bawah terbitan PTS Professional Sdn. Bhd dan yang kedua novel sejarah Hiroshima - Duka Sebuah Perang di bawah terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Novel Oh New Zealand! Indahnya Bumi Maori adalah novel pertama saya bersama PTS Professional. Semuanya bermula apabila perbincangan saya dengan Cik Nurismaliza (Editor PTS Pro ketika itu) pada 15 Oktober 2009 melalui Facebook dan daripada maklumat serta pandangan daripada Cik Nurismaliza mengenai cadangan saya mengenai buku travelog itu akhirnya Cik Nurismaliza bersetuju dan beliau memaklumkan kepada saya bahawa PTS Pro sedang membangunkan projek novel trevelog. Beliau mencadangkan kepada saya supaya membuat proposal dan beliau meminta saya menjadikan pengalaman di luar negara itu ditulis dalam bentuk fiksyen. Pada mulanya saya sedikit keberatan kerana kesukaran untu

Novel Sejarah Lubuk Duit

Artikel dipetik daripada Berita Harian Online yang ditulis oleh Hafizah Iszahanid dan disiarkan pada 25 Julai 2011. Antara novel paling laris di pasaran kini ialah novel berunsur sejarah. Bukan saja diulang cetak berkali-kali, imbuhan menulis novel sejarah juga mencecah nilai ratusan ribu ringgit. Fenomena itu bagaimanapun terhad kepada novel sejarah Islam, manakala novel sejarah Melayu tidak mendapat sambutan sehebat itu, selain tidak ramai pengarang menangani novel sejarah Melayu. Justeru, apabila Yayasan Warisan Johor (YWJ) mengadakan Sayembara Menulis Sejarah Johor sejak 2005, ia bukan saja menawarkan hadiah lumayan, tetapi juga memperbanyakkan lagi khazanah sastera sejarah, khususnya Johor selain Empayar Kesultanan Johor - Riau. Meskipun, hadiah utama yang ditawarkan RM35,000, tetapi ia hanya dimenangi selepas tahun ketiga penganjurannya. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya, apakah susah menulis novel sejarah? Di barat novel sejarah sudah lama menembusi hadiah kesusasteraan utama.

Akan Terbit: Hiroshima - Duka Sebuah Perang

Image

Melancong ke Seluruh Dunia Bersama PTS Professional

PTS Profesional Sdn Bhd membuka peluang kepada peminat buku remaja bagi mengembara ke serata dunia bersama PTS profesional. Melalui produk terbarunya, PTS Profesional membawa pembaca ke seluruh dunia melalui novel fiksyen pengembaraan yang menarik dan menghiburkan. Melalui novel fiksyen ini, pembaca akan akan dibawa mengembara ke seluruh dunia melalui penceritaan berkaitan perjalanan, cara hidup dan budaya di luar negara. Pembaca seolah-olah berada di luar negara apabila membaca novel fiksyen pengembaraan ini. Buku berwarna ini juga memberikan info-info penting dan perkara yang perlu diketahui sebelum ataupun semasa berada di luar negara. Lebih menghiburkan, buku ini juga ditampilkan bersama-sama peta di bahagian belakang buku bagi memudahkan pembaca menandakan tempat yang pernah dilawati dalam buku yang dibaca. "Mudah-mudahan buku ini bermanfaat kepada pembaca diluar sana supaya merasai sendiri pengalaman seperti berada di luar negara. Selain itu, pelbagai tips dan info menarik j

