Jemputan ke PBAKL 2011

Saya dikejutkan dengan satu emel pada 6 April 2011 yang dihantar oleh Editor PTS Litera Utama, Tuan Mohamad Bahruddin Mohamad Bekri yang meminta saya ke Majlis 'Bertemu Penulis Novel Sejarah' pada 23 April 2011 di PWTC. Saya seperti tidak percaya kerana nama saya tersenarai ke majlis itu. Saya menjadi serba salah mahu memenuhi jemputan itu. Insya-Allah saya gagahi juga ke majlis itu. Saya merasakan diri ini begitu kerdil sekali malah gementar saya di sisi penulis-penulis tersohor PTS. Berikut emel jemputan: Assalamualaikum, Saya mendoakan Tuan agar terus bersemangat dan murah rezeki. Kami dengan rendah hati menjemput Tuan ke majlis 'Bertemu Penulis Novel Sejarah', 23 haribulan April ini ke PBAKL 2011, jam 11-12 sebagai penulis. Insya-Allah, Tuan akan duduk semeja dengan Tuan Abdul Latip Talib, dan Tuan Zahiruddin Zabidi. Doakan semuanya berjaya dengan lancar. Insya-Allah.