Imbasan Kembara ~ Adelaide, South Australia

LIGHT’S VISION Light’s Vision atau “Pandangan Light” terletak di Montefiore Hill, North Adelaide, South Australia. Taman memorial ini dibina pada tahun 1938, di mana patung gangsa Kolonel William Light iaitu bapa pengasas bandar Adelaide didirikan. Pada musim panas 1837, Kolonel William Light bertanggungjawab bagi menetapkan dan mengukur tapak bandar Adelaide. Pada hari ini, patung gangsa itu berdiri megah di atas Montefiore Hill, Beliau memainkan peranan penting dalam penubuhan bandar Adelaide. Di situ pengunjung akan menikmati pemandangan yang indah dihiasi dengan taman dalam bandar. Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang menikmati pesona pemandangan bandar raya Adelaide. Montefiore Hill memberikan sudut pandangan yang sangat baik untuk melihat lebih luas dari kejauhan bandar raya Adelaide. Berhampiran puncaknya di taman yang kecil itu, patung Kolonel William Light dibina persegi bersudut utara, selatan, timur dan barat. Kemudahan jalan memasuki ke taman turut tersedia. Reka b...