Perkara-perkara yang Tidak Dibenarkan dalam Novel Terbitan PTS

PTS hanya menerbitkan novel kanak-kanak, remaja dan dewasa yang syariah-compliant, yakni mematuhi hukum halal-haram. 1. Cerita tidak boleh memberi kemenangan moral kepada pedosa. Sebagai contoh, pada hujung cerita watak-watak jahat mestilah akhirnya berubah menjadi orang baik. 2. Tidak ada babak-babak pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. 3. Tidak ada babak-babak pasangan berjumpa dan bercakap-cakap berdua-duaan sahaja, pergi berdating, berpegang tangan, berasmara. 4. Tidak ada babak di mana anak-anak bercakap dengan cara dan kata-kata yang menyakiti hati ibu bapanya. 5. Tidak ada babak di mana isteri bercakap dengan cara dan kata-kata yang biadab kepada suami. 6. Tidak ada babak di mana perempuan meminta cerai daripada suami. 7. Tidak ada babak jenayah, sebagai contoh babak di mana watak-watak sedang merancang bagaimana mereka mahu merompak bank. 8. Tidak ada unsur di mana 'menjadi orang baik tidak berbaloi' yakni watak baik akhirnya menerima hukuman alam, ma

Terkini Trevelog New Zealand & Tragedi Hiroshima

Image
Alhamdulillah dengan izin-Nya, novel travelog New Zealand kini sedang dalam proses penerbitan di bawah PTS Professional Sdn. Bhd. Menurut Editor Cik Rashiela Nurain Rashid di dalam emelnya berkata, "Sukalah kami memberitahu yang manuskrip New Zealand sudah selamat disunting dan dalam proses susun atur pula. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana manuskrip ini betul-betul padat dan penuh informasi. Sangat seronok membacanya kerana ada penerangan jelas dan jalan cerita yang penuh dengan moral." "Buat makluman tuan, tajuk manuskrip ini ditukar menjadi Oh New Zealand: Indahnya Bumi Maori . Tajuk ini dipilih bersempena dengan tajuk-tajuk buku travelog yang sudah diterbitkan iaitu Oh London dan Oh Sudan. Kami mengambil keputusan supaya tajuk siri ini diseragamkan. Siri ini tidak ada logo dan hanya tajuknya sahaja yang lebih kurang sama." "Buat makluman tuan juga, kami dibenarkan mencetak 16 muka surat berwarna dalam buku ini. Oleh itu dalam muka surat ber

New Zealand Slideshow

New Zealand Slideshow : "TripAdvisor™ TripWow ★ New Zealand Slideshow ★ to New Zealand. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor" Slideshow ini adalah sebahagian daripada foto-foto semasa berada di New Zealand pada bulan Jun 2009 yang lalu. Berdasarkan pengalaman di sanalah maka tercetusnya idea untuk dijadikan novel travelog Oh New Zealand: Indahnya Bumi Maori - terbitan PTS Professional Sdn. Bhd. Salleh de Ran

Kekeliruan Tentang Kiraan Royalti

Image
Artikel dipetik daripada Universiti Terbuka PTS (UNIKA) Masih ada yang bertanya bagaimana lazimnya sesebuah penerbit mengira royalti pengarang. Jika tuan pernah menerbitkan buku, berapakah persen royalti yang tuan terima daripada penerbit itu? 5%? 7%? 10%? 12.5%? 16%? 20%? Masih banyak penulis yang keliru implikasi persen-persen royalti yang ditawarkan oleh penerbit. Ambil contoh-contoh kes berikut: Ada penerbit menawarkan royalti 16%. Sekali pandang bunyinya sangat menarik. Tetapi penulis tidak diberitahu 16% itu 16% daripada apa? Rupa-rupanya 16% daripada harga buku selepas ditolak diskaun kepada pengedar. Apabila tiba masa kiraan royalti barulah penulis tahu bahawa penerbit memberi potongan 50% kepada pengedar. Harga asal buku itu RM20, selepas ditolak diskaun pengedar harganya tinggal RM10. Penulis dibayar royalti 16% daripada RM10! Ada penerbit menawarkan royalti 11% kepada penulisnya. Tetapi dalam dokumen perjanjian penerbitan tidak dituliskan berapa harga buku itu dijual. Begitu

