Imbasan Kembara ~ Perth, Western Australia
Cottesloe Beach Cottesloe Beach adalah salah satu pantai kota paling popular di seluruh Australia Barat. Letaknya di pertengahan jalan antara kawasan pusat perniagaan Perth dan pelabuhan Fremantle di pinggir bandar barat Perth, hanya 15 minit dari pusat bandar. Cottesloe Beach terkenal dengan gaya hidupnya yang santai dan menjadi destinasi hiburan yang santai tepi pantai, terkenal bagi penduduk setempat Perth selama 100 tahun lebih. Suasana yang mengasyikan, pantai yang bersih, pasir yang memutih, laut yang membiru pasti akan memikat anda untuk menjelajah di balik pasir keemasannya pada kala matahari membenam. Cottesloe Beach juga sangat sesuai bagi menyaksikan matahari terbenam di sebalik Lautan Hindi, selagi mahu menikmati sari laut yang nyaman dan segar. Kepada anda yang mahu menikmati keindahan matahari te rbenam, hadirkan diri di sini. Sememangnya satu pemandangan panorama yang pasti memukau! Cottesloe Beach yang terletak di pinggiran kota barat Perth, ad...