Posts

Showing posts from November 4, 2012

Imbasan Kembara ~ Hobart, Tasmania

Image
Mount Wellington Ketinggian Mount Wellington pada kemuncak 1,270 meter (sekitar 4,000 kaki) itu menyediakan pengalaman yang sungguh menarik saujana mata memandang. Semuanya bergantung pada cuaca. Sekiranya bernasib baik, pengunjung dapat melihat panorama Hobart dari puncak Mount Wellington. Bayu dingin yang menyapa menambahkan lagi keseronokan dan terleka seketika. Dalam tempoh 20 minit, dan sejauh 21 kilometer dengan memandu kenderaan dari bandar Hobart pengunjung tiba dengan selesa di kemuncak Mount Wellington. Sepanjang pendakian berkenderaan itu, pengunjung dapat melihat pemandangan di kiri kanan hutan hujan beriklim sederhana sub-alpine flora dan pembentukan batu glasier yang berakhir di panorama Hobart. Jalan yang tersedia itu telah dibina pada 1932 iaitu pada masa yang sama Sydney Harbour Bridge dibina. Di kemuncak itu juga, pengunjung dapat melihat keindahan dan pemandangan dramatik yang terbentang luas sambil memerhati jauh di hadapan terletaknya Bruny Islan