Panduan Menulis Novel - Teknik Surah Yusuf

Image
Terbukti! Melahirkan karya yang indah dan evergreen Sudah terbit sebuah buku yang dapat membantu penulis. Buku ini adalah mahzab yang digunapakai oleh PTS ketika menulis novel dan buku ini ditulis oleh Puan Ainon Mohd. "Tidak ada lagi alasan penulis baru, saya tidak ada idea!" Teknik penulisan gaya surah Yusuf menunjuk cara, memimpin penulis baru keluar daripada ketakutan berkarya, permulaan cerita yang menjadikan pembaca menghayati watak, mengikut cerita, mendalami setiap ayat yang menjadi naskah sulung penulisnya. "Keindahan menjadikan karya kita bertahan lama" Keindahan dalam cerita, keindahan yang bertahan dalam minda pembaca, keindahan yang menjadikan buku kekal di kedai bagi jangka masa yang lama. Teknik penulisan fiksyen gaya surah Yusuf menunjuk cara. "Dialog dan watak mencipta 'wayang' di hadapan mata pembaca." Pecahkan kebuntuan, cipta penceritaan yang segar, dialog yang nampak jelas di hadapan mata, seolah-olah pembaca novel melihat la

Latar Belakang Manuskrip Tragedi Hiroshima

Image
Alhamdulillah,manuskrip Tragedi Hiroshima siap direalisasikan dan sudah dihantar ke meja editor Tuan Bahruddin Bekri - PTS Litera Utama Sdn. Bhd untuk tindakan selanjutnya. Tuan Bahruddin Bekri di dalam emelnya berkata, "Terima kasih atas kerjasama, Tuan ini. Ini sangat berharga untuk kami. Tuan jangan berhenti, teruskan berkarya.Terima kasih sekali lagi atas 'hadiah' manuskrip hebat ini." Pada mulanya semasa mahu menggarap idea Tragedi Hiroshima ini, saya terfikir sejenak adakah saya mampu menggalas untuk menulisnya. Ini kerana kisah pengeboman bandar Hiroshima sangat berat hendak ditulis malah memerlukan kajian dan penelitian fakta yang sangat rumit. Masa yang diambil untuk menjananya juga terlalu lama.Setelah memperoleh info dan fakta yang lengkap saya memulakan menulis dan merangka pada 21 September 2010. Saya masih berfikir lagi adakah saya mampu melunaskan idea ini sehingga selesai. Berbeza dengan novel Landasan Maut dan Perang kelang, keduanya adalah adaptasi d

Barisan Penulis Novel Sejarah di PTS

Image
PTS adalah penerbit novel sejarah yang paling aktif dalam pasaran. Sehingga kini sudah hampir 40 judul novel sejarah sudah diterbitkan. Ada yang sangat laris, ada yang kurang laris. Novel sejarah berbeza daripada novel fiksyen sejarah. Dalam novel sejarah, semua fakta sejarahnya adalah benar, yakni tidak bercanggah daripada rekod sejarah. Nama-nama watak, tarikh, tempat dan peristiwa semuanya benar belaka. Dalam fiksyen sejarah, ada maklumat yang benar dan ada maklumat yang dicipta oleh pengarang sendiri dan tidak dapat dipertahankan kebenarannya. Dalam masa terdekat PTS akan memperkenalkan 2 orang penulis novel sejarah perempuan iaitu Azzah Abd. Rahman yang menulis tentang Shamsiah Fakeh, dan Nor Hayati Redzwan yang menulis tentang Tok Kenali. Nota: Foto menunjukkan barisan penulis novel sejarah PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur , dari kanan Tetuan Ahmad Zahiruddin Zabidi, Imran Yusof, Salleh De Ran, Abdul Latip Talib. Sumber:http://universitipts.com/ ~ Puan Ainon Mohd

Majlis Bertemu Penulis Sejarah di PBAKL 2011 - PWTC

Image
Corat-coret PBAKL 2011. Seawal jam 10:00 pagi saya memasuki ruang galeri di Dewan Tun Hussin Onn yang menempatkan booth PTS, saya menjangkan pada pagi itu tidak ramai pengunjung namun, telahan saya itu meleset sama sekali. Pengunjung sudah berduyun-duyun datang mengerumuni buku-buku yang dipamerkan di ruang yang sudah disediakan. Saya membayangkan bahawa tsunami buku sudah membadai pada hari itu, ini kerana ramai pengujung memenuhi booth PTS semata-mata mahu membeli dan memiliki buku yang mereka mahukan. Alhamdulillah, ini satu kejayaan PTS menarik lebih ramai peminat buku sekaligus, ini tidak termasuk dengan diskaun pembelian buku yang ditawarkan oleh pihak PTS. Sepanjang sesi bersama penulis pun pengunjung tidak putus-putus, menyebabkan sesak-badak berlaku namun keadaan itu terkawal dan pembeli begitu sabar berbaris menunggu giliran untuk membayar di kaunter pembayaran. Keadaan bertambah sesak-badak apabila pelajar-pelajar sekolah mulai memenuhi ruang buku, masing-masing memilih dan

Jemputan ke PBAKL 2011

Image
Saya dikejutkan dengan satu emel pada 6 April 2011 yang dihantar oleh Editor PTS Litera Utama, Tuan Mohamad Bahruddin Mohamad Bekri yang meminta saya ke Majlis 'Bertemu Penulis Novel Sejarah' pada 23 April 2011 di PWTC. Saya seperti tidak percaya kerana nama saya tersenarai ke majlis itu. Saya menjadi serba salah mahu memenuhi jemputan itu. Insya-Allah saya gagahi juga ke majlis itu. Saya merasakan diri ini begitu kerdil sekali malah gementar saya di sisi penulis-penulis tersohor PTS. Berikut emel jemputan: Assalamualaikum, Saya mendoakan Tuan agar terus bersemangat dan murah rezeki. Kami dengan rendah hati menjemput Tuan ke majlis 'Bertemu Penulis Novel Sejarah', 23 haribulan April ini ke PBAKL 2011, jam 11-12 sebagai penulis. Insya-Allah, Tuan akan duduk semeja dengan Tuan Abdul Latip Talib, dan Tuan Zahiruddin Zabidi. Doakan semuanya berjaya dengan lancar. Insya-Allah.

Terkini Perang Kelang

Image
Senarai 200 Top Seller PTS Berdasarkan Nilai Ringgit bagi Bulan Mac 2011. Alhamdulillah,kebimbangan saya terhadap novel ini pada mulanya sangat tinggi. Saya mengandaikan bahawa Perang Kelang sangat sukar untuk diketengahkan di dada pasaran kerana novel ini bukanlah pilihan pembaca memandangkan ianya adalah sebuah novel sejarah yang bukan sahaja tidak digemari pembaca malah kurang diminati berbanding dengan novel-novel lain. Namun sangkaan saya benar-benar meleset setelah tersenarai 200 Top Seller PTS Berdasarkan Nilai Ringgit bagi Bulan Mac 2011, sumber: http://universitipts.com/. Novel ini terbit bulan Januari 2011 dan baru sahaja tiga bulan berada di pasaran. Terima kasih saya kepada pembaca dan pembeli yang sudi menerima kehadiran novel Perang Kelang ini. 140. Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang 141. Harta Harun- Bukan Harta Karun 142. Perubatan Islam & Bukti Sains Moden 143. Biografi Muhammad bin Abdullah - ed. 2011 144. Aku, Dia & Glamor 145. Al-Asma Al-Husna 99 Na

Respon Pembaca Novel Landasan Maut

Image
Respon ini diambil daripada sumber blogger di kerryseasonknow.blogspot.com dan salah seorang daripada pembaca telah memberikan komen beliau mengenai novel Landasan Maut seperti di bawah ini. Anonymous Says: October 13, 2010 2:52 AM Saya sudah pun membeli novel "Landasan Maut" hasil tulisan Saudara Salleh de Ran. Ketika memberi response kepada blog ini saya baru sahaja membaca sebanyak 45 muka surat. Sebenarnya buku ini saya belikan untuk anak saya yang baru selesai peperiksaan UPSR. Katanya boring, lepas UPSR aktiviti akedemik sudah kurang dan lebih banyak aktiviti koko dan kemahiran hidup. Sebenarnya aktiviti tersebut baik untuk pelajar tahun 6 yang selesai UPSR. 3 buah buku kebetulan saya pilih dan beli iaitu Tok Janggut Pahlawan Kelantan, Lt. Adnan Wira Bangsa dan buku Landasan Maut. Pada pandangan saya penulisan novel berbentuk sejarah merupakan salah satu medium untuk mendekatkan golongan muda untuk memahami sejarah. Malah sejarah tersebut bukan sahaja yang terdapat di M

Novel Perang Kelang Masuk Gudang PTS

Image
Novel Perang Kelang antara judul baru yang masuk gudang PTS. 1. Resipi Sihat & Mudah - Sarapan Pagi & Minum Petang (5000 unit) 2. Perang Kelang (3000 unit) 3. DhiyaDin (3000 unit) 4. Bukti-Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad (3000 unit) 5. Madinah: Kota yang Bercahaya (3000 unit) 6. Wafiya Puteri Kota Cinta (5000 unit) 7. Yasin, Tahlil dan Audio CD (3000 unit

Landasan Maut

Image
Senarai Judul TOP 500 PTS Berdasarkan Jumlah Naskhah Terjual antara 1 Januari - 31 Disember 2010 Alhamdulillah, walaupun dalam masa lima bulan sahaja buku Landasan Maut berada di pasaran, sudah tersenarai antara judul Top 500 PTS. Terima kasih kepada pembeli dan pembaca yang menerima baik buku Landasan Maut ini. Sokongan tuan-tuan dan puan-puan sangat-sangat saya hargai. Mudah-mudahan buku Landasan Maut ini akan terus bertahan di pasaran. 1. Senangnya Memasak Ayam 336. Buat Duit Dengan Affiliate 337. Ibu, Benarkah Duyung Itu Ada? 338. Landasan Maut 339. Pendidikan Khas Utk Kanak-kanak Istimewa 340. Petua Orang Cemerlang 341. Di Sebalik Tabir You Tube

Akan Terbit: Novel Perang Kelang

Image
Akan Terbit: Novel Perang Kelang Harga: RM RM20.00 / RM RM23.00 ISBN-13: ISBN-10: 978-967-5783-59-3 Tarikh Terbit: 24 Jan 2011 Jumlah Muka Surat : 250 Kategori: Sejarah Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd Nantikan kemunculannya... Sinopsis: 1866, bumi Selangor mula digegarkan dengan perang saudara antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah. Sengketa bermula apabila Raja Mahadi tersingkir daripada jawatan Orang Besar Daerah Kelang. Akibat keputusan itu, timbul rasa tidak puas hati di pihak Raja Mahadi. Raja Abdullah pula semakin menjadi kaya dan berpengaruh. Kekuasaannya meliputi kawasan perlombongan di Kuala Lumpur, Ampang, Petaling dan Kanching. Dengan bantuan Baba Teck Cheng, Raja Mahadi menjadi saudagar terkenal dan pengaruhnya mula melebar. Raja Abdullah pula mengikat perjanjian dan menerima nasihat Inggeris tanpa memikirkan musibahnya. Sengketa antara puak Hai San dan puak Ghi Hin untuk merebut kawasan perlombongan pula semakin memburukan keadaan. Di tengah gelora persengketaan itu, Raja Ma