Posts

Showing posts from June 17, 2012

Imbasan Kembara ~ Port Stephens, New South Wales, Australia

Image
Moonshadow Cruises   Moonshadow Cruises adalah perniagaan keluarga yang dimiliki dan dikendalikan khusus untuk membawa pelawat melihat secara dekat ikan lumba-lumba dan ikan paus. Pelawat dapat melihat keunikan habitat ini melalui dek yang disediakan. Cruises Moonshadow telah beroperasi sejak 1981 dan menawarkan pelbagai pengalaman pelayaran yang akan dikenang dan diingati. Terletak di jeti Nelson Bay, Port Stephens di pelabuhan Newcastle, 2 jam jam perjalanan dari Sydney pelawat akan memulakan pelayarannya di situ. Aktiviti riadah yang ringkas dan menarik ini bertambah rancak apabila memasuki bulan November hingga  Disember.      Alam semula jadi yang menarik, segalanya ada di Port Stephens. Di tengah-tengah kesibukan aktiviti penduduknya, di daerah Port Stephens ini anda boleh menyaksikan ikan lumba-lumba, ikan paus ketika musimnya. Begitu juga aktiviti meredah belukar yang menakjubkan dan melihat bunga liar, selain itu aktiviti-aktiviti air yang tidak berkesudahan se