Imbasan Kembara ~ Kangaroo Island, South Australia

Seal Bay – Kangaroo Island Perjalanan hanya mengambil masa 40 minit dari bandar utama Kingscote, Kangaroo Island. Seal Bay Conservation Park terletak di Pantai Selatan Kangaroo Island. Daya tarikan utama lokasi ini adalah mengenai Taman Singa Laut – Australia. Seal Bay Conservation Park telah diisytiharkan sebagai Taman Negara dan Hidupan Liar 1972 bagi membantu dalam perlindungan singa laut dan habitat semulajadinya. Pada hari ini, Taman Negara dan Hidupan Liar Australia Selatan menyediakan lawatan berpandu sepanjang pantai Seal Bay. Pengunjung dapat melihat singa laut dari dekat dan m sahaja, menariknya di sini boleh mendekati singa laut dengan jarak tertentu. Terdapat juga laluan papan yang membolehkan orang ramai mengalami sendiri habitat singa laut dari jauh tanpa gangguan minima. Bersebelahannya, Taman Rizab Akuatik yang diuruskan oleh Perusahaan Utama dan Sumber Australia Selatan. Rizab Akuatik ini digabungkan dengan habitat daratan dan habitat laut di dalam satu taman pemulihar...