Terkini Dari Meja Editor PTS


1. Novel Travelog New Zealand.
Perubahan yang dimaklumkan oleh editor PTS Profesional, Puan Rashiela Nurain Rashid (foto) melalui emel berkenaan Novel Travelog New Zealand.

"Buat makluman tuan, PTS Pro baru sahaja membuat pembentangan pelan produksi PTS Pro 2011. Saya (editor) mencadangkan supaya siri Travelog diperkenalkan pada suku pertama 2011. Namun pihak pengurusan meminta saya (editor) fokus kepada produk lain dahulu kemudian baru beri fokus kepada siri ini pada suku kedua 2011. Ini memberi petanda kepada PTS Pro yang pihak pemasaran dan pihak jualan mahu memberi fokus kepada produk lain berbanding siri ini terutamanya sebagai produk yang diperkenalkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011"



2. Novel Sejarah Perang Saudara Selangor
Editor PTS Litera utama Tuan Bahruddin Bekri (foto) telah menghantar softcopy manuskrip Perang Saudara Selangor kepada saya untuk membuat semakan pruf penulis. Semakan manuskrip sudah pun saya laksanakan dan manuskrip itu dihantar kembali ke meja editor. Proses seterusnya adalah penerbitan novel tersebut. Tarikh terbit novel pihak editor belum memaklumkan kepada saya lagi.

Salleh de Ran.

Comments

Popular posts from this blog

FILEM: ABANG ~ KARYA SULUNG DATO' RAHIM RAZALI

Landasan Maut - Sejarah Hitam Perang Dunia Kedua

MERINDUI KARYA TERBAIK DATO’ RAHIM RAZALI