Posts

Showing posts from April 16, 2017

4'TIC ~ Seumur Hidupku

Image
Duo 4'TIC (Izue & Jay) Lirik lagu Seumur Hidupku adalah lirik kedua yang saya tulis selepas lirik lagu Damaikan Rusuh Hati nyanyian Azzam Sham. Lirik Seumur Hidupku berkisar tentang percintaan dan perpisahan. Percintaan antara sepasang kekasih, namun hubungan cinta mereka terputus ditengah jalan apabila wanita yang dicintainya itu beralih arah kepada lelaki lain. Lirik cinta ini lumrah seperti lirik lagu lain. Kulit single 4'TIC - Seumur Hidupku Menghasilkan lirik untuk sesebuah lagu bukan perkara yang mudah. Pengalaman saya menghasilkan lirik lagu banyak cabarannya. Apabila komposer   Sanyzar Ijat Yin   memberikan melodi, maka tugas penulis lirik adalah menulis setiap patah perkataan mengikut melodi lagu itu. Menyusun satu persatu perkataan, mencari perkataan yang sesuai, dan menjadikan jalan cerita atau kisah yang ingin disampaikan. Tugas ini dibuat berulang-ulang kali sehingga tepat, boleh meleleh telinga... Semua in i bergantung kepada

Salamander Shores, Port Stephens, New South Wales

Image
Awak nak tahu?  Dulu punya cerita, konon nak mandi laut di negara orang, peluang tu memang ada. Kebetulan dapat rehat sebelah petang di Salamander Shores, Port Stephens, New South Wales. Tanya kawan, “Nak mandi laut tak. Alang-alang dah sampai Australia, nak rasa juga air laut di sini.” Kawan Jawab, "bagus juga idea tu.” Kami pun pergilah ke tepi pantai tidak jauh dari lokasi penginapan. Sampai di pantai kami dah tak sabar nak mandi. Bila mendekat di gigi pantai kami terkejut. “Tepi pantai pun banyak rumpai laut, hairan.” “Betullah, kenapa banyak rumpai laut pantai ni?” “Dari jauh tak nampak pun rumpai laut.” “Nampak sangat pantai ini tak ada orang mandi. Cuak pulak aku nak mandi.” “Ya tak ya juga. Tapi tak ada pula papan tanda amaran di sini. “Habis macam mana, nak mandi tak. Kata nak berendam macam badak?” “Alang-alang dah sampai sini kita belasah mandi. Di Bondi Beach, tak ada peluang nak mandi. Apa kata kita mandi di tepi