Posts

Showing posts from July 15, 2012

EKSKLUSIF 1: Bersama AZZAM SHAM

Image
AZZAM SHAM dalam penggambaran ~ Enak Bersama Ramly  Entri kali ini sedikit berbeza. Tidak seperti sebelum ini, entri saya lebih tertumpu kepada imbasan kembara dan pengalaman semasa bertugas di luar negara. Namun, entri pada kali ini sangat istimewa bagi diri saya. Inilah, satu catatan kenangan saya yang sangat berbeza kerana melibatkan artis. Bukan sebelum ini saya tidak pernah bertugas melibatkan dengan artis-artis.  Malah, sudah kerap dan selalu apabila bertugas menerbitkan program tv bersama selebriti atau artis sebagai tetamu jemputan tidak kiralah program apa pun. Sebelum ini saya pernah bekerja dengan selebriti atau artis seperti Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Raja Azura, M. Rajoli, Misha Omar, Ziana Zain, M. Nasir, Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Fahrin Ahmad, Linda Onn, Nora, Zul Yahya, Maya Karin, Naz, Dephni Iking, Wahida, Yusni Jaafar, Normala Omar, S. Shahlan, Jalil Hamid, Chef Wan, Chef Ismail, Chef Muluk, Chef Sabri dan banyak lagi yang tidak dapat saya sebutkan