Posts

Showing posts from 2014

IMBASAN KEMBARA ~ TASMANIA, AUSTRALIA

Image
BRUNY ISLAND NECK Bruny Island Neck adalah genting tanah yang menghubungkan antara utara dan selatan Bruny Island, di selatan Tasmania. Sebelum anda tiba di Advanture Bay, Bruny Island, anda berpeluang singgah sebentar di Neck Beach iaitu tanah genting yang menarik untuk dilawati. Lokasi yang memisahkan antara laut tenang dan laut bergelora. Lebar daratannya lebih kurang 100 meter. Anda juga dapat melihat pasang surut air laut di kedua-dua belah lokasi. Angin dingin bertiup sangat mengasyikkan, ditambah pula dengan pemandangan yang luas saujana mata memandang. Kebiruan laut bergabung pula langit yang membiru, sungguh mempesonakan. Panas terik, namun nyaman suhunya, pasir memutih di tepian pantai, semua itu adalah panorama alam yang bersulamkan keindahan lantas menggamit keterujaan. Melihat dan berada di sini, sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Pastinya memori akan terpahat di dalam ingatan dan tidak mungkin dapat dilupakan begitu sahaja. Lokasi in

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Image
Filem Abang yang dibintangi oleh Dato’ Rahim Razali ,  Ahmad Yatim , Datuk Ahmad Tarmimi Siregar ,  Noorkumalasari ,  Fauziah Ahmad Daud ,  S. Roomai Noor ,  Umi Kalsum ,  Noriah Abdullah  dan diarahkan oleh  Rahim Razali . Filem sulong arahan Dato’ Rahim Razali ini diterbitkan pada 1981 dan ditayangkan pada tahun yang sama. Watak: Dato’ Rahim Razali  - Fuad Din Noor Kumalasari  - Mona Ahmad Yatim  - Faizal Din Datuk Ahmad Tamimi Siregar   - Farid Din Dato' S. Roomai Noor  - Dato' Din Anugerah: Festival Filem Malaysia ke-2 : Pelakon Lelaki Terbaik  – Dato’ Rahim Razali Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik  - Ahmad Yatim Skrip Terbaik  – Dato’ Rahim Razali Festival Filem Asia Pasifik ke-27, 1982 Pelakon Harapan Wanita - Ogy@Fauziah Datuk Ahmad Daud Naskah filem Abang mula saya tonton pada akhir 80-an di kaca tv. Di situlah saya mula meminati karya beliau. Walaupun filem ini terlalu teaterikal dalam lakonan watak, gerak kamera dan persembahann

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI

Image
Saya sememangnya meminati hasil karya melalui filem-filem arahan pengarah tersohor tanah air, Dato’ Rahim Razali. Bermula menonton filem Abang terbitan tahun 1981 di kaca televisyen semasa di zaman remaja dahulu, membuatkan saya menanti kelahiran karya seterusnya daripada beliau. Ini kerana Dato’ Rahim Razali adalah seorang pemikir yang mengangkat isu, budaya, harapan dan perubahan hidup yang ada pada orang Melayu. Saya meminati lakonan dan cara beliau menuturkan dialog dalam sesebuah filem atau drama yang dilakonkannya. Sangat bergaya dan bersahaja. Terbaik! Walaupun beliau pernah menjadi pengulas sukan terutama mengulas perlawanan bola sepak, saya akan pastikan menonton program itu, walaupun pada hakikatnya saya tidak meminati sukan bola sepak. Filem pertama arahan beliau berjudul Abang pada tahun 1981, diikuti Pemburu (1982) dan Matinya Seorang Patriot (1984) dianggap sebagai karya masterpiece daripada tokoh yang dilahirkan di Batu Gajah, Perak ini. Tiga filem itu adalah d

DAMAIKAN RUSUH HATI

Image
Single Kedua Azzam Sham Lama tidak menjengah blog sendiri. Kekangan masa dan mood yang tidak menentu menidakkan peluang untuk menulis. Namun, pada kali ini saya cuba juga menggagahkan diri dan menggugahkan minda saya untuk terjun kembali, berenang-renang ke dalam blog ini berkongsi rasa dan pengalaman seperti mana posting yang saya lakukan sebelum ini. Damaikan Rusuh Hati? Barangkali ada sudah tahu dan ada juga belum tahu. Mungkin terdetik ada yang mengatakan itu tajuk novel terbaharu. Ooo bukan, Damaikan Rusuh Hati adalah sebuah lirik yang saya tulis buat pertama kali untuk sebuah lagu berentak Pop Rock, berkonsepkan ketuhanan. Lagu ini dinyanyikan oleh Azzam Sham iaitu bekas peserta program realiti Idola Kecil 2 di TV9 pada tahun 2009. Azzam Sham menjadi naib juara di dalam program tersebut.   Susunan muzik lagu Damaikan Rusuh Hati ini dihasilkan oleh komposer Sanizar Ayin. Beliau adalah rakan baik saya semasa bekerja di TV3 suatu ketika dahulu. Sanizar Ayin sudah lama tid