Posts

Showing posts from 2016

BERAKHIRNYA di TERRA AUSTRALIS INCOGNITA

Image
AKAN DATANG! NANTIKAN KEMUNCULAN NOVEL INI! Sinopsis:  Berakhirnya di Terra Australis Incognita Pada bulan Oktober 1783, John Hudson seorang anak yatim piatu yang berumur 9 tahun, bekerja sebagai penyapu cerobong rumah telah didakwa pecah rumah dan mahkamah, menjatuhkan hukuman buang daerah selama 7 tahun. Pada masa itu, kanak-kanak di bawah umur 7 – 14 tahun tidak boleh dibicarakan atas kesalahan jenayah. Selepas itu, kanak-kanak yang di dapati bersalah dilayan sebagai orang dewasa. John Hudson telah dibicarakan di Old Bailey pada bulan Disember 1783, setelah berada dalam penjara dengan lelaki dewasa sepanjang tempoh tahanan selama dua bulan. John Hudson tidak diwakili oleh peguam semasa perbicaraannya, hakim membuat keputusan di atas kesalahan kerana memasuki rumah dan mencuri kepada John Hudson. Dia mencuri sehelai baju linen dengan nilai 10 syiling, 5 stokin sutera dengan nilai 5 syiling, satu pistol dengan nilai 5 syiling dan dua apron dengan nilai 2 syiling. Dia

MENGAPA SAYA MENULIS KISAH TRUGANINI – WANITA ABORIGINE TERAKHIR?

Image
Pada mulanya saya tidak tahu siapakah manusia yang bernama Truganini, sehingga saya berminat untuk menjadikan kisahnya dan diangkat ke dalam novel sejarah. Truganini – Wanita Aborigine Terakhir adalah novel  sejarah ke-5 yang saya tulis. Sebelum ini saya sudah menghasilkan novel Landasan Maut, Perang Kelang, Hiroshima – Duka Sebuah Perang dan Panggung Malaya. Truganini adalah seorang wanita orang asli (Aborigine) yang dilahirkan di Bruny Island, Tasmania, Australia. Beliau juga wanita terakhir berdarah penuh orang asli semasa zaman penjajahan Inggeris di Australia. Saya mengangkat cerita ini bukan kerana mahu mengagung-agungkan tokoh ini, namun saya mengambil pendirian bahawa banyak kisah yang terjadi dalam sejarah tokoh ini dapat memberikan pengajaran atau iktibar mahupun peringatan kepada kita, kerana sejarah mungkin berulang.... Saya terpanggil untuk menulis kisah tokoh ini bermula semasa saya menulis novel travelog siri ke 2: Kembara Bumi Aborigine – Tasmania. Seda

SHAMSUL GHAU GHAU : BEZA BERBEZA

Image
JUDUL BUKU: SHAMSUL GHAU GHAU: BEZA BERBEZA TUKANG TULIS: Salleh de Ran TERBITAN: CHANNEL MEDIA 2016 GENRE: BIOGRAFI HARGA: SEMENANJUNG MALAYSIA RM25 & SABAH/SARAWAK RM28 EDARAN: FUMI EDAR / FUMI ENTERPRISE Buku Shamsul Ghau Ghau: Beza Berbeza ini adalah terbitan kedua Channel Media. Penerbitan buku ini dengan kerjasama Tuan Haji Shamsul Ghau Ghau sendiri.  SINOPSIS Buku ini berkisah tentang biografi kehidupan Shamsul Ghau Ghau bermula dari awal kelahiran, kerjaya sebagai polis, kerjaya sebagai artis hinggalah kini penghijaran beliau sebagai seorang insan yang mencari redha Allah. Shamsul Ghau-Ghau atau nama sebenarnya S. Hamsul Azahar Aliddin ialah seorang pelawak, penyanyi, pelakon, penyampai radio dan pengacara TV di Malaysia. Beliau mula mencipta nama melalui rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan musim Pertama pada tahun 1994 dan meneruskan kerjaya seninya beberapa tahun kemudian hinggalah kini masih aktif. Namun, Shamsul Ghau Ghau sudah berubah kepa

TRUGANINI - WANITA ABORIGINE TERAKHIR

Image
AKAN DATANG! SEBUAH NOVEL SEJARAH AKAN TERBIT! NANTIKAN KEMUNCULANNYA.... TRUGANINI WANITA ABORIGINE TERAKHIR Truganini, dia seorang wanita Aborigine, Tasmania yang sudah lama pergi, kisahnya diingati, semangat wajanya menjadi kebanggaan dan ceritanya masih hidup dan terus bernyawa. Dia seorang yang berani, tabah mengharungi krisis, konflik, tragedi dan kekejaman yang menimpa bangsanya. Kerakusan, penindasan dan penipuan penjajah hampir menghilangkan identiti, budaya, tradisi dia dan bangsanya. Musnah segala-galanya, terpenjara dan terasing dalam dunia bertamadun. Tanah air tergadai, dia dan bangsanya di penghujung kepupusan. Dia yang terakhir dan darah yang mengalir untuk bangsanya hampir kering dalam acuan... Truganini adalah anak perempuan Mangana, iaitu pemimpin orang asli di Bruny Island, Tasmania. Dia dilahirkan pada tahun 1812, di Bruny Island. Sebelum dia berusia 18 tahun, ibunya telah dibunuh oleh pemburu ikan paus, kakaknya diculik dan dijadika

NOVEL TRAVELOG KEMBARA BUMI ABORIGINE: NEW SOUTH WALES

Image
Judul: Kembara Bumi Aborigine: New South Wales (siri ketiga) Penulis: Salleh de Ran Penerbit: Channel media Resources Tarikh Terbit: 18 April 2016 ISBN: 978 967-14020-0-5 Genre: Travelog Bersiri Harga: Semenanjung RM20 Sabah Sarawak RM23  Kaver Buku: Kembara Bumi Aborigine: New South Wales SINOPSIS: KEMBARA BUMI ABORIGINE – NEW SOUTH WALES Kembara Bumi Aborigine kali ini ke New South Wales, Australia. Enam orang sahabat Azzam, Ajib, Naim, Eija, Fana dan Aisya memilih Sydney, New South Wales, Australia sebagai destinasi kembara mereka. Selama enam hari berada di bumi Aborigine itu, mereka berkunjung ke lokasi yang menarik di sekitar Sydney dan beberapa tempat di luar bandar itu. Di Darling Harbour mereka bertemu dengan Orang Aborigine yang membuat persembahan ke senian menggunakan alat muzik tradisi didgeridoo. Takut pada ketinggian di puncak Sydney Tower, Aisya mengejutkan semua orang. Di atas pentas yang berprestij, Consert Hall, Sydney Opera House Azz