Posts

Showing posts from 2010

Sedang Dalam Penulisan: Tragedi Hiroshima

Image
Saya sedang menyiapkan novel sejarah terbaru iaitu kisah yang menyayat hati tentang pengeboman Hiroshima pada tahun 1945. Tragedi Hiroshima mengisahkan bencana nuklear yang pertama di muka bumi sewaktu Perang Dunia ke-2 yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman. Peristiwa hitam itu turut melibatkan empat orang pelajar Melayu terdiri daripada Halim, Ayop, Rahim dan Aziz yang ketika itu sedang belajar di Universiti Hiroshima. Usaha Amerika Syarikat meneruskan gerakan untuk menghancurkan kekuatan tentera Jepun di Asia itu akhirnya membuat keputusan menggugurkan bom atom di Hiroshima. Pada 6 Ogos 1945, pesawat tentera Amerika B-29 yang membawa bom atom Little Boy telah digugurkan. Pengeboman itu dengan serta-merta merubah bandaraya Hiroshima menjadi padang jarak padang tekukur. Kesan daripada pengeboman itu, Halim, Ayop, Rahim dan Aziz mengalami kesengsaraan hidup dan menghadapi saat kematian. Mereka berusaha untuk menyelamatkan

Terkini Dari Meja Editor PTS

Image
1. Novel Travelog New Zealand. Perubahan yang dimaklumkan oleh editor PTS Profesional, Puan Rashiela Nurain Rashid (foto) melalui emel berkenaan Novel Travelog New Zealand. "Buat makluman tuan, PTS Pro baru sahaja membuat pembentangan pelan produksi PTS Pro 2011. Saya (editor) mencadangkan supaya siri Travelog diperkenalkan pada suku pertama 2011. Namun pihak pengurusan meminta saya (editor) fokus kepada produk lain dahulu kemudian baru beri fokus kepada siri ini pada suku kedua 2011. Ini memberi petanda kepada PTS Pro yang pihak pemasaran dan pihak jualan mahu memberi fokus kepada produk lain berbanding siri ini terutamanya sebagai produk yang diperkenalkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011" 2. Novel Sejarah Perang Saudara Selangor Editor PTS Litera utama Tuan Bahruddin Bekri (foto) telah menghantar softcopy manuskrip Perang Saudara Selangor kepada saya untuk membuat semakan pruf penulis. Semakan manuskrip sudah pun saya laksanakan dan manuskrip itu dihantar ke

Nantikan Kemunculan Novel Terbaru

Image
InsyaAllah, sekiranya diizinkan akan muncul dua novel terbaru tulisan saya tidak lama lagi. Kini, sedang menunggu giliran untuk diterbitkan dan saya tidak pasti bilakah dua novel itu akan muncul, semuanya bergantung kepada pihak penerbit, semoga dipermudahkan pelestariannya. Dua novel fiksyen itu adalah: 1. Novel Travelog New Zealand - Kategori Remaja. Sinopsis: Travelog New Zealand - Aotearoa Sudah lima tahun Ismad tidak bertemu dengan bapa saudaranya, Ishak Mahyudin seorang usahawan Melayu yang berjaya membuka perniagaan katering di Christchurch, New Zealand. Ismad menerima berita gembira bahawa bapa saudaranya meminta dia datang ke New Zealand sempena cuti semester. Ismad, Fadzli dan Nazmie merancang untuk pergi ke New Zealand bersama-sama, memandangkan mereka baru pertama kali ke luar negara. Tujuan Fadzli ke New Zealand adalah untuk menemui abang kandungnya, Nadzri Sulaiman seorang anak Melayu pertama yang mengusahakan bengkel kereta di Christchurch, New Zealand. Oleh kerana, Isha

Sejarah Latar Belakang Landasan Maut

Image
2008 Awal tahun 2008, tercetus idea mengenai kisah pembinaan landasan maut lalu usaha seterusnya menggarap cerita ini kepada skrip filem untuk Pertandingan Menulis Skrip Kategori Filem Cereka - FINAS. Langkah awal, membuat kajian dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber bagi memantapkan jalan cerita. Langkah seterusnya merangka tagline, logline, sinopsis, merangka dramatic curve – objective storyline dan subjective storyline, membina watak dan merangka story outline. Penulis memilih ‘KONYU’ sebagai judul skrip filem iaitu mengambil sempena nama Kem Konyu, Stesen Konyu yang terletak di Siam (Thailand). Konyu disebut dalam Bahasa Jepun manakala Hillfire disebut dalam Bahasa Inggeris. Draf pertama dimulakan, namun virus trojan memusnahkan segalanya. Sangat tertekan akibat serangan virus itu, lalu kembali menulis dengan draf kedua dan darf ketiga. Lima bulan kemudian, skrip filem Konyu siap direalisasikan dan dihantar kepada pihak penganjur pertandingan. 2009 Bulan Oktober 2009, p

Ulasan Pembaca Novel Landasan Maut

Image
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pembaca yang sudi membaca dan sudah memiliki buku Landasan Maut. Terima kasih juga di atas ulasan dan komen-komen yang membina itu. Saya akan memperbaiki sebarang kelemahan di masa akan datang melalui buku-buku yang bakal akan diterbitkan itu. Salam Takzim: Salleh de Ran Antara Ulasan Pembaca Di Portal PTS Ulasan Pembaca 1 Kulit buku menarik, jalan cerita yang baik. Bahasa yang mudah difahami. Sesuai untuk semua golongan, sangat sesuai jika dapat dijadikan buku rujukan tambahan pelajar sekolah. Norzaini Abdul Ghani 23 Aug 2010 10:28 PM Ulasan Pembaca 2 Kulit buku bersesuaian dengan jalan ceritanya Agak membosankan pada awalnya kerana tidak begitu mengenali watak-watak dalam cerita ini, namun apabila mengenali mereka, semakin menarik… suka dengan watak Mat Awang dan kawan-kawannya kerana mereka bersifat setiakawan walau apa pun apa yang berlaku… Bahasanya mudah difahami… setiap kejadian dapat dibayang dengan jelas sekali… kesedihan kerana terpaks

Landasan Maut Sudah Berada Di Pasaran

Image
Alhamdulillah dengan izinNya, lahirlah anak kedua saya di PTS pada 14 Julai 2010 yang lalu. Terima kasih kepada tim PTS Litera Utama Sdn. Bhd. Anak bernama 'Landasan Maut' itu sudah menetap di kedai buku untuk meneruskan kehidupannya. Kepada sesiapa yang menemuinya, jangan teragak-agak untuk membawanya pulang sebagai anak angkat. Baca isi hatinya kerana di dalamnya terkandung lipatan sejarah yang belum anda ketahui. Silalah berkunjung ke kedai buku MPH, Popular, Kinokuniya dan kedai buku Indie berdekatan dengan anda sekiranya berminat. Sokongan anda semua sangat saya hargai... Landasan Maut boleh diperolehi di kedai buku MPH, Popular dan di kedai buku Inde Landasan Maut Masuk Gudang PTS

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

Image
Keratan Akhbar Yang Menjadi Sebahagian Rujukan Novel Landasan Maut. KOTA BAHARU, 9 Ogos - Kenangan pahit menjadi buruh paksa 64 tahun lalu masih menghantui seorang warga tua yang kini berumur 81 tahun. Pengalaman sukar semasa Perang Dunia Kedua itu mengingatkan beliau akan bahaya pencerobohan kuasa asing dan erti kemerdekaan. Setiap kali menyambut Hari Kemerdekaan, beliau sebak kerana terkenang keperitan hidup pada zaman penjajahan Jepun. "Pak cik tidak dapat lupakan kekejaman Jepun sehingga akhir hayat dan pak cik tidak akan halalkan perbuatan kejam mereka," kata Muhammad Awang yang terlantar akibat lumpuh separuh badan selepas diserang angin ahmar lebih tiga tahun lalu. Muhammad hanya mampu terbaring dan isterinya Khadijah Awang Ngah, 76, menjadi tempat beliau bergantung hidup menguruskan makan minumnya. Khadijah seringkali mencelah sebagai "jurucakap" suaminya itu disebabkan pertuturan Muhammad yang tidak jelas tetapi pengalaman Muhammad ketika menjadi buruh